Anda di halaman 1dari 1

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Di malam Tahun Baru, kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni. Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo sui ,yang dipercayaai akan memanjangkan umur ibu bapa. Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula. Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan ke bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Kaum Cina pakai pakaian baru yang berwarna merah untuk memeriahkan suasana, disamping ucapan Kong Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kan ak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini. Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina selama 15 hari. Mereka juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka.