Anda di halaman 1dari 23

944/4 KERTAS PROJEK

SUMBANGAN GUNA TENAGA DALAM SEKTOR EKONOMI KEDUA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2012

NAMA: XXXXXXXXXXX NO. KP: XXXXXX-XX-XXXX

SMK XXXXXXXX

ABSTRAK Selama ini, sektor ekonomi kedua telah menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga buruh sedia ada dan seterusnya menjadi penyumbang kedua terbesar antara ketiga-tiga sektor ekonomi dalam pertambahan guna tenaga pada tahun 2000 sehingga 2012. Namun, ada tahun di mana sumbangan guna tenaga mengalami penurunan kerana berlakunya masalah seperti masalah krisis kewangan pada tahun 2008. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan masalah-masalah dan kesan-kesan yang dihadapi oleh sektor ekonomi kedua Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012 dan mencadangkan beberapa langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Sebelum itu, kajian ini akan mengenal pasti jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012. Seterusnya, oleh sebab sektor kedua terdiri daripada sektor pembuatan atau perkilangan dan sektor pembinaan, maka perbandingan antara sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dengan sektor pembinaan akan dilakukan untuk menentukan sektor mana dalam sektor kedua yang menyumbangkan lebih banyak guna tenaga antara tahun 2000 hingga 2012. Untuk melaksanakan kajian ini, kaedah kajian yang digunakan hanyalah melalui data sekunder, iaitu muat turun bahan dari sumber internet seperti muat turun dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dan mengumpul laporan agensi kerajaan dari Laporan Kewangan Malaysia. Secara keseluruhannya, hasil keputusan menunjukkan bahawa jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor kedua semakin meningkat dari tahun 2000(3313.30 ribu guna tenaga) hingga 2012 (4390.2 ribu guna tenaga), namun, sumbangan guna tenaga dalam sektor kedua pernah mengalami penurunan sebanyak 124.4 ribu guna tenaga (3.13%) pada tahun 2009 dengan jumlah sebanyak 3972.3 ribu guna tenaga berbanding dengan tahun 2008 denga jumlah sebanyak 4096.7 ribu guna tenaga. Hal ini sama seperti sektor pembuatan dalam sektor kedua yang meningkat sepanjang tahun 2000(2558.30 ribu guna tenaga atau 77.21%) hingga 2012 (3616.6 ribu guna tenaga atau 82.38%) kecuali pada tahun 2009 (3209.9 ribu guna tenaga atau 80.81%). Tetapi bagi sektor pembinaan pula, sektor ini mengalami penurunan sumbangan guna tenaga pada tahun 2005 (759.60 ribu guna tenaga atau 19.51%) dan bertambah semula atau pulih pada tahun 2007(757.3 ribu guna tenaga atau 18.68%) sehinga tahun 2012(773.6 ribu guna tenaga atau 17.62%). Pengurangan sumbangan guna tenaga yang berlaku dalam sektor kedua mungkin disebabkan oleh krisis kewangan global, sikap manusia sendiri, perubahan struktur ekonomi atau penggunaan teknologi dalam sektor pembuatan dan pembinaan. Semua ini akan membawa kepada kesankesan seperti pengangguran, pengurangan keluaran dan menyebabkan penurunan agregat perbelanjaan negara, dan sebagainya. Jesteru itu, lebih tumpuan harus diberikan dalam melatih lebih ramai guna tenaga mahir dan berkemahiran tinggi supaya kualiti dan kecekapan buruh dapat ditingkatkan seterusnya dapat merangsang pertumbuhan produktiviti negara.

