Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI MENYANYI BERSAMA KANAK-KANAK

Objektif aktiviti : 1. 2. 3. 4. Lagu :


BANGUN PAGI GOSOK GIGI, CUCI MUKA TERUS MANDI, PAKAI BAJU MINUM SUSU, SALAM AYAH DAN IBU, PERGI SEKOLAH JALAN KAKI, JUMPA CIKGU DEPAN PINTU, SELAMAT PAGI CIKGU HIKMAH, SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH, RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR, PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS, PANDAI NYANYI, BACA BUKU, SEMUA ORANG SUKA HATI, KALAU KITA RAJIN USAHA, IBUBAPA GEMBIRA, MARI KAWAN SAMA-SAMA, PASTI KITA BERJAYA !

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak melalui lagu. Merapatkan hubungan antara kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menyebut dan menyanyikan lirik lagu mengikut irama. Dapat merangsang perkembangan kognitif dan deria pendengaran kanak-kanak.

Langkah-langkah menjalankan aktiviti : 1. Guru perlu mengumpulkan kanak-kanak dalam keadaan yang teratur. 2. Guru mengajar terlebih dahulu lagu yang hendak dinyanyikan menggunakan radio atau alat muzik. 3. Kemudian, guru menyanyi bersama kanak-kanak agar kanak-kanak dapat menyanyikan lagu tersebut. 4. Guru perlu menyanyi bersama kanak-kanak berulang kali agar kanak-kanak dapat mengingati lagu tersebut dan dapat memahami isinya. Hasil pembelajaran : 1. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira. 2. Dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. 3. Kanak-kanak dapat mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan melalui lagu tersebut dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI PRASAINS ( TENGGELAM TIMBUL ) BERSAMA KANAK-KANAK


Objektif aktiviti : 1. Mengenal konsep asas tenggelam-timbul dalam prasains. 2. Merangsang minda kanak-kanak . 3. Meningkatkan kemahiran berfikir. Bahan-bahan yang diperlukan : 1. Besen yang berisi air 2. Batu , pemadam dan bongkah kayu 3. Daun , pensel dan botol air Langkah-langkah menjalankan aktivit tenggelam-timbul : 1. Guru perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan 2. Guru menerangkan konsep tenggelam-timbul sambil membuat demo dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan 3. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba melakukan eksperimen tersebut 4. Guru melakukan aktiviti tersebut sehingga kanak-kanak dapat menguasai konsep tenggelam-timbul . Hasil pembelajaran : 1. 2. 3. 4. Kanak-kanak dapat memahami konsep tenggelam-timbul dengan betul. Merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak seronok dapat melakukan eksperimen. Kanak-kanak dapat mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama melalui aktiviti tersebut. 5. Kanak-kanak terdedah kepada tekstur pembelajaran yang berbeza dan menarik.

Anda mungkin juga menyukai