Anda di halaman 1dari 4

PENILAIAN PENGAJARAN LISAN Pengajaran lisan menjadi asas dalam pengajaran bahasa.

Pada peringkat awal perkembangan bahasa kanak-kanak, lisan telah mengambil tempat yang utama. Kemahiran menguasai bahasa lisan semakin terserlah apabila kanak-kanak menjangkau usia 4 tahun. Walau bagaimanapun tahap keupayaan lisan kanakkanak berbeza antara individu. Hakikat ini mula terasa apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Perbezaan budaya, latar belakang keluarga dan persekitaran menjadi punca yang melebarkan jurang pemisah antara kanak-kanak ini. Di sekolah, guru dapat mengesan perbezaan ini semasa proses pengajaran dijalankan. Oleh yang demikian, bagaimanakah keadaan ini dapat diperbaiki? Sejauh manakah para pendidik telah meneroka kaedah-kaedah baru untuk mencungkil kemahiran lisan kanak-kanak selain kaedah yang telah sedia ada? Mungkin penggunaan teknik melukis dapat menggerakkan kemahiran lisan ini. Walau bagaimanapun

penggunaan teknik ini hanya merupakan satu daripada sejuta teknik yang masih belum diterokai

PELAKSANAANNYA PENILAIAN LISAN Di dalam analisis proses pertuturan, terdapat 5 komponen yang dapat

dipertimbangkan untuk aktiviti penilaian lisan iaitu : i. Penyebutan termasuklah cirri-ciri segmental dan bukan segmental : vocal, konsonan, pola tekanan dan intonasi. ii. Tatabahasa iii. Kosakata iv. Kelancaran ( keselesaan dan kelajuan pertuturan)

v. Kefahaman (penting kerana untuk bertindak balas dan berhubung secara lisan untuk sesuatu atau memulakan pertuturan )

JENIS-JENIS PENILAIAN LISAN Penilaian lisan boleh digolongkan kepada beberapa jenis iaitu : i. Temuduga temuduga yang tidak berstruktur tetapi dinilai berdasarkan skala yang disusun rapi. ii. Pertuturan Berstruktur sample pertuturan yang berstruktur dan biasanya dirakamkan berdasarkan criteria yang sangat khusus. iii. Kertas dan pensel Ujian objektif dapat dilakukan terhadap penyebutan dengan menggunakanb kertas dan pensel. Pelajar diberi ujian pendengaran dan mereka mencatat bukti kebolehannya di dalam mendengar, dengan menulis atau menanda jawapan pada kertas.

TUJUAN PENILAIAN LISAN DIADAKAN Wujudnya ketidakseragaman di dalam pengucapan bahasa Malaysia di kalangan penduduk negara ini menjadi fokus utama kenapa penilaian lisan diperkenalkan. Jadi penilian lisan diperkenalkan bertujuan untuk mempertingkatkan tahap penyebutan bahasa Malaysia Baku. Tambahan pula, Negara Nalaysia dapat menghasilkan satu identiti kebangsaan melalui pengucapan Bahasa Malaysia. Penilaian lisan di sekolah-sekolah pada peringkar UPSR (di mansuhkan mulai 1994 ), PMR dan SPM adalah memerlukan pencapaian pelajar suapaya dapat bertutur di dalam bahasa Malaysia baku yang mudah difahami.

Sumber : http://hzn-e-learning.blogspot.com/2010/03/penilaian-pengajaran-lisan.html

Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar. Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian

berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.

1. Fahami asas kepada pemerhatian menyedari keadaan sekeliling membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens

prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati membuat pelan sampel menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal 4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana; tahap efisien pembelajaran mereka mereka boleh membantu rakan mereka belajar mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

Sumber : http://wnazi.blogspot.com/2010/09/penilaian-melalui-pemerhatian.html

Anda mungkin juga menyukai