Anda di halaman 1dari 6

This post was published to KAJIAN TINDAKAN at 1:48:22 AM 5/25/2009

Ulasan Buku

1. Nama pengarang: Collin Lankshear & Michele Knobel


2. Tahun terbitan: 2004
3. Tajuk buku: A handbook for Teacher Research: From design to
implementation
4. Negeri penerbit: New York, USA
5. Nama penerbit: British Library

1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan dikihat sebagai keperluan penting untuk guru-guru
dalam membantu mereka membangunkan profesion seorang pendidik di
sekolah dan bergabung berkongsi idea dan isu bagi memperbaiki amalan
pengajaran di dalam kelas. (Fishman & Mc Carthy, 2000). Kajian tindakan
adalah inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi
sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui
tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk
membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping
meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di
mana amalan itu dilakukan.
Kajian tindakan merangkumi 4 perkara asas yang perlu dilaksanakan
mengikut urutannya iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek.
2. MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN??
Menurut buku ini, kajian tindakan dapat membantu guru dalam:

• mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan


pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif.
• memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat
pelajar-pelajar.
• membuat sesuatu yang kreatif dan kritis dalam proses p&p di
dalam kelas.
• meningkatkan hasil produk yang bermutu dalam melahirkan
pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
• meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman
profesionalisme sebagai seorang pendidik.
3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
1. Model yang digunakan
a) Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan (Kim, 1992)
- model ini melibatkan 5 langkah asas iaitu (kenalpasti mslh,
rancang, bertindak, perhati dan analisis & reflek dan menilai)
dalam satu gelungan dan akan diikuti gelungan kedua dalam
kajian yang dilaksanakan secara berterusan.
- gelungan kajian kedua diteruskan melalui aktiviti yang
selanjutnya iaitu (rancang semula, laksana tindakan lanjutan,
perhati & analisis tindakan lanjutan, reflek dan menilai tindakan
lanjutan).
- gelungan ini akan terus berlanjutan sehingga hasil kajian
menunjukkan pencapaian yang berkesan kepada pelajar, guru
dan pentadbiran.

2. Sampel / participant
- Sampel yang digunakan dalam kajian tindakan yang dilaksanakan
kebanyakkannya adalah dikalangan komuniti di sekolah itu sendiri
iaitu pelajar, guru dan pentadbiran sekolah.
- Pelajar: Sampel ini diambil ketika kajian dilakukan di dalam kelas
yang terlibat.
- Guru: Sampel ini diambil di kalangan guru-guru matapelajaran
yang sama atau berbeza.
- Pentadbiran: Sampel ini diambil untuk mendapatkan sokongan
bagi kajian yang dilaksanakan dan membantu guru mencapai
matlamat sekolah yang cemerlang.

3. Seting kajian
- Kajian tindakan yang dilaksanakan banyak melibatkan
persekitaran di kawasan sekolah, iaitu di dalam kelas dan di luar
kelas seperti di bilik guru, bilik pengetua dan penolong kanan.

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


Prosedur Kajian Tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa
langkah yang tetap dalam satu kitaran yang perlu diikuti iaitu:
Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah atau situasi yang ingin dikaji.
• Masalah atau isu-isu di sekolah seperti kurikulum, pentadbiran,
proses pengajaran-pembelajaran dan program kokurikulum ini
perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.
• Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu
ditulis dengan jelas.
Langkah 2: Merancang penyelidikan
• Untuk merancang kajian (penyelidikan), perlu melibatkan guru
yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan
dalam menyelesaikan sesuatu isu kajian. Antara rancangan yang
perlu dititikberatkan dalam merancang kajian tindakan ialah:
– rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil.
– rancang tugas/ tanggungjawab/ aktiviti baru.
– rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat.
– rancang keperluan lain/ masa yang diperuntukkan.
– rancang cara mereflek.
Langkah 3: Melaksana tindakan (bertindak)
– Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu
melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang
dalam langkah 2 seperti aktiviti atau program untuk
menyelesaikan sesuatu masalah kajian.
Langkah 4: Membuat pemerhatian
– Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru)
akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian
tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya
dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkah laku
dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian
yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke
dalam buku catatan (diari, jurnal/buku log) melalui apayang
dilihat seperti pergerakan guru/ pelajar, dan suasana
pembelajaran di dalam kelas.

