Anda di halaman 1dari 7

1.0 PENDAHULUAN Murid-murid di kawasan sekolah adalah berbeza-beza dari segi taraf sosioekonomi, aras motivasi dan sahsiah.

Ada di antara mereka yang gemar bercampur gaul dengan rakan sebaya manakala ada juga yang suka bersendirian. Ada murid yang begitu bersemangat dan berfokus dalam pelajaran dan ada pula yang sebaliknya. Ada murid yang begitu bersemangat dan berfokus dalam pelajaran dan ada pula yang sebaliknya. Ada murid yang mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan penyayang manakala ada pula yang sering balik ke rumah yang kosong dan dingin suasananya. Dengan itu, seorang guru akan mengalami pelbagai masalah murid, sama ada masalah disiplin yang ringan atau yang lebih berat. Lantaran itu, perkhidmatan bimbingan amat diperlukan bagi membantu guru menangani pelbagai masalah murid di sekolah.

2.0 KEMAHIRAN Di sekolah, sekiranya guru pembimbing berhadapan dengan masalah murid yang merasa rendah diri (low self esteem) apabila berhadapan dengan rakan- rakan sebaya, merasa diri miskin, lambat dari segi belajar dan kurang suka menanya persoalan kepada guru apabila kurang faham tentang pengajarannya, maka guru perlulah mencari langkah inisiatif dalam menyelesaikan masalah ini. Bagi mencapai matlamat sesi kaunseling ini, terdapat beberapa kemahiran dan teori yang dicadangkan untuk guru pembimbing. Misalnya, terdapat 6 kemahiran kaunseling yang boleh digunakan oleh guru pembimbing dalam menyelesaikan masalah dalam sesi kaunseling ini. Antaranya ialah kemahiran membina hubungan, kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan, kemahiran memberi tindak balas dan kemahiran mengenal pasti masalah. Kemahiran pertama yang boleh digunakan oleh guru pembimbing dalam sesi kaunseling bersama Amin ini adalah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini sangat penting untuk klien terus memberi kerjasama yang meyakinkan dalam proses kaunseling supaya sesi kaunseling dijalankan dengan lancar. Kemahiran ini dapat memberi perangsangan kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberi persepsi pertama yang positif. Di bawah kemahiran ini terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira oleh guru pembimbing dalam melaksanakannya iaitu membina suasana alam sekeliling dengan menyediakan kerusi meja
1

