Anda di halaman 1dari 2

Masalah petempatan

Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal

selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan

lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar.Pencemaran terjadi akibat sikap tidak

bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bercham.

Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran kerana ia terletak

berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan

yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh

pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku

disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada

pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang

tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid

juga berlaku di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan

bermotor dan kilang-kilang.

Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti

yang berlaku di Bercham.Bandar Tokyojuga mengalami masalah pencemaran udara.Ini

berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-

kenderaa bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh

menghasilkan hujan asid.

Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan

kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering

berlaku di Jalan Sunway.Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke


Bandaraya Ipoh.Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan

utama menuju ke sekolah.

Keadaan ini juga sama dengan fenomena yang berlaku ni bandar Tokyo kerana

penduduknya amat padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kesesakan lalu lintas

berikutan jumlah kenderaan yang banyak kerana Tokyo ialah ekonomi metropolitan

terbesar di dunia.

Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran

kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan

tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-

wenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk

Bercham,kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain

untuk menjaga al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya

bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha

untu menjaga dan mengekalkannya.

Anda mungkin juga menyukai