Anda di halaman 1dari 10

Cucur Susu Lemak Manis

Bahan-bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum - diayak 1/2 sk baking powder - diayak 1/2 sk bicarbonate soda - diayak 6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis 1/2 cawan susu segar @ cair garam secukup rasa

Cara membuatnya : 1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat. 2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :) 3. Angkat cucur dan hidangkan.

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci) BAHAN A

250 gm cream cheese 60 gm gula halus 1 biji telur 1 sudu besar air 1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara 1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati. 2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. 3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

2 biji telur 1 cwn gula halus 1 sk vanilla sedikit garam 1/2 cwn air panas didih 1/2 cwn cwn susu segar/cair 1/2 cwn minyak jagung/masak 1 cwn tpng gandum* 3 sudu besar sebuk koko* 1 sudu kecil baking soda* 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara 1. 2. 3. 4. Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam. Masukkan air panas,susu dan minyak. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati. 5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian. CARA MEMASAK. 1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je. 2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak. 3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit. 4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit. 5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit. 6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Marble Chocolate Cheese Cupcakes


BAHAN A 180 gm mentega (*akak letak 190 gm) 170 gm gula halus (gula kastor) 3 biji telor gred A

20 gm serbuk koko 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je) 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

BAHAN B 250 gm cream cheese (pada suhu bilik) 60 gm gula halus (gula kastor) 1 camca teh esen vanilla 1 biji telor gred A

CARA-CARA MEMASAK 1. Panaskan oven pada suhu 160C. 2. Putar mentega dan gula hingga putih. 3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. 4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula. 5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati. 6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim. 7. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan masukkan ke dlm cawan kertas, ratakan. 8. Ambil dlm 2 sudu besar pula adunan cream cheese dan ratakan. 9. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan ratakan. 10. Bakar selama 20- 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan. 11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Durian Crepes With Custard Filling


BAHAN-BAHAN ADUNAN CREPES

30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum -Yatie guna 4 sudu besar rata 30 gm tepung kastard- Yatie guna 4 sudu besar rata 20 gm tepung jagung- Yatie guna 2 sudu besar rata 20 gm tepung ubi- Yatie guna 2 sudu besar rata 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee - Yatie guna 2 sudu besar rata

3 biji telur 1/4 sudu teh garam 250 ml susu cair- suhu bilik 1 sudu besar mentega cair/minyak masak Pewarna kuning- optional

CARA-CARA 1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis. 2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu. 3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan. 4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis. 5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik! 6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu INTI KASTARD DURIAN

250 ml susu cair 1 1/2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar gula pasir 1/4 sudu teh garam 1 biji kuning telur 150 gm isi durian Non-dairy whip cream -secukupnya

CARA-CARA 1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu. 2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream. Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental. Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental. Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan

crepe.

CARA PENYEDIAAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kepingan crepe ~ secukupnya Krim Kastard ~ secukupnya Isi durian ~ secukupnya Letakkan sekeping crepe Letakkan krim kastard di atasnya Kemudian letakkan isi durian Tutup kembali denga krim kastard Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Puding Berkuah Laici


BAHAN-BAHAN UTK PUDING

1 cwn tepung kastard 4 1/2 cwn air 1/2 cwn susu cair 1/2 cwn gula

CARA-CARA 1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya. 2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang. 3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan. BAHAN UTK KUAH

1 tin buah laici( Boleh ganti koktel, peach dan nanas..) 1 tin susu cair 1 tin air biasa (air masak) 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..) Ais secukupnya

CARA-CARA 1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk. 2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit/laici dan susu. 3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici. 4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais. **Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang buah laici tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.

Butter Cheesecake
KEK MENTEGA KEJU

170 gm mentega 125 gm krim keju 250 gm gula kastor 5 biji kuning telur 210 gm tepung serbaguna } guna tpng gandum pun boleh 1 camca teh serbuk penaik } diayak 2 camca teh vanila 5 biji putih telur 1/8 camca teh garam

CARA MEMBUAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik. 8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Upsidedown Pineapple Cake


BAHAN-BAHAN

2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan Ceri merah secukupnya 250 gm mentega 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih 135 gm gula halus 135 gm tepung gandum* 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali) 1 camca teh esen vanilla 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah

Bhn utk karamel


2 camca besar butter di cairkan 1/4 cwn gula perang/brown sugar

CARA MEMBUATNYA 1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. 2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar. 3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan. 4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan. 5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.

6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak. 7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

Cream Cheese Butter Cake


BAHAN-BAHANNYA: (guna loyang bulat 9 inci)

200 gm butter 200 gm cream cheese 250 gm gula kastor 250 gm tepung gandum 5 biji telur 1 s/t baking powder

CARA-CARANYA: 1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati. 2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter. 3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus. 4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

Marble Chocolate Cheese Cake Bahan A: 180 gm mentega (*akak letak 190 gm) * 170 gm gula halus (gula kastor) * 3 biji telor gred A * 20 gm serbuk koko * * 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je) * 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama) Bahan B:

* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik) * 60 gm gula halus (gula kastor) * 1 camca teh esen vanila * 1 biji telor gred A Cara-Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Putar mentega dan gula hingga putih. 3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. 4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula. 5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati. 6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim. 7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan. 8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan. 9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. 10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. 11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

http://yatiememories.blogspot.com/search/label/Nasi?updated-max=2010-1112T14:35:00%2B08:00&max-results=20&start=20&by-date=false

Anda mungkin juga menyukai