ISI KANDUNGAN 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2.0 PERNYATAAN MASALAH 3.0 TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KAEDAH KAJIAN 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 6.0 CADANGAN 7.0 PENUTUP/RUMUSAN KAJIAN 8.0 SENARAI RUJUKAN 9.0 LAMPIRAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan apabila telah berjaya mengubahkan negara daripada sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang berasaskan industri. Sejak beberapa dekad yang lalu, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan sektor ekonomi kedua yang meliputi sektor pembuatan dan sektor pembinaan adalah antara pemacu kepada pertumbuhan ekonomi. Sektor ekonomi kedua di Malaysia dilihat sebagai salah satunya tunjang utama bagi pertumbuhan ekonomi negara disebabkan kemampuan sektor tersebut dalam menghadapi daya saing yang tinggi di peringkat global. Sektor pembuatan telah mencatatkan pertumbuhan guna tenaga yang memberangsangkan terutamanya menjelang tahun 2000 (seramai 2558.30 ribu orang guna tenaga atau 77.21%) sehingga 2012 (seramai 361.6 ribu orang guna tenaga atau 82.38%) berbanding dengan sektor pembinaan yang hanya mempunyai seramai 755 ribu atau 22.79% orang guna tenaga (tahun 2000) dan 773.6 ribu atau 17.62% orang guna tenaga (tahun 2012). Sektor pembuatan juga boleh dikatakan dapat mewujudkan peluang pekerjaan, menyerap lebihan guna tenaga dalam sektor pertanian, meningkatkan output perkapita dan taraf hidup dan berupaya melakukan perubahan dari segi sosial, budaya dan institusi melalui kesan modenisasi dalam kaedah dan teknologi (Nor Aini et al., 2004). Sektor pembinaan juga tiada bezanya. Bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, adalah penting bagi mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh produktiviti. Sumbangan guna tenaga merupakan penentu bagi peningkatan produktiviti dalam sektor ekonomi kedua dan kebolehsaingan negara dalam pasaran global. Secara umumnya, sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun 2000 (seramai 3313 ribu orang guna tenaga) hingga tahun 2012 (seramai 4390 ribu orang guna tenaga), kecuali pada tahun 2009 (seramai 3972 ribu orang guna tenaga) di mana sumbangan guna tenaga mengalami pengurangan sebanyak 124.4 ribu atau (3.13%) guna tenaga berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu tahun 2008 (seramai 4097 ribu orang guna tenaga). Walau bagaimanapun, sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan sumbangan guna tenaga dalam sektor ini di negara-negara yang maju seperti China, Korea dan Jepun. Oleh itu, berdasarkan pencapaian sumbangan guna tenaga
4

dalam sektor tersebut di Malaysia, adakah sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan? Jadi, bagi menjawab persoalan ini, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012. Sehubungan itu, objektif umum kajian ini adalah untuk menentukan masalah-masalah dan kesan-kesan yang dihadapi oleh sektor ekonomi kedua Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 dan seterusnya mencari dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Manakala, objektif khusus adalah untuk mengenal pasti jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Malaysia dan membandingkan sumbangan guna tenaga sektor pembuatan dan sektor pembinaan dalam Malysia dari tahun 2000 hingga 2012. Konsep: Guna tenaga ialah tenaga buruh yang telah mendapat pekerjaan dan sedang aktif memberikan sumbangan yang produktif dalam kegiatan ekonomi. Sektor kedua atau sekunder pula ialah peringkat kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah (hasil bumi) menjadi barang siap atau separuh siap. Sektor kedua ekonomi di Malaysia meliputi sektor pembuatan atau perindustrian dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan adalah seperti industri pembuatan ringan, di mana industri tersebut membuat barangan siap dipakai seperti barangan pengguna dan barangan eksport. Terdapat dua jenis industri dalam sektor pembuatan, iaitu industri berasaskan sumber yang terdiri daripada industri pertanian, hutan, perlombongan, penternakan dan perikanan, dan industri bukan berasaskan sumber yang terdiri daripada barang elektrik dan elektronik, automotif dan percetakan. Sektor pembinaan terdiri daripada industri yang meliputi pembinaan struktur bangunan seperti jalan raya dan jambatan serta ada juga tergolong dalam membaiki pulih, memecah dan menjaga bangunan. Industri dalam sektor binaan juga merangkumi kerja-kerja besi dan elektrik dalam projek kejuruteraan yang lain.

