Anda di halaman 1dari 17

Ahmad Khairul Syah bin Ahmad Sainin Aswan bin Baba Muhamad Syazwan bin Asung

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ 3110

SOALAN TUTORIAL 6
Pengetahuan Asas Dalam Pergerakan Nyatakan perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor. Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan koordinasi motor. Nyatakan peringkat perkembangan kreativiti pelajar berdasarkan kepada pendapat Lowenfield dan Britain (1982).

PERBEZAAN ANTARA LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR


Lokomotor Pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain Pergerakan yang melibatkan dan membolehkan seseorang menggunakan otot atau motor kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari

Banyak menggunakan ruang. Pergerakan ini memerlukan kedudukan berubah dan menyebabkan ruang yang digunakan adalah besar Dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar

Bukan Lokomotor Pergerakan yang hanya menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseoang atau pergerakan tanpa beralih arah Kebolehan bergerak menggunakan otot kecil dan tertumpu pd pgrkn bahagian tubuh badan pada sendi buka tutup dan pusing putar.

Kurang memerlukan ruang kerana pelaku hanya kekal di tempat yang sama atau static sahaja. Pergerakan ini memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja. Tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti melambung, membaling dan melayang.

PERINGKAT PERKEMBANGAN KREATIVITI PELAJAR BERDASARKAN KEPADAPENDAPAT LOWENFIELD DAN BRITAIN (1982)
Scribbling Pre-schematic Schematic Dawning realism/the gang age Pseudo-naturalistic/reasoning Period if decision/ adolescent art in high school

SCRIBBLING (2-4 TAHUN)


Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan.

Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN)

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

SCHEMATIC (7-9 TAHUN)

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya .

Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong

Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

DAWNING REALISM / THE GANG AGE (9-12 TAHUN)


Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.

Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

PSEUDO-NATURALISTIC / REASONING (12-14 TAHUN)


Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi.

Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

PERIOD IF DECISION / ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN)


Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.
Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Anda mungkin juga menyukai