yang sesuai dan selesa diduduki, memastikan keadaan bilik tidak terlalu panas, tidak bising, tempat yang tidak lalu lalang atau kawasan yang berbau seperti dekat dengan tandas. Selain itu, dalam kemahiran membina hubungan ini guru pembimbing perlulah bijak dalam mewujudkan suasana terapeutik iaitu suasanan yang selesa bagi melakukan perbincangan dan tanpa mengalami tekanan. Suasana ini perlu wujud dalam bilik kaunseling sebelum sesi dijalankan supaya klien berasa selesa dan dapat membuat pendedahan kendiri. Jarak komunikasi yang sesuai dan selesa, seperti yang dicadangkan antara 1 hingga 1.5 meter bagi tahap sekolah rendah dan ianya bersesuaian kerana boleh menimbulkan rasa selesa dan berasa diberi perhatian yang baik. Jarak yang sesuai ini membolehkan kedua-dua belah pihak melihat perubahan air muka secara halus seperti mengerutkan dahi, pergerakan bibir, pergerakan mata dan sebagainya. Jika jarak yang terlalu jauh mungkin guru pembimbing tidak mendengar suara klien dan tidak dapat melihat mimik-mimik muka. Ini akan menyebabkan guru pembimbing meminta untuk klien mengulang beberapa kali pernyataan klien dan ini akan menyebabkan sesi perbincangan akan terganggu. Kemahiran kedua yang boleh diaplikasikan oleh guru pembimbing semasa sesi kaunseling ini adalah kemahiran melayan dan mendengar. Kemahiran melayan berlaku pada awal sesi iaitu ketika klien memasuki ke bilik kaunseling. Kemahiran melayan ini digunakan bagi membantu klien untuk meluahkan cerita, terutamanya mereka yang kurang aktif dalam komunikasi. Dalam kemahiran melayan ini, ianya melibatkan 8 kombinasi. Salah satunya adalah kontak mata yang memerlukan guru pembimbing untuk memandang klien mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Selain itu kualiti vokal guru pembimbing juga perlu dititikberatkan. Nada suara dan kelajuan percakapan guru kaunseling adalah perlu selesa dan mengikut kesesuaian situasi klien. Dalam aspek bahasa tanpa lisan pula, ianya boleh dilihat melalui bahasa badan dan klien dapat mengetahui serta memahami bahawa guru pembimbing berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas atau tidak. Ianya boleh dilakukan melalui cara kedudukan, riak wajah, gerakan badan dan sebagainya. Kemahiran memfokus juga penting dalam bertujuan bagi mengelakkan klien lari daripada topik perbincangan atau permasalahan utama. Seterusnya, ekspresi muka guru pembimbing juga perlu dititiberatkan kerana ianya memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan menolong melalui kontak mata, mimik muka dan senyuman. Tahap tenaga guru pembimbing adalah tahap mood dan semangat. Hal ini ditunjukkan melalui gaya duduk, berjalan, nada suara dan air muka. Kedudukan dan jarak antara guru pembimbing juga perlulah diambil kira untuk menjamin keberhasilan sesuatu sesi kaunseling. Jarak antara tiga hingga empat inci
2

sememangnya kedudukan dan jarak yang paling sesuai. Dalam sesi kaunseling ini dorongan minima harus diselitkan bersama, contohnya seperti anggukan kepala, teruskan, berkata ya dan sebagainya. Kemahiran mendengar sememangnya menjadi tunjang kepada sesuatu sesi kaunseling. Menurut Mehrabian (1971), kebanyakan orang yang menangkap hanya 7% daripada mesej yang disampaikan kepadanya sedangkan 38% lagi diperoleh daripada aspek tingkah laku tanpa lisan dalam komunikasinya itu. Maka, dalam sesi kaunseling ini guru pembimbing seharusnya memberi peluang kepada klien untuk menceritakan

permasalahannya dan mendengarnya dengan teliti.

Kemahiran dengaran ini boleh

dibahagikan kepada tiga iaitu mendengar secara fizikal, mendengar secara psikologi dan mendengar dengan perasaan. Dalam situasi mendengar secara fizikal ini, kaunselor perlu menumpukan pendengaran dan penglihatannya kepada klien. Ini dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat guru pembimbing serta menjalinkan kemesraan antara guru pembimbing dan murid. Selain itu adalah mendengar dengan psikologi. Dengan cara ini, guru perlulah menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi yang disampaikan oleh klien. Contohnya seperti, mengangguk menunjukkan kaunselor faham dengan kenyataan. Aspek kemahiran dengaran yang ketiga adalah mendengar dengan perasaan. Guru pembimbing perlulah memahami perasaan dan mendengar dengan baik serta memberi peluang kepada klien menceritakan masalah mereka. Antara kemahiran kaunseling lain yang boleh digunakan dalam sesi kaunseling ini adalah kemahiran memberi perhatian. Kemahiran perhatian ialah guru pembimbing memberi perhatian terhadap segala gerak geri klien. Terdapat lapan aspek di dalam kemahiran

memberi perhatian. Salah satunya kedudukan klien. Guru pembimbing hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya jarak yang sesuai dan selesa adalah berbentuk L. Postur badan atau kedudukan tubuh guru pembimbing hendaklah condong kehadapan, iaitu ke arah klien. Dalam sesi kaunseling ini juga, ekspresi muka guru pembimbing hendaklah berseri, iaitu menunjukkan guru pembimbing itu bersedia menerima klien. Guru pembimbing perlulah mengadakan tentangan mata dengan klien bagi menunjukkan perasaan meminati apa yang diperkatakan oleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Dalam sesi kaunseling, guru pembimbing hendaklah memahami intonasi suara klien yang melambangkan emosinya tentang sesuatu masalah yang dibincangkan. Selain itu, guru pembimbing juga perlulah memberi dorongan minima kepada

klien untuk bercakap. Misalnya seperti Mmm, A-ha, Ya, Jadi? Dorongan minimum ini penting untuk menggalakkan klien bercakap. Seterusnya, kemahiran lain yang boleh digunakan oleh guru pembimbing semasa sesi kaunseling ini adalah kemahiran membuat interpretasi tingkah laku bukan lisan. Tujuan guru pembimbing membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Menurut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan interpretasi ialah untuk membantu klien supaya lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (yang tersirat) dengan mudah. Selain itu, terdapat empat panduan untuk membuat interpretasi iaitu guru pembimbing perlulah memahami mesej yang disampaikan oleh klien, parafrasa mesej kepadanya, menggunakan bahasa yang mudah dan membuat interpretasi berasaskan fakta dan mesej (termasuk tingkah laku bukan lisan) yang diberikan. Salah satu cara membuat interpretasi adalah melalui berfantasi yang menggunakan gambaran bahasa metafora. Dalam sesi kaunseling ini juga, guru pembimbing boleh menggunakan kemahiran memberi tindak balas. Dalam kemahiran memberi tindak balas ini, ianya terbahagi kepada dua iaitu refleksi dan parafrasa. Dalam aspek refleksi, ianya merupakan bayangan semula tentang perasaan terhad percakapan klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea daripada pengalaman klien. Guru pembimbing akan menyebut semula apa yang sudah diperkatakan dalam satu rangkaian pendek dan padat. Menurut Amir (1987), refleksi ialah suatu usaha bagi memahami melalui kaca mata klien sendiri dan seterusnya menyampaikan kefahaman itu kepadanya. Dalam konteks kaunseling, refleksi dapat dibahagikan kepada tiga iaitu refleksi perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi. Melalui pecahan ini, guru pembimbing dapat memahami masalah klien dengan lebih mendalam. Pada yang sama, guru pembimbing dapat menggalakkan klien untuk bercakap dan berkongsi ceritanya. Dalam melaksanakan refleksi, terdapat 5 panduan yang perlu diikuti iaitu memberi perhatian kepada pelbagai tema dan nada suara, emosi sewaktu klien berbicara, menyusun idea dan perasaan penting ke dalam pernyataan umum mengenai maksud asas klien, jangan menambah idea baharu ketika merefleksi, tentukan sama ada berfaedah ataupun tidak meminta klien membuat rumusan terhadap perasaan atau dirinya dan tentukan refleksi mempunyai tujuan tertentu. Bahagian kedua dalam kemahiran memberi tindak balas adalah parafrasa. Dalam satu sesi kaunseling, guru pembimbing perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman guru pembimbing mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga boleh membantu guru
4