2.0 PERNYATAAN MASALAH Perkara yang dikaji ialah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012, sama ada sumbangan guna tenaga berkurang akan bertambah. Sekiranya mengalami pengurangan dalam guna tenaga seperti pada tahun 2009 (seramai 3972 ribu orang guna tenaga) dalam jumlah sumbangan sektor ekonomi kedua, maka masalah dan kesan perlu dikenal pasti dan seterusnya, langkah-langkah perlu dicadangkan untuk mengatasi masalah dan kesan itu. Jika diteliti, sumbangan guna tenaga semakin meningkat dalam sektor kedua iaitu sektor pembuatan dan pembinaan sejak kebelakangan ini kerana banyak usahawan asing telah dijemput melabur di Malaysia dengan memberi pelbagai insentif kepada mereka. Namun, sumbangan guna tenaga dalam sektor ini pernah mengalami penurunan, iaitu pada tahun 2009 dengan seramai 3972 ribu orang guna tenaga berbanding denga tahun 2008 iaitu seramai 4097 ribu orang guna tenaga dengan perbezaan sebanyak 124.4 ribu atau 3.13% orang guna tenaga. Penurunan yang berlaku dalam sumbangan guna tenaga adalah disebabkan oleh masalah-masalah seperti krisis kewangan global yang berpunca daripada Amerika Syarikat dan negara Eropah pada tahun 2008, sikap manusia sendiri, perubahan struktur ekonomi serta penggunaan teknologi canggih dan moden. Hal ini akan membawa kepada kesan-kesan negatif seperti banyak firma menutup operasi dan menyebabkan sumbangan guna tenaga berkurang. Seterusnya, kadar pengangguran akan meningkat pada masa tersebut. Oleh itu, kajian ini perlu dilakukan supaya dapat mengesan masalah-masalah yang dihadapi dalam tahun-tahun (antara tahun 2000-2012 sahaja) yang mengalami penurunan sumbangan guna tenaga supaya langkah-langkah yang sesuai dapat dicadangkan bagi mengatasi masalah dan kesan tersebut.

3.0 TUJUAN/OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan memahami sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua (sektor pembuatan dan pembinaan) Malaysia Dari tahun 2000 hingga 2012. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk: 1) Mengenal pasti jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012. 2) Membandingkan sumbangan guna tenaga sektor pembuatan dan sektor pembinaan di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. 3) Menentukan masalah-masalah dan kesan-kesan yang dihadapi akibat perubahan jumlah sumbangan sektor ekonomi kedua di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

4.0 KAEDAH KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber lain (Data sekunder), iaitu muat turun bahan dari sumber internet, mencari bahan daripada buku teks Pra-U STPM Longman Ekonomi Penggal 3 dan mengumpul laporan agensi kerajaan seperti laporan tahunan negara dan laporan ekonomi Malaysia untuk memenuhi objektif kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua, membuat perbandingan antara sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dengan sektor pembinaan serta menentukan masalah-masalah dan kesan-kesan yang dihadapi akibat perubahan jumlah sumbangan sektor ekonomi kedua di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012. Kaedah Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi dianalisis dengan penggunaan peratusan, min dan perbandingan. Semua data yang diperolehi dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan penganalisisan. Oleh itu, bagi maklumat seperti jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan sektor pembinaan boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal kerana dianalisis menggunakan min untuk menerangkan hubungan di antara satu sama lain. Jumlah sumbangan guna tenaga sektor pembuatan dan sektor pembinaan pula menggunakan kaedah peratusan mudah untuk menentukannya. Bagi menganalisis perbandingan sumbangan guna tenaga sektor pembuatan dan sektor pembinaan, kaedah perbandingan akan digunakan. Min diperolehi berdasarkan skor pada jawapan yang digunakan. Formula pengiraan bagi jumlah skor, min dan peratus adalah seperti yang berikut: Jumlah Skor= Kekerapan Setiap Skala Skor Setiap Skala

Min = Jumlah Skor jumlah sumbangan guna tenaga (n, orang)

Peratus (%) = Jumlah Kekerapan Bilangan Responden

100

Bagi bahagian 5.1 (Analisis Jumlah Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Ekonomi Kedua Malaysia Antara Tahun 2000 Hingga 2012) dalam hasil kajian, bahagian ini akan dianalisis mengikut nilai datanya sama ada naik atau turun sahaja berserta dengan carta alirannya dan pengiraan min untuk mengetahui nilai puratanya. Bagi bahagian 5.2 (Analisis Jumlah Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Dan Sektor Pembinaan Di Malaysia Dari Tahun 2000 Hingga 2012) pula, bahagian ini akan dianalisis dengan kaedah peratusan mudah beserta dengan carta aliran peratusan dalam kedua-dua sektor tersebut. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui jumlah peratus jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan sektor pembinaan masing-masing. Bahagian 5.3 (Analisis Perbandingan Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Dan Sektor Pembinaan), kaedah perbandingan akan dilakukan untuk menyatakan sektor mana yang jumlah sumbangan guna tenaganya lebih banyak atau lebih kurang.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Gunatenaga dalam sektor kedua (000) Sektor/tahun pembuatan pembinaan Jumlah 2000 2558.30 755.00 3313.30 2001 2558.80 771.70 3327.50 76.90 2002 2679.80 782.10 3461.90 77.41 2003 2857.80 791.90 3649.70 78.30 2004 3064.50 798.20 3862.70 79.34 2005 3133.20 759.60 3892.80 80.49

