Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM & MUSLIMAH MALAM KESENIAN ISLAM 2012 IPGM KAMPUS KENT TUARAN

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

PENYERTAAN 1. Penyertaan terbuka kepada semua pelatih Institut yang beragama Islam sahaja. 2. Setiap unit wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta sebagai wakil unit masing-masing. 3. Senarai nama peserta dalam borang penyertaan pertandingan hendaklah dikembalikan kepada pihak penyelaras pertandingan pada tarikh yang ditetapkan. 4. Undian akan dibuat sebelum pertandingan berlangsung dan akan dimaklumkan oleh pihak penyelaras untuk mengambil angka giliran bagi membuat persembahan. PEMILIHAN BUSANA 1. Tema pemakaian busana muslim / muslimah adalah Arabian stail. 2. Busana yang diperagakan hendaklah menurut syariat Islam. 3. Kreativiti pemakaian busana amat dititikberatkan. 4. Busana yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik seperti penggunaan tangkal adalah tidak dibenarkan sama sekali. 5. Penggunaan busana ( kustom ) perlulah sopan dan sesuai mengikut persembahan HAD MASA 1. Anggaran masa persembahan termasuk masa untuk menjawab soalan selama 7 minit, bermula daripada loceng permulaan.

GAYA PERSEMBAHAN 1. Gaya persembahan adalah bebas dan bergantung kepada kreativiti peserta. 2. Gaya persembahan hendaklah tidak keterlaluan.

FORMAT PERTANDINGAN 1. Giliran peserta akan ditentukan melalui undian sebelum pertandingan. 2. Peserta dikehendaki berada awal di tempat pertandingan bagi memudahkan urusan pendaftaran. 3. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang tertinggi dan keputusan juri. 4. Keputusan hakim adalah muktamad. 5. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

PENGHAKIMAN 1. Penghakiman dilakukan oleh jemaah pengadil yang dilantik 3 orang hakim yang

akan mengadili bahagian kreativiti pemakaian busana, kreativiti gaya persembahan busana dan penyampaian jawapan yang bernas dan meyakinkan. 2. Sekiranya berlaku persamaan markah, pemenang akan ditentukan mengikut keutamaan berikut: a) kreativiti pemakaian busana b) kreativiti gaya persembahan busana c) penyampaian jawapan yang bernas dan meyakinkan. 3. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut: a) kreativiti pemakaian busana b) kreativiti gaya persembahan busana -45 markah -30 markah

c) penyampaian jawapan yang bernas dan meyakinkan -25 markah