pembimbing dalam mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah yang dihadapinya. Kemahiran yang keenam yang boleh digunakan oleh guru pembimbing dalam sesi kaunseling ini ialah kemahiran mengenal pasti masalah. Dalam kemahiran mengenalpasti masalah ini, ia mendorong guru pembimbing untuk menyoal klien dan mengumpul lebih banyak maklumat dalam proses kaunseling. Ini kerana kemahiran menyoal dapat memberikan panduan, meningkatkan perhubungan dan mencapai tujuan kaunseling. Namun, kadangkala berlaku soalan yang tidak sesuai sehingga mengganggu sesi kaunseling. Oleh itu, adalah penting kepada guru pembimbing untuk membentuk kemahiran menyoal yang betul supaya tidak mengganggu tahap keselesaan klien. 3.0 TEORI Dalam sesi kaunseling ini, guru kaunseling perlulah menggunakan satu teori yang bersesuaian dan yang mengubah kembali pemikiran klien supaya dapat berfikir secara asal untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Berdasarkan kepada situasi permasalahan ini, teori yang sesuai untuk digunakan semasa sesi kaunseling ini adalah Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) bagi membimbing klien untuk mengatasi masalahnya. Dalam teori ini, ia mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Ia juga menganggap setiap manusia mempunyai potensi bertindak sama ada secara rasional (positif) atau tidak rasional (negatif) dan berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Tambahan pula, dalam pendekatan teori ini ianya lebih bercorak kepada mengajar dan mengutamakan pemikiran rasional. Selain itu, ia juga menekankan peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai punca masalah peribadi. Disamping itu, teori ini juga mengajar klien untuk mempunyai keyakinan dalam menangani masalah yang sedang dihadapi. Berdasarkan Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) ini, proses-proses perubahan dapat dilaksanakan mengikut personaliti ABCDE. Berdasarkan kepada konsep teori ini, ia menghuraikan sekuen peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia. Di dalam konsep ABCDE ini di mana A iaitu peristiwa yang berlaku kepada diri klien misalnya dalam sesi kaunseling ini klien tersebut mengalami masalah atau peristiwa yang dia
5

sering ditertawakan oleh rakan-rakan. Manakala B ialah kepercayaan tidak rasional klien yang terbentuk daripada peristiwa yang dialami seperti dalam sesi kaunseling ini, klien ditertawakan kerana miskin dan bodoh. Seterusnya, C merupakan emosi yang terhasil daripada kepercayaan yang tidak rasional iaitu klien menjadi murung dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan. D pula adalah kaedah yang digunakan untuk mengubah emosi yang tidak stabil dalam diri klien iaitu setelah melalui proses kaunseling bersama guru pembimbing, klien dapat menerima hakikat kekurangan diri dan terus berusaha. Maka, lahirlah emosi yang normal dalam diri klien iaitu E, boleh bersabar, bercakap dengan sopan dan bergaul. Dalam sesuatu sesi kaunseling, kemahiran dan teori seharusnya berhubungkait antara satu sama lain untuk menjamin keberhasilannya. Misalnya, melalui kemahiran yang diaplikasikan oleh guru pembimbing dalam sesi kaunseling ini, ianya dapat mengukuhkan lagi teori yang digunakan. Misalnya penggunaan kemahiran melayan dan mendengar masalah klien ini dapat meningkatkan rasa penghargaan terhadap klien yang disisihkan oleh rakanrakan di sekolah. Oleh itu, timbul rasa kekuatan dan semangat dalam diri klien untuk mengatasi masalahnya. Selain itu, kemahiran mengenal pasti masalah juga dapat membantu klien untuk mencari punca sebenar permasalahan itu berlaku di dalam dirinya. Mungkin sebelum ini klien tidak dapat berfikir secara tenang untuk mengenal pasti masalah di dalam diri klien. Ini dapat membantu diri klien dalam menghadapi masalahnya dan membimbingnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4.0 PENUTUP Secara kesimpulannya, keenam-enam kemahiran dan teori yang diterangkan di atas boleh digunakan dalam sesi kaunseling ini bagi menyelesaikan masalah klien. Guru pembimbing seharusnya memahami segala kemahiran dan teori yang bersesuaian dengan situasi permasalahan supaya dapat membantu menyesaikan masalah klien. Guru pembimbing juga perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik dan personaliti diri yang baik. Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti guru pembimbing. Maka, dapat disimpulkan bahawa guru pembimbing perlulah memilih dan menggunakan kemahiran dan teori yang sesuai untuk memastikan keberhasilan sesi kaunseling.
6

Anda mungkin juga menyukai