Peratus bagi sektor 77.21 pembuatan (%) Peratus bagi sektor pembinaan (%) 22.79

23.10

22.59

21.70

20.67

19.51

Sektor/tahun pembuatan pembinaan Jumlah

2006 3244.3 755.2 3999.5

2007 3296.7 757.3 4054.0 81.32

2008 3338.3 758.4 4096.7 81.48

2009 3209.9 762.4 3972.3 80.81

2010 3381.7 765.5 4147.2 81.54

2011 3533.1 768.8 4301.9 82.13

2012 3616.6 773.6 4390.2 82.38

Peratus bagi sektor 81.12 pembuatan (%) Peratus bagi sektor pembinaan (%) 18.88

18.68

18.51

19.19

18.46

17.87

17.62

Min gunatenaga dalam sektor kedua (000) Min bagi jumlah = (3313.30+3327.50+3461.90+3649.70+3862.70+3892.80+3999.5+ 4054.0+4096.7+3972.3+4147.2+4301.9+4390.2) / 13(tahun) Purata =3233.01 Min bagi jumlah dalam sektor pembuatan Min bagi jumlah dalam sektor pembinaan = (2558.30+2558.80+2679.80+2857.80+3064.50+3133.20+3244.3+ 3296.7+3338.3+3209.9+3381.7+3533.1+3616.6) / 13 Purata =2566.02 = (755.00+771.70+782.10+791.90+798.20+759.60+755.2+757.3+ 758.4+762.4+765.5+768.8+773.6) / 13 Purata = 769.21

10

Carta Aliran Sumbangan Guna Tenaga dalam Sektor Ekonomi Kedua Bilangan guna tenaga (000)
4000 3500 3000 2500 2000 1500 1000 500 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

Petunjuk:
Pembuatan Pembinaan

Tahun

5.1 Analisis Jumlah Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Ekonomi Kedua Malaysia Antara Tahun 2000 Hingga 2012 Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Malaysia menunjukkan peningkatan secara berterusan antara tahun 2000 hingga 2008 dan mengalami penurunan pada tahun 2009, seterusnya meningkat semula dari tahun 2010 hingga 2012. Pada tahun 2000, terdapat sebanyak 3313.3 ribu guna tenaga dan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya menjadi 3327.5 ribu guna tenaga pada tahun 2001, 3461.9 ribu guna tenaga (tahun 2002), 3649.7 ribu guna tenaga (tahun 2003), 3862.7 ribu guna tenaga (tahun 2004) , 3892.8 ribu guna tenaga (tahun 2005) , 3999.5 ribu guna tenaga (tahun 2006) , 4054.0 ribu guna tenaga (tahun 2007) dan naik lagi menjadi 4096.7 ribu guna tenaga (tahun 2008) . Namun, jumlahnya telah mengalami penurunan dan menjadi sebanyak 3972.3 ribu guna tenaga pada tahun 2009 dan kemudiannya menaik semula pada tahun 2010 daripada 4147.2 ribu guna tenaga kepada 4301.9 ribu guna tenaga pada tahun 2011 dan 4390.2 ribu guna tenaga pada tahun 2012.

11

Setelah menjalankan penyelidik pada tahun 2009, didapati bahawa penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh krisis kewangan global yang berpunca daripada Amerika Syarikat dan negara Eropah pada tahun 2008. Krisis kewangan ini telah menyebabkan pengangguran berlaku kerana firma-firma terpaksa mengurangkan output atau menutupkan operasi akibat daripada pengurangan agregat perbelanjaaan negara. Hal ini menyebabkan permintaan faktor berkurangan, maka sumbangan guna tenaga akan berkurang. Pengurangan sumbangan gunatenaga pada tahun 2009 mungkin juga disebabkan oleh sikap manusia sendiri. Hal ini kerana tenaga buruh yang terutamanya pelajar lepasan SPM/STPM yang baru tamat persekolahan mempunyai sikap memilih kerja dalam zaman sekarang. Selanjutnya, ada juga pelajar sanggup berhenti kerja lamanya secara sukarela untuk mencari kerja baharu yang lebih baik. Maka, hal ini akan menyebabkan sumbangan guna tenaga berkurang dalam sektor ekonomi kedua (sektor pembuatan dan sektor pembinaan) kerana guna tenaga telah berhenti kerjanya atau tidak sanggup bekerja dalam sektor ekonomi kedua.

