Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA : KEJOHANAN SUKANTARA UNIT (TERTUTUP SAINS 1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 2013

ANJURAN: PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 5

TEMPAT : PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL TARIKH 21 FEBRUARI 2013

ULASAN KETUA JABATAN

ULASAN UNIT KEWANGAN

ULASAN

PENGARAH

1.0 PENGENALAN Kejohanan Sukantara Unit Tertutup Sains 1 ini adalah satu program yang dianjurkan oleh unit PISMP Pendidikan Khas Semester 5 sesi 2013. Program ini adalah salah satu aktiviti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi semester 5 iaitu Olahraga, dan kod kursusnya adalah WAJ3112. 2.0 RASIONAL Kejohanan Sukantara Unit ini adalah satu usaha yang diharapkan dapat menyumbangkan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini adalah bagi melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan masyarakat.

Penganjuran kejohanan ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam pertandingan olahraga, memenuhi prinsip-prinsip latihan dan perlakuan fizikal serta mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar sama ada dalam pengurusan pertandingan dan penyertaan pertandingan, memberikan ruang kepada pelajar khususnya pelajar semester 5 melibatkan diri dalam menyumbangkan kepakaran, pengetahuan, kepegawaian dan kejurulatihan. Pelajar-pelajar mempamerkan kebolehan sebagai satu pasukan, berkongsi pengalaman dan bekerjasama menaikkan martabat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ke tahap yang lebih tinggi dan disegani.

3.0 OBJEKTIF Pelaksanaan Kejohanan Sukantara Unit ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada guru-guru pelatih supaya dapat: i. Memberikan peluang kepada pelajar sebagai peserta dan terlibat dalam pengelolaan pertandingan olahraga ii. Mendapat pengetahuan tentang kaedah-kaedah dan prinsip latihan acaraacara dalam pertandingan olahraga serta meningkatkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada. iii. Memberikan pendedahan tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian. iv. Memberikan pengalaman kepada guru pelatih tentang cara mengelola Kejohanan Sukan Tahunan di sekolah kelak. v. vi. Mendekatkan diri dengan aktiviti yang menyihatkan badan Peluang mewakili institut ke temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili institut dalam kejohanan antara IPG serta Sukan Institut Pendidikan Malaysia.

4.0 BUTIRAN PENGANJURAN Kejohanan Sukantara Tahunan bagi tahun 2013 ini, dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas Semester 5. Unit ini ditugaskan untuk mengelola dan melaksanakan pertandingan ini.

5.0 TENTATIF PROGRAM Maklumat program seperti berikut : Khamis, 21 Februari 2013

WAKTU
8.10 8.20 8.30 8.45 9.00 9.15 9.30 9.40

ACARA
400m 400m Lontar Peluru Lontar Peluru Lompat Jauh Lompat Jauh 100m 100m

KATEGORI
L P L P L P L P

PERINGKAT
AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AkHIR

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

6.1 JAWATANKUASA PENGELOLA Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari : Pn Rosnah Bt Mustaffa : Mohd Khalil Bin Mohammad Noor : Nurul Izza Bt Mohamad : Muhammad Alwan Bin Baharudin : Mohamad Ridzwan Bin Abdullah : Junita Anak Patrick

6.2 JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN Kepegawaian dan Pengadilan Peralatan & Persiapan Tempat Makan dan Minuman Keselamatan & Pertolongan Cemas Kebersihan & Tugas-tugas Khas Juru acara Dokumentasi : Hafiz Adli Bin Zakaria : Muhamad Fadheruhisham Bin Daud : Emir Din Bin Baharudin : Abdul Wafiy Bin Hasbullah : Saiful Ikhwan Bin Shabuddin : Muhamad Nor Tarmizi Bin Mohd Sarif : Nor Ilyana Bt Mohamed

7.0 BUTIRAN KEJOHANAN 7.1 Tarikh 7.2 Hari 7.3 Masa 7.4 Tempat 7.5 Penyertaan 7.6 Acara : 21 Februari 2013 : Khamis : 8.00 am : Padang IPG Kampus Dato Razali Ismail : Unit Sains 1 Semester 5

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8

ACARA
100m 100m 200m 200m Lompat Jauh Lompat Jauh Lempar Cakera Lempar Cakera

KATEGORI L
X X X X X X X X

P
X X X X X X X X

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 8.1 Sumber kewangan kutipan daripada peserta Bil 1. Perkara Sumber kewangan daripada peserta (RM5 x 23) Pendapatan RM115 Perbelanjaan

Makanan dan minuman peserta (RM1.50 x 23)

RM34.50

Hadiah Johan Naib Johan (RM 4 x 8) (RM 3 x 8) RM32 RM24 RM16

Tempat Ketiga (RM 2 x 8)

Lain-lain Pembalut hadiah Pita pelekat Gelas kertas JUMLAH KESELURUHAN RM115 RM115 RM8.50

8.2 Permohonan peruntukan daripada Pengurusan Institut

Minuman peserta Air Mineral 500ml (RM 9.50 x 2) RM19

Sijil

Stor

- Sijil Penyertaan (23 helai) - Sijil Penghargaan (20 helai)

9.0 PENUTUP Kejohanan Sukantara tahunan ini diharapkan dapat meningkatkan jati diri dan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada guru pelatih. Pengukuhan jati diri dan penghargaan yang diberikan dilihat mampu menyumbang kea rah melahirkan guruguru yang berkeyakinan, berkemahiran, berkaliber dan berpengetahuan luas

seterusnya melahirkan generasi yang menyumbang kepada pembangunan Negara. Sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dalam menjayakan program ini agar ianya dapat berjalan dengan lancea dan seterusnya mencapai objektif yang dirancang. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allat SWT. Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

..

(MUHAMMAD ALWAN

BAHARUDIN)

Setiausaha, Kejohanan Sukantara Unit 2013, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. .

Disemak oleh,

(MOHD KHALIL BIN MOHD NOOR) Pengerusi, Kejohanan Sukantara Unit 2013, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Disahkan oleh,

.. (PN ROSNAH BT MUSTAFFA) Penasihat Kejohanan, Kejohanan Sukantara Unit 2013, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.

ULASAN

Anda mungkin juga menyukai