5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


1. instrumen kajian
• Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian
seperti kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.
2. teknik pengumpulan data
• Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam
KajianTindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini
kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk
memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat
pelbagai kaedah mengumpul data yang dicadangkan iaitu:
i) Pemerhatian
– Pengkaji perlu memiliki pengetahuan&pemahaman yang
luas mengenai situasi yang dikaji.
– Melibatkan aktiviti meneliti & berfikir secara original dan
kritikal tentang sesuatu situasi.
– Aspek penting: pemerhatian dijalankan secara sistematik.
– Data yang dikutip melalui cara ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip scra
teratur&pada masa sebenar kajian.
– 3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian: 1)
Tumpuan pemerhatian (siapa, di mana); 2) masa
pemerhatian (adakan pada masa yang berlainan untuk
dapatkan kepelbagaian maklumat); 3) cara pemerhatian
(bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian (catat
data-data penting serta-merta semasa pemerhatian dalam
bentuk nota).
ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
– Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang
dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan
sejarah program.
– Dokumen-dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data
dalam KT seperti: Sukatan dan rancangan pelajaran, Kertas
peperiksaan dan ujian, Laporan kurikulum, Minit mesyuarat
panitia, Foto aktiviti pelajar dalam kelas dan Bab-bab buku
teks yang dikaji
iii) Rakaman pita video/ transkrip
– Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar
dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam
kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk
dikumpul.
– Rakaman juga dapat mengukur dan menilai kegiatan
pelajar (individu & kumpulan) dalam aktiviti kelas.
– Transkrip pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep yang diajar oleh guru.
iv) Temubual
– Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat
dengan lebih mendalam.
– Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah
pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek sama dan
pihak pentadbiran sekolah (pengetua /PK).
– Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap
mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di
sekolah tersebut.

3. teknik penganalisisan data
• Proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan
jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik menkangkakan
perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.
• Teknik-teknik membuat analisis:
i) Meneliti data secara menyeluruh – tetapkan
kategori data – teliti semula & bahagikan data
ikut kategori.
ii) Buat proses sumbangsaran (dapatkan idea)- buat
refleksi idea – kumpul idea yang tak berkenaan –
semakan semula data – buat senarai rangka isi –
silang rujukan rangka isi – buat refleksi pada
senarai.
iii) Analisis secara perbincangan
• Setelah data dikumpul, penyelidik akan membuat analisis
statistical untuk merumus dan menjelaskan dapatan kajiannya.
Ada 2 cabang statistic yang digunakan iaitu diskriptif dan
inferensial.
• Discriptive: to organize collected data so it is easier to
comprehend.
• Inferential: to draw inferences about some population of
interest based on sample from whole population.

6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)


Etika dalam melaksanakan penyelidikan merupakan aspek yang
penting dan perlu dititikberatkan kerana dalam melaksanakan seauatu
kajian tindakan, kita akan melibatkan banyak pihak yang akan terlibat
secara langsung atau tidak langsung seperti guru, pelajar, ibu bapa
dan pentadbir. Semua pihak ini perlu dihormati bagi melindungi
mereka daripada dieksploitasi oleh pihak yang ingin mengambil
kesempatan atas kepentingan sendiri.
Dengan adanya etika dalam kajian tindakan, guru-guru akan
terselamat daripada menjadi mangsa tekanan dan menjadi bahan
eksploitasi pihak atasan dan memudahkan guru untuk menjalankan
kajian tindakan. Antara etika yang dibentuk dalam melaksanakan
kajian tindakan ialah:
• Mempunyai rekabentuk kajian yang sah.
• Mendapatkan keizinan daripada pihak termaklum.
• Mengelak penipuan berlaku.
• Meminimumkan pencerobohan.
• Memastikan kerahsiaan.
• Meminimumkan risiko merosakkan.
• Menunjukkan penghormatan.
• Mengelak paksaan atau manipulasi.
7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN
(Reliability & Validity)
• Kebolehpercayaan (Reliability)
– Merujuk kepada kestabilan pengukuran atau ujian daripada
seorang kepada yang lain. Ini bermaksud, guru penyelidik
perlu yakinbahawa keputusan yang diperoleh tidak
melebihi pentadbiran yang berbeza mengenai ujian,
borang alternative dan markah ujian atau pengukuran
yang lain.
• Kesahan (Validity)
– Kesahan disini perihatin kepada ‘inferred meaning’
daripada keputusan yang diperoleh melalui ujian, soal
selidik, pemerhatian dan sebagainya.

8. PENILAIAN KESELURUHAN BUKU


Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada guru-guru di sekolah
untuk menjalankan atau melaksanakan kajian tindakan di sekolah. Ini
kerana, semua maklumat mengenai kajian tindakan seperti
pendekatan kepada kajian tindakan, prosedur-prosedur melaksanakan
kajian tindakan serta contoh-contoh mengenaikajian tindakan juga
disertakan untuk rujukan bersama. Kita boleh mendapatkan input-input
yang baru kerana kajian ini dijalankan di luar Negara kita. Oleh itu,
saya mencadangkan kepada warga pendidik dan rakan-rakan
seperjuangan saya menjadikan buku ‘Kajian Guru’ ini sebagai langkah
awal untuk ‘menjelajah’ dan memahami konsep kajian tindakan yang
tepat. Semoga, hasil usaha saya dalam mmentelaah dan mengkaji
buku Teacher Research ini dapat membantu saya mahir dan
professional dalam melaksanakan tugasan kajian tindakan yang bakal
diberi oleh Dr. Siti Fatimah.Wassalm…

Anda mungkin juga menyukai