12

5.2 Analisis Jumlah Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Dan Sektor Pembinaan Di Malysia Dari Tahun 2000 Hingga 2012 Sektor Pembuatan Dan Sektor Pembinaan merupakan sektor dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia, maka jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan sektor pembinaan akan dianalisis. Carta Aliran Sumbangan Guna Tenaga Mengikut Peratusan dalam Sektor Pembuatan dan Pembinaan Sumbangan Guna Tenaga (%)
90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 Pembuatan Pembinaan

Tahun

5.2.1 Analisis Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Di Malysia Dari Tahun 2000 Hingga 2012 Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan Malaysia menunjukkan pola tidak konsisten di mana mengalami penurunan antara tahun 2000 hingga 2001 dan meningkat semula pada tahun 2002 dan terus meningkat sehingga tahun 2008, seterusnya menurun semula pada tahun 2009 dan meningkat semula hingga tahun 2012. Pada tahun 2000, terdapat sebanyak 2558.3 ribu (77.21%) guna tenaga dan menurun sedikit pada tahun berikutnya menjadi 2555.8 ribu(76.90%) guna tenaga pada tahun 2001. Pada tahun 2002 meningkat semula menjadi 2679.8 ribu (77.41%) guna tenaga dan meningkat secara berterusan pada tahun-tahun berikutnya menjadi 2857.8 ribu (78.30%)
13

guna tenaga pada tahun 2003, 3064.5 ribu (79.34%) guna tenaga pada tahun 2004, 3133.2 ribu (80.49%)guna tenaga pada tahun 2005, 3244.3 ribu (81.12%) guna tenaga pada tahun 2006, 3296.7 ribu (81.32%) guna tenaga pada tahun 2007 dan naik lagi menjadi 3338.3 ribu (81.48%) guna tenaga pada tahun 2008. Namun, jumlahnya telah mengalami penurunan dan menjadi sebanyak 3209.9 ribu (80.81%) guna tenaga pada tahun 2009 dan kemudiannya menaik semula pada tahun 2010 daripada 3381.7 ribu (81.54%) guna tenaga kepada 3533.1 ribu(82.13%) guna tenaga pada tahun 2011 dan 3616.6 ribu (82.38%) guna tenaga pada tahun 2012. Puratanya ialah 2566.02 ribu guna tenaga. Setelah menjalankan penyelidikan pada tahun 2001 dan 2009, didapati bahawa penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan di Malaysia pada tahun 2001 dan 2009 adalah disebabkan oleh perubahan struktur ekonomi. Dalam tempoh tersebut, segolongan besar penganggur adalah petani, penoreh getah, dan pelombong bijih timah yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan dari sektor pembuatan dan perkilangan apabila sawah padi, ladang getah, lombong bijih timah berhenti operasi pengeluaran. Akibat tidak mempunyai kemahiran, maka golongan itu tidak boleh bekerja dalam sektor pembuatan dan sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan berkurang. Oleh sebab berlakunya penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia pada tahun 2009, maka dapat disimpulkan bahawa sektor pembuatan terjejas dengan kesan krisis kewangan global yang berpunca daripada Amerika Syarikat dan negara Eropah pada tahun 2008, sama seperti punca dalam penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua.

14

5.2.2 Analisis Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Di Malaysia Dari Tahun 2000 Hingga 2012 Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi pembinaan. Malaysia menunjukkan peningkatan secara berterusan antara tahun 2000 hingga 2004 dan mengalami penurunan pada tahun 2005 dan 2006, seterusnya meningkat semula dari tahun 2007 hingga 2012. Pada tahun 2000, terdapat sebanyak 755.0 ribu (22.79%) guna tenaga dan terus meningkat pada tahun-tahun berikutnya menjadi 771.7 ribu (23.10%)guna tenaga pada tahun 2001, 782.1 ribu (22.59%) guna tenaga pada tahun 2002, 791.9 ribu (21.70%)guna tenaga (tahun 2003) , 796.2 ribu (20.67%) guna tenaga (tahun 2004) dan menurun kepada 759.6 ribu(19.51%) guna tenaga (tahun 2005) , dan 755.2 ribu (18.88%) guna tenaga (tahun 2006).Selepas itu, jumlahnya telah mengalami peningkatan semula menjadi 757.3 ribu (18.68%) guna tenaga (tahun 2007), 758.4 ribu (18.51%) guna tenaga (tahun 2008) , 762.4 ribu(19.19%) guna tenaga pada tahun 2009 dan kemudiannya menaik lagi pada tahun 2010 daripada 765.5 ribu (18.46%) guna tenaga kepada 768.8 ribu (17.87%) guna tenaga pada tahun 2011 dan 773.6 ribu (17.62%) guna tenaga pada tahun 2012. Puratanya ialah 769.21 ribu guna tenaga. Setelah menjalankan penyelidik pada tahun 2005 dan 2006, didapati bahawa penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembinaan di Malaysia pada tahun 2005 dan 2006 adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi canggih dan moden dalam sektor pembinaan untuk menggantikan guna tenaga. Guna tenaga terutamanya guna tenaga yang kurang mahir akan kehilangan kerja kerana telah digantikan dengan mesin yang canggih, maka sumbangan guna tenaga akan berkurang kerana bilangan guna tenaga dalam sektor pembinaan telah berkurangan.

