Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV1034 TUAN HAJI IDRIS

DISEDIAKAN OLEH : NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI NURUL HAMIZAH BINTI SAHARUDDIN ZAHIDAH BINTI IBRAHIM EWINIA ANAK NELSON ADRIANA BIAH ANAK LAWIN

SEJARAH SENI BARAT


ZAMAN RENAISSANCE

PENGENALAN

satu sempadan antara zaman kegelapan dan cerah di Eropah


Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi, politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan. Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlaku perubahan sikap dan membuka minda serta membawa fahaman baru.

Pengertian Renaissance : Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme. pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat

Sumbangan Renaissance Kepada Eropah : Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal. Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constantinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju.Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.

Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi. Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo. Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra. Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah.Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah. Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

SEJARAH SENI PADA ZAMAN RENAISSANCE

Kerana mencurigai para saintis, pihak Gereja di Rom lebih menekankan kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja. Muncul pengukir dan pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael danMichelangelo yang ditugaskan mencantikkan gereja dan katedral di Rom. Dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan dalam bidang seni tidak begitu menyerlah. Namun semuanya berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat mereka dapat digilap sepenuhnya dan kemahiran mereka mula dihargai oleh orang lain. Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo dikenali sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan begini dikenali sebagai 'individualisme'.

TOKOH AHLI SENI ZAMAN RENAISSANCE

Leonardo da Vinci Beliau merupakan seorang manusia contoh pada zaman Renaissance ini. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1452. Beliau seorang yang versatil, iaitu seorang yang menguasai kesemua bidang ilmu seperti seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi serta perang dan ketenteraan. Antara sumbangan beliau yang terkenal ialah potret Monalisa dan anatomi manusia.

Artist: Leonardo da Vinci Location: The Louvre Created: 15031517 Dimensions: 2' 6" x 1' 9" (77 cm x 53 cm) Subject: Lisa del Giocondo Genre: Portrait

Raphael Nama sebenar beliau ialah Sanzio Raphael. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1483. Beliau adalah salah seorang pelukis yang berbakat besar pada zaman Rennaissance. Antara karyanya yang terbaik ialah lukisan "Madonna" yang terletak di dalam Sistine Chapel di Rom. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1520 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang menarik.
Artist Raphael

Year Type Dimensions

1505 oil on board 113 cm 88 cm (44 in 35 in)

Location

Kunsthistorisches Museum, Vienna

Michelangelo Michelangelo juga seorang pelukis Florence yang hebat serta bagus dalam semua bidang. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1475. Beliau adalah seorang pengukir, arkitek, pemuisi dan seorang jurutera. Karya pertama beliau ialah "The Last Judgement", sebuah lukisan yang telah dilukis di siling Sistine Chapel di Rom. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1564.

Artist Year Type

Michelangelo 1537-1541 Fresco

Dimensions

1370 cm 1200 cm (539.3 in 472.4 in)


Sistine Chapel, Vatican City

Location

Antara ciri-ciri catan zaman renaissance abad ke-15 Itali termasuklah :

Chiaroscuro : kesan cahaya seolah datang dari luar kanvas. Menimbulkan kesan 3-dimensi dalam ruang atmosfera. Stumato : olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan penggunaan warna lembut. Perspektif linear : lukisan tepat berdasarkan pandangan mengikut aras mata dan mempunyai titik lesap. Representasi anatomi yang betul. Karya berlatar belakangkan landskap dan kebanyakannya dengan seni bina. Figura juga disusun dengan tiga segi.

Anda mungkin juga menyukai