Anda di halaman 1dari 8

Ekosistem di Ladang Tebu 0.0.

Pengenalan Dalam alam semula jadi, organisma sentiasa saling bertindak balas antara satu sama lain dan dengan persekitarannya.Saling tindakan ini membentuk satu sistem yang stabil yang dinamakan ekosistem. Contohnya ekosistem hutan, ekosistem gurun dan ekosistem laut.Kajian mengenai hubungan antara sesuatu organisma dengan organisma lain dan dengan persekitaran dinamakan ekologi. Nyatalah bahawa ekologi ialah kajian tentang ekosistem.Kajian di kawasan pertanian iaitu ladang tebu juga mempunyai ekosistem yang menarik untuk dikaji. 1.0. Sejarah Penanaman Tebu Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol. Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan
1

dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut.Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodisel. 2.0. Ciri-Ciri Pokok Tebu Nama Botani tebu ialah Saccharum Offcinarum L daripada Famili Gramineae. Pokok tebu merupakan tanaman asli ditropika yang basah, namun masih dapat bertumbuh dengan baik dan berkembang di daerah separa tropika, dalam keadaan pelbagai jenis tanah dari daratan rendah hingga ketinggian 1.400m diatas permukaan laut. Pokok tebu ialah sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk selinder memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat mata tunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan. Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.

Rajah 1 Ladang Tebu Penanaman tebu sesuai di iklim panas seperti cuaca tropika.Taburan hujan melebihi 600(mm)/ tahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada biojisim. Di kawasan wilayah penanaman utama, seperti

Hawai, pokok tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari. Tebu adalah sensitif kepada jenis tanah dan cuaca

kemarau .Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak. Dengan adanya kemarau atau persaingan daripada pokok yang lain, pokok tebu akan terbantut. Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna. Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.

Rajah 2 Proses membakar dan mengembur tanah untuk penanaman tebu

Rajah 3 Batas-batas yang telah siap untuk proses penanaman tebu


3

Tebu sesuai hidup ditanah subur dan gembur hingga ke tanah jenis liat tetapi perlukan saliran yang baik untuk mengelakkan daripada air bertakung.Tebu ditanam dengan menggunakan keratan batang tebu yang diambil dibahagian tengah tebu yang mengandungi tiga hingga lima mata tunas.Batang tebu mestilah sihat bebas penyakit dan perosak seperti ulat pengorek lubang. Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip. Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum ditanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Rajah 4 Anak benih yang telah disemai dan dirawat 3.0. Keadaan Fizikal Tanah yang sesuai untuk Penanaman Tebu Kawasan penanaman tebu yang mempunyai keadaan fizikal tanah yang terlalu mampat dan tidak berongga adalah kurang sesuai untuk penanaman pokok tebu kerana sukar untuk mikroorganisma menjalankan proses pereputan.Proses pereputan penting untuk menghasilkan sebatian organik untuk kesuburan tanah. Keadaan fizikal tanah yang terlalu padat atau mampat juga menpunyai kandungan oksigen yang sedikit.
4

4.0.

Sifat Kimia Tanah yang sesuai untuk Penanaman Tebu Keadaan tanah yang terdapat sesuatu unsur yang berlebihan akan

menjadikan kesesuaian tanah untuk tanaman kurang stabil. Misalnya kekurangan unsur Nitrogen daripada urea menjadikan tanaman tebu mempunyai struktur lebih keras dan kurang halus, Ketidak seimbangan unsur-unsur ini menyebabkan kekurangan salah satu unsur mikro yang seterusnya memberi kesan kepada kesuburan dan ketahanan tumbuhan kepada pelbagai jenis penyakit yang menyerang tanaman.Pertambahan unsur-unsur organik memberikan peningkatan kepada keasidan tanah.Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Racun pra percambahan, iaitu Atrazine digunakan pada kadar 4 liter / hektar

digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam. Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual. Pangkal pokok tebu perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan. Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang. Daun-daun tebu yang kering perlulah dibuang apabila pokok tebu berumur 5 bulan.Proses penyemburan racun serangga Endosulfan (Thiodan) adalah untuk sistem

pengawalan secara kimia. Seterusnya batang-batang tebu yang telah diserang perlulah dibakar.Proses Proses merendam benih tebu dalam air panas 50oc

bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam adalah untuk memusnahkan penyakit-penyakit yang menyerang benih-benih pokok tebu. 5.0. Ancaman Dalam Ekosistem Penanaman Tebu 5.1. Penyakit Gejala daun pokok tebu yang terbuka pada pangkalnya.Bentik daun berubah seperti terdapat titik-titik atau garis-garis warna merah pada pangkal daun.Sesetengah daun tebu tidak akan tumbuh dan batang tebu pun menjadi busuk.Keadaan yang lain pula terdapat bintikbintik warna merah pada daun dan batang tebu yang akan mengubah rasa kemanisan tebu. 5.2. Serangan Haiwan Perosak Haiwan perosak seperti tikus sering merosakkan tanaman tebu yang boleh menurunkan kualiti tebu yang dihasilkan.Tikus sering membuat lubang dibawah pokok tebu yang mana akan merosakkan
5

daun dan juga batang tebu.Selain itu juga pokok tebu sering diserang oleh ulat pengorek lubang seperti eucosma esograma 5.3. Kelembapan Tanah yang Tinggi ladang tebu menerima taburan hujan yang banyak atau kelembapan yang tinggi kesannya ialah daun-daun tebu akan bertukar menjadi kuning dan bahagian akar pokok tebu juga akan menjadi rosak dan busuk.

6.0.

Cara Mengatasi Masalah di Ekosistem Ladang Tebu

6.1.

Pokok

tebu

memerlukan

kandungan

air

yang

sedikit

untuk

menghasilkan hasil tebu yang berkualiti

oleh itu ladang tebu

memerlukan sistem saliran yang sempurna untuk mengelakkan air bertakung dibawah pokok tebu yang mana boleh menjejaskan rasa kemanisan tebu 6.2. Pokok tebu perlu sentiasa dibersihkan daripada daun-daun yang kering.Daun-daun kering perlu dibuang daripada batang tebu untuk mengelakkan penyakit kulat yang menyerang batang tebu. Daun-daun kering yang dibersihkan boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja organik dengan cara membiarkan daun itu mereput dipangkal pokok tebu. 6.3. Kawalan daripada serangan ulat pengorek lubang ialah dengan amalan kultura yang baik yang pokok-pokok yang diserang penyakit akan dimusnahkan disamping kawalan secara biologi dan kawalan secara kimia. 7.0. Kepentingan Ekosistem Ladang Tebu 7.1. Menyederhanakan suhu Penanaman tebu dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. 7.2. Membekalkan oksigen Pokok-pokok tebu yang hidup melalui proses fotosintesis akan membekalkan oksigen

7.3.

Zon Penampan mengawal hakisan Akar-akar pokok tebu berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuh ke bawah.

7.4.

Kawasan Tadahan Air Hujan Kawasan penanaman bertindak sebagai penadah dan

penapis untuk menentukan tahap kejernihan air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan. Air dari sinilah yang akan mengalir ke permukaan sungai-sungai utama. 7.5. Menyerap karbon dioksida Jika penanaman tebu ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung ekosistem penanaman tebu ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara.

8.0.

Memungut Hasil dan Pemprosesan Tebu Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3

kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.Secara traditional, tebu akan diproses dalam dua tahap. Kilang tebu di kawasan pengeluaran tebu, mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar, menghasilkan gula mentah bagi pemprosesan semula, dalam bentuk gula kilang putih bagi kegunaan tempatan. Pengilang gula, sering kali terdapat dalam kawasan pengguna gula yang tinggi seperti Amerika Utara, Europah, dan Jepun, kemudiannya akan menghalusi gula mentah bagi menghasilkan gula putih halus, keluaran yang lebih dari 99% sucrose sepenuhnya. Di kilang tebu, tebu dibasuh, dan kemudiannya dipotong dan dicincang oleh mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan berulang kali dengan air dan digelek antara penggelek, air tebu yang dikumpul mengandungi 1015% sukrosa, sementara pepejal berfiber yang tinggal, dikenali sebagai hampas

dibakar sebagai bahan api. Hampas yang dihasilkan kemudiannya boleh digunakan sebagai makanan haiwan, dalam penghasilan kertas, atau dibakar bagi

menghasilkan eletrik.

Rajah 5 Kilang memproses tebu disebuah negara 9.0. Penutup Tanaman tebu boleh di tanam disekeliling rumah atau kawasan lapang kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Hasil tanaman tebu yang berkualiti akan diperolehi jika pokok-pokok tebu diselenggara dengan baik contohnya membuang daun-daun kering apabila pokok tebu itu telah mengeluarkan daun.Air tebu yang dihasilkan berasa amat manis tanpa campuran gula kerana mengandungi kandungan sukrosa yang tinggi.