15

5.3 Analisis Perbandingan Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Dan Sektor Pembinaan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil dapatan menunjukkan bahawa jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan Malaysia menunjukkan pola yang tidak konsisten. Hal ini demikian kerana guna tenaga dalam sektor pembuatan mengalami

penurunan antara tahun 2000 hingga 2001 dan meningkat semula pada tahun 2002 dan terus meningkat sehingga tahun 2008, seterusnya menurun semula pada tahun 2009 dan meningkat semula hingga tahun 2012, manakala bagi hasil kajian yang diperolehi untuk jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi pembinaan pula menunjukkan peningkatan secara berterusan antara tahun 2000 hingga 2004 dan mengalami penurunan pada tahun 2005 dan 2006, seterusnya meningkat semula dari tahun 2007 hingga 2012. Setelah saya menjalankan analisis antara tahun 2000 dan 2012, saya telah membuat perbandingan antara sektor pembuatan dan sektor pembinaan dan mendapati bahawa penurunan jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan sektor pembinaan di Malaysia pada tahun-tahun tertentu adalah berpunca daripada masalah yang berbeza. Misalnya, pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan adalah disebabkan oleh perubahan sturktur ekonomi dan krisis kewangan global(kerana mengalami pengurangan dengan hanya jumlah sebanyak 3972.3 ribu guna tenaga pada tahun 2009) , manakala pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor pembinaan adalah disebabkan oleh penggunaan teknologi yang canggih dan moden.

16

5.4 Kesan-kesan Peningkatan Dan Pengurangan Dalam Sumbangan Guna Tenaga Dalam Sektor Ekonomi Kedua Di Malaysia Dari Tahun 2000 Hingga 2012 5.4.1 Kesan-kesan peningkatan dalam sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Antara kesannya ialah pertumbuhan ekonomi akan berlaku. Peningkatan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua akan membantu membangunkan dan memajukan kegiatan ekonomi kerana sumber pengeluaran telah digunakan secara optimum (tidak berlakunya sebarang pembaziran). Jadi, firma-firma tidak mempunyai lebihan kapisiti dan tidak berlakunya pembaziran sumber. Hal ini akan meningkatkan kecekapan kegiatan ekonomi negara dan prestasi ekonomi negara akan meningkat. Kesan kedua ialah kebajikan masyarakat akan bertambah baik. Apabila berlakunya peningkatan dalam sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua, keluaran negara dapat dimaksimumkan dan pendapatan negara bertambah baik. Pendapatan per kapita akan meningkat. Maka, masyarakat akan mempunyai kuasa beli yang tinggi dan taraf hidup mereka akan menjadi semakin baik. Hal ini dapat menjaminkan kemakmuran rakyat dalam negara. Kesan seterusnya ialah faktor pengeluaran digunakan secara optimum. Faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal telah digunakan secara sepenuhnya sekiranya sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua bertambah. Banyak faktor ekonomi yang produktif akan digunakan dengan cekap dan optimum. Apabila faktor pengeluaran digunakan secara optimum, ekonomi beroperasi dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Kesannya, output dapat ditambah dan penawaran agregat akan menjadi baik.

