Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pendahuluan

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga akan mencipta suatu pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsepkonsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit.

2.0 Definisi Kaedah, Teknik dan Strategi 2.1 Kaedah

Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran. Guru-guru terlatih adalah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran pelajar, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk. Menurut Edward M. Anthony (1963) Kaedah ini
merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Jenis Kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah : i. Kaedah Tradisional

Menurut Havice (1999), beliau mengklasifikasikan bahawa pengajaran secara tradisional melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja.

Pendekatan pengajaran tradisional atau konvesional juga adalah pendekatan yang paling banyak dikritik. Pengajaran seperti ini lebih berpusatkan pada guru iaitu komunikasi satu arah sahaja serta pembelajaran lebih tertumpu kepada penguasaan konsep-konsep bukannya kompetensi ii. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan. Selain daripada itu, kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh. Kaedah ini lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang

berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Cara ini juga memberatkan penyiasatan-penyiasatan, ekspositori dan penemuan. Kaedah ini dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan.
iii. Kaedah kumpulan

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan pemulihan sama kebolehan membolehkan guru membimbing Kaedah pelajar-pelajar pelbagai mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan mengikut keperluan masing-masing. kumpulan kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya,

memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial. (Buku Panduan KBSR, 1982). iv. Kaedah penyelesaian masalah

Kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Strategi penyelesaian masalah merupakan pengajaran yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik dimana ia melibatkan beberapa langkah (Ee Ah Meng, 1997). Proses penyelesaian masalah bermula dengan peringkat mengenal pasti masalah diikuti dengan mencari maklumat yang berkaitan dengan masalah yang diberi. Pada peringkat yang ketiga, pelajar akan mula membuat hipotesis iaitu membuat ramalan dan seterusnya akan menguji hpotesis tersebut. Pada peringkat akhir barulah pelajar membuat penilaian dan seterusnya membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan. Begitulah langkah penyelesaian masalah dimana pelajar perlu lalui apabila ingin menyelesaikan masalah yang diberi. Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran di mana ianya melibatkan pelajar bergerak secara aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000). v. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi yang mengandungi unsur permuafakatan serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan rakan sebaya demi menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

vi.

Kaedah Koperatif

Unsur-unsur pembelajaran koperatif ialah seperti murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan dan setiap ahli akan berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan. Murid juga akan bekerja sebagai satu bukan kumpulan hanya untuk menyelesaikan kepada satu guru. masalah. Semua Setiap ahli ahli kumpulan kumpulan bergantung secara positif. Dengan kaedah ini juga murid belajar secara aktif dan bergantung dalam bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. Murid juga tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Melalui kaedah koperatif ini pelajar harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti mengikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. Ahli kumpulan juga akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat. 2.2 Teknik

Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut pendapat Edward A. Anthony (1963) teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Mengikut Azman Wan Chik (1987), teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah iaitu sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar mengenai akhlak dengan melihat persembahan video maka ini dinamakan sebagai teknik pengajaran. Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai.
i. Teknik Simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan

sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. ii. Teknik Main Peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. iii. Teknik Latih Tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

iv.

Teknik Demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak

ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Sebagai contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. v. Sumbang Teknik Sumbangsaran saran merupakan satu teknik perbincangan yang kreatif untuk

mendapatkan idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa terkawal. Ia adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah dan juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. 2.3. mencapai Strategi objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada

Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk kebijaksanaan memilih pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik serta berdasarkan objektifnya. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu

penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Memberi peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-

murid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Strategi, Kaedah dan Teknik Mengajar bagi Mewujudkan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik mengajar yang betul akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajran lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik pengajaran ini ada kelebihan dan kelemahannya. Tidak ada satu kaedah yang terbaik. Beberapa faktor perlu diberi pertimbangan. Menurut pendapat Pierce dan Lorbere (1977), pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh lima faktor berikut: i. Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.

ii.

Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang sekiranya isi pelajaran itu membentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, teknik dan kaedah yang sesuai perlu dipilih oleh guru supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. iii. Jangka masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit sebulan atau 60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebut diberikan masa berturutan. Dengan jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tersebut. iv. Latar belakang dan jumlah pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Pemilihan teknik yang sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual 1 menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras kemahiran objektif pelajaran. v. Iklim dan Suasana Sekolah

Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah atau kaedah pengajaran. Di kawasan-kawasan pedalaman di negara ini, masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik. Di sekolah-sekolah sebegini tentulah guru tidak dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti komputer, radio, dan projektor. Menurut Kyriacou,C (1986), faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan adalah seperti dalam lampiran rajah 1. Penerangan mengenai rangka asas untuk pemikiran tentang pengajaran yang berkesan adalah seperti dibawah : a. Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah. Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman); ciri-ciri murid-murid (misalnya umur, personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas sosial); ciri-ciri

subjek (misalnya minat); ciri-ciri sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri-ciri keadaan (misalnya sesi akademik).

b. Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan tingkah laku guru (misalnya minat, ganjaran, pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran murid-murid, penglibatan muridmurid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik darjah. c. Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran dan pengetahuan, motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan sosial yang telah bertambah baik. KESIMPULAN Strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran secara
yang

optimum.
tinggi

Dalam serta

suasana seseorang

pengajaran itu Dalam terlatih

dan dan

pembelajaran, mempunyai dan

kemahiran-kemahiran pengalaman

bermaksud

mendalam.

proses

pengajaran

pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd)

Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Ahmad Mohd. Said (1998). Pengarah Bahagian Pendidikan Guru . Guru Ijazah Perlu Memiliki Ilmu Pengetahuan Terkini . Berita Harian .3hb September 1998
Cangelosi, James S.(1992). Systematic Teaching Strategy. New York: Longman.

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II. Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Glen S, Wilkie K (2000) Problem-based Learning in Nursing. London: Macmillan. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya : Bina Ilmu.

Maznah Ismail & Yoong Suan. 1995. Kajian Terhadap Pendekatan Pembelajaran Pelajar. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 14 : 11-18.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang, (2002). Pedagogi untuk kursus perguruan. Edisi kedua : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Parrot, Elizabeth (1986). Effective Teaching. London & New York : Longman, 7th ed.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah & Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rohana Zubir. (1987). Aplikasi teknologi dalam pembelajaran Sejarah: kesan dan masalah. Masalah Pendidikan 12 89-98.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff. Siri Pendidikan Perguruan:Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran, Mok Soon Sang. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin. 1993. Pengisian wawasan pendidikan. Kertas Utama, Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993. Genting Highland: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang.

Anda mungkin juga menyukai