Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR

NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Jenis-jenis Gaya Belajar

Gaya Belajar Visual Gaya Belajar Audiotory Learners

Gaya Belajar Tactual Learners


Gaya Belajar Kinestatik Gaya Belajar 5 Domain

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Gaya Belajar Visual


Ada

beberapa karakteristik yang khas bagi orang-orang yang menyukai gaya belajar visual ini. i. Kebolehan melihat sesuatu (informasi/pelajaran) secara visual untuk mengetahuinya atau memahaminya. ii. Memiliki kepekaan yang kuat terhadap warna. iii. Memiliki pemahaman yang cukup terhadap masalah artistik. iv. Memiliki kesulitan dalam berdialog secara langsung. v. Terlalu peka terhadap suara. vi. Sulit mengikuti anjuran secara lisan. vii. Seringkali salah menginterpretasikan kata atau ucapan.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Untuk mengatasi ragam masalah di atas, ada

beberapa pendekatan yang boleh digunakan, sehingga belajar tetap boleh dilakukan dengan memberikan hasil yang menggembirakan. Pertama adalah menggunakan pelbagai bentuk grafik untuk menyampaikan informas. Peringkat grafik itu seperti filem, slide, gambar ilustrasi, coretan, kartun bergambar, dan catatan.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Gaya Belajar Audiotory Learners


Auditory

learners atau gaya belajar yang bergantung pada pendengaran untuk memahami dan mengingatnya. Karakteristik model belajar seperti ini benar-benar menempatkan pendengaran sebagai medium utama menyerap informasi atau pengetahuan. Ertinya, kita harus mendengar, kemudian barulah kita mengingat dan memahami informasi itu. Karakter pertama orang yang memiliki gaya belajar ini adalah semua informasi hanya diserap melalui pendengaran, kedua memiliki kesulitan untuk menyerap informasi dalam bentuk tulisan secara langsung, ketiga memiliki kesulitan menulis ataupun membaca.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Gaya Belajar Tactual Learners


Tactual learners atau kita harus menyentuh sesuatu yang memberikan

informasi tertentu agar kita mengingatnya.Tentu sahaja, ada beberapa karekteristik model belajar seperti ini yang tidak semua orang melakukannya. i. Menempatkan tangan sebagai alat penerima informasi utama agar kita terus mengingatnya. ii. Hanya dengan memegang kita berupaya menyerap informasi tanpa harus membaca penjelasannya. iii. Orang yang tidak tahan duduk terlalu lama untuk menelaah pelajaran. iv. Kita merasakan belajar lebih baik apabila disertai dengan kegiatan fizikal. v. Orang-orang yang memiliki gaya belajar ini memiliki kemampuan mengkoordinasikan dan kemampuan mengendalikan gerak tubuh (athletic ability).
6 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Gaya Belajar Kinestatik


Pastikan anda berehat seketika selepas anda belajar pada

masa yang agak panjang. Contohnya setiap 45 minit bacaan anda perlu berhenti rehat selama lebih kurang 5 minit. Dalam masa 3 jam anda boleh berhenti rehat sebanyak 3 atau 4 kali. Bergerak dan beraktiviti ketika anda membaca. Contohnya anda boleh membaca buku sementara menunggu bas, atau sementara anda menunggu guru masuk ke dalam kelas. Anda juga boleh berfikir semasa anda sedang mandi, makan atau hamper melelapkan mata untuk tidur,anda juga boleh membaca sambil berdiri, berjalan, berbaring, menonton TV atau seumpamanya,anda juga boleh mengunyah gula-gula getah atau semasa anda makan,anda boleh menggunakan pen berwarna terang untuk menandakan fakta-fakta penting pada buku,contengkan pada buku nota, papan hitam, kertas, dalam computer dan seumpamanya,hiasi meja tempat anda belajar dengan poster-poster dan formula-formula, anda juga boleh mendengar muzik yang ringan semasa anda belajar dan juga anda boleh membaca secara skimming untuk mendapatkan idea awal sebelum anda membaca secara dengan lebih terperinci. Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

Gaya Belajar 5 Domain

Proses pembelajaran melibatkan pancaindera sama ada otak

sebagai agen kognitif, aspek perasaan (afektif) dan psikomotor. Proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain utama iaitu domain audio, domain visual, domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. 5 domain perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan para pelajar.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

i. Domain Audio
Domain audio adalah yang menggunakan pancaindera pendengaran

untuk mendengar maklumat yang diperolehi. Dalam proses pembelajaran secara asasnya semua pelajar akan menggunakan domain ini. Sama ada berkesan atau tidak pendengaran ini adalah bergantung kepada domain-domain yang lain. Sepanjang pembelajaran para pelajar sama ada domain ini digunakan sepenuhnya adalah sukar untuk ditentukan. Ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakan para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana gangguan persekitaran yang ada. Ini menunjukan proses pembelajaran tidak boleh hanya bergantung kepada domain audio sahaja.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

ii. Domain Visual


Domain visual menggunakan pancaindera penglihatan.

Apa sahaja aktiviti visual akan membawa kepada kefahaman yang nyata. Kefahaman yang nyata bermaksud bukannya yang berbentuk khayalan atau imaginasi. Apa yang dilihat adalah sangat penting. Perkara yang menjadi persoalan ialah kenapa dengan hanya menggunakan domain visual, pelajar masih tidak dapat menguasai dan memberi tumpuan terhadap apa yang diajar ? ini menunjukan kepentingan keterlibatan domain yang lain yang boleh mengukuhkan terhadap proses mendapat maklumat.
10 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

iii. Domain Kognitif


Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran

adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah Jantan, 2002). Ianya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Di dalam proses pembelajaran domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif.

11

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

iv. Domain Afektif


Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang

dipegang, sensitiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah matapelajaran adalah susah dan sukar. Ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bagi mewujudkan sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan akan banyak membantu pelajar untuk minat belajar. Pendekatan kemahiran belajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untuk belajar.
12 Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

v. Domain Psikomotor
Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau

apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya melibatkan domain psikomotor.

13

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.