17

5.4.2 Kesan-kesan pengurangan dalam sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Antara kesannya ialah pertumbuhan negara akan terjejas. Pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua akan menyebabkan pembaziran sumber ekonomi, maka keupayaan pengeluaran semakin berkurang dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan. Dan juga disebabkan oleh pengurangan sumbangan guna tenaga, kerajaan terpaksa meningkatkan perbelanjaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan, maka perbelanjaan pembangunan kerajaan akan terjejas yang akan menyebabkan pendapatan negara berkurang. Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi sukar dikembangkan dan dimajukan. Kesan kedua ialah KNK sebenar kurang daripada KNK potensi akan berlaku. Pengurangan dalam sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua menunjukkan bahawa tenaga buruh yang sedia ada dalam negara tidak digunakan sepenuhnya. Masalah ini akan menyebabkan faktor pengeluaran lain seperti tanah adalah terbiar atau dibazirkan. Keadaan ini akan mengurangkan keluaran negara kasar (KNK) sebenar yang dihasilkan, menyebabkan KNK sebenar (KNK keseimbangan) kurang daripada KNK potensi. Hal ini akan menyebabkan ekonomi beroperasi di bawah lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Kesan ketiga ialah ketidakcekapan dalam pengeluaran akan berlaku. Oleh sebab berlakunya pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua, maka firma akan mengalami ketidakcekapan dalam pengeluaran kerana berlaku pembaziran dalam ekonomi. Pembaziran sumber ekonomi ini berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak digunakan dengan cekap, maka kos latihan buruh akan dirugikan. Hal ini akan menyebabkan ketidakcekapan sesebuah ekonomi dan prestasi ekonomi negara menjadi buruk kerana banyak sumber ekonomi yang produktif tidak digunakan. Kesannya, penawaran agregat sukar ditambahkan. Kesan seterusnya ialah kebajikan masyarakat akan merosot. Apabila berlakunya pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua, keluaran negara tidak dapat bertambah secara maksimum dan pendapatan negara akan berkurang. Hal ini menyebabkan pendapatan per kapita jatuh dan taraf hidup masyarakat akan menjadi semakin rendah, maka kemakmuran rakyat akan merosot. Jika harga umum naik pada masa yang sama, pendapatan per kapita benar turut menurun. Akibatnya, kebajikan masyarakat merosot .
18

6.0 CADANGAN Setelah mengesan masalah-masalah yang dihadapi, beberapa langkah yang sesuai telah dicadangkan untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya ialah: a) Melahirkan modal insan yang mempunyai latihan dan pendidikan Pemberian latihan dan pendidikan dapat meningkatkan kemahiran modal-modal insan untuk menyesuaikan diri dalam menjalankan sesuatu pekerjaan yang lain atau mencari pekerjaan di tempat lain. Bagi tenaga buruh yang tidak dapat menjadi guna tenaga akibat kurang kelayakan, latihan dan pendidikan peningkatan kemahiran yang berkaitan dengan sektor ekonomi kedua (sektor pembuatan dan sektor pembinaan), dan teknologi moden atau teknologi pengurusan terkini perlu diberikan kepada mereka supaya memperolehi kelayakan. Dalam hal ini, agensi kerajaan harus bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus peningkatan kemahuan. Agensi swasta juga boleh menganjurkan kursus jangka pendek sedemikian dengan mengenakan bayaran tertentu. Hal ini dilakukan supaya tenaga buruh mampu mendapat pekerjaan baharu dalam sektor ekonomi kedua, iaitu sektor pembuatan dan sektor pembinaan. b) Memberi upah yang lebih tinggi dan berpatutan kepada guna tenaga Upah atau ganjaran perlu dinaikkan bagi sektor pembuatan dan sektor pembinaan untuk menarik masuk guna tenaga ke dalam sektor tersebut bagi meningkatkan sumbangan guna tenaga.Untuk melakukan demikian, kerajaan perlu memberi subsidi dan insentif kepada sektor pembuatan dan sektor pembinaan supaya dapat memberi upah yang lebih tinggi kepada guna tenaga bagi mengekalkan guna tenaga yang lama dan menarik masuk guna tenaga yang baharu. Di samping itu, kerajaan perlu memastikan bahawa sistem upah juga perlu peka dan responsif kepada keadaan pasaran yang berubah di mana upah yang diberikan oleh majikan cukup mengikut keadaan ekonomi negara. Misalnya, upah perlu dinaikkan sekiranya harga barang naik akibat daripada inflasi.

19

7.0 PENUTUP/RUMUSAN KAJIAN Kesimpulannya, sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 telah diketahui dan difahami. Seterusnya, objektif-objektif kajian ini telah dicapai. Jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua Malaysia antara tahun 2000 hingga 2012 telah dikenal pasti di mana tahun 2012 mempunyai sumbangan guna tenaga yang tertinggi iaitu sebanyak 4390.2 ribu guna tenaga dan terendah pada tahun 2001 iaitu 3313.3 ribu guna tenaga. Nilai puratanya ialah sebanyak 3233 ribu guna tenaga pada tahun 2000 hingga 2012. Lantaran itu, sumbangan guna tenaga sektor pembuatan dan sektor pembinaan dalam Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 telah dapat dibandingkan di mana jumlah sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan yang tertinggi ialah sebanyak 3616.6 ribu (82.38%) guna tenaga pada tahun 2012 dan sebaliknya jumlah terendah ialah sebanyak 2555.8 ribu(77.21%) guna tenaga pada tahun 2000, manakala jumlah sumbangan guna tenaga yang tertinggi dalam sektor pembinaan ialah sebanyak 798.2 ribu (20.67%) guna tenaga pada tahun 2004 dan sebaliknya jumlah terendah ialah sebanyak 755.0 ribu guna tenaga (22.79%) pada tahun 2000. Secara keseluruhan bagi bandingan ini, sektor pembuatan mempunyai lebih banyak sumbangan guna tenaga sepanjang tahun 20002012 berbanding dengan sektor pembinaan. Purata sumbangan guna tenaga dalam sektor pembuatan adalah sebanyak 2566 ribu guna tenaga dan sebanyak 769 ribu guna tenaga bagi sektor pembinaan. Di samping itu, masalah-masalah dan kesan-kesan yang dihadapi oleh sektor ekonomi kedua Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 telah ditentukan, malah langkah-langkah yang sesuai turut telah dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Antara masalah-masalah yang dihadapi yang telah dikesan pada tahun 2000 hingga 2012 ialah krisis kewangan global, sikap manusia sendiri, perubahan struktur ekonomi serta penggunaan teknologi yang canggih dan moden. Bagi kesannya pula, ia terbahagi kepada dua, iaitu kesan peningkatan dan kesan pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua di Malaysia (tahun 20002012). Antara kesan peningkatan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua ialah masalah pengangguran dapat diatasi, faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal telah digunakan secara sepenuhnya, dan kebajikan masyarakat dapat bertambah baik. Bagi pengurangan sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua pula, kesannya ialah KNK sebenar kurang daripada KNK potensi, ketidakcekapan dalam pengeluaran, masalah pengangguran akan berlaku, pertumbuhan Negara terjejas, dan kebajikan masyarakat merosot. Dengan bantuan analisis daripada hasil kajian, langkah-langkah yang sesuai telah dapat
20

dicadangkan seperti pemberian latihan dan pendidikan untuk meningkatkan kemahiran guna tenaga supaya guna tenaga yang kurang kemahiran mampu bekerja dalam sektor ekonomi kedua dan menawarkan upah dan ganjaran yang lebih tinggi supaya guna tenaga akan kekal dan ramai guna tenaga akan menceburi dalam sektor ekonomi kedua. Akhir kalam, sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua menunjukkan peningkatan yang berterusan kecuali beberapa tahun yang menunjukkan penurunan. Hal ini bermakna sumbangan guna tenaga dalam sektor ekonomi kedua menunjukkan prestasi yang baik dan sedang berkembang. Oleh itu, sumbangan guna tenaga sektor ekonomi kedua perlu dipertingkatkan lagi supaya mampu menyumbang kepada pertambahan pendapatan negara serta mengekalkan keadaan ekonomi negara.

21

8.0 SENARAI RUJUKAN Data sekunder: Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, dipetik dan diubahsuaikan pada 15 Julai 2013, http://www.treasury.gov.my/ The Official Website of Department of Statistics Malaysia, dipetik dan diubahsuaikan pada 16 Julai 2013, http://www.statistics.gov.my/ Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd Hamid, (2013), Teks STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3, Kedah, Penerbitan Pelangi

Kementerian Kewangan Malaysia, (2009), Laporan ekonomi 2009/2010, Kuala Lumpur, Percetakan National Malaysia Berhad

22

9.0 LAMPIRAN Formula yang digunakan dalam kajian ini:

Jumlah Skor= Kekerapan Setiap Skala x Skor Setiap Skala

Min = Jumlah Skor jumlah sumbangan guna tenaga (n, orang)

Peratus (%) = Jumlah Kekerapan Bilangan Responden

x 100

23