Anda di halaman 1dari 5

Tahun 3 Memahami ciri haiwan: litupan badan: bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, bersisik anggota badan: berkaki, bersayap,

berekor, bertanduk, berparuh, berkuku tajam cara membiak: bertelur, melahirkan anak habitat: hidup di air, di darat, di darat dan air

Memahami ciri tumbuhan: daun: jenis urat daun batang: berkayu, tidak berkayu akar: akar tunjang, akar serabut bunga: berbunga, tidak berbunga buah: berbuah, tidak berbuah habitat: hidup di air, di darat, bawah tanah cara membiak: melalui biji benih, spora, daun, keratan batang, anak pokok, batang

Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet. Mengenal pasti bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin. Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek dengan menjalankan penyiasatan. Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.

Menyatakan bahan yang diperbuat daripada besi adalah bahan Mengitlak kekuatan magnet dengan menjalankan aktiviti menggunakan magnet pelbagai saiz. Membuat kesimpulan tentang daya tarikan dan tolakan dengan kutub magnet dengan menjalankan aktiviti

Menganalisis pengetahuan tentang keupayaan bahan menyerap air. Mengenal pasti objek yang boleh menyerap air dan kalis air dengan menjalankan aktiviti. Membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan menjalankan penyiasatan. Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air dalam kehidupan.

Tahun 2 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja, atau makan haiwan dan tumbuhan. Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu. Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.

Memahami pergerakan haiwan. Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak , terbang, berenang, menjalar , mengengsot , merayap , berlari dan melompat . Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.

Memahami keperluan asas tumbuhan. Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari. Menaakul kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.

Memahami tumbesaran tumbuhan.

Merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari segi pertambahan tinggi atau bilangan daun dengan menjalankan penyiasatan ke atas tumbuhan sebenar.

Tahun 1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan. Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cangkerang. Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain. Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.

Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan. Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar. Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan. Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang berbeza.

Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa. Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria rasa. Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis, masin, pahit, dan masam dengan menjalankan penyiasatan.

Menaakul tentang kepentingan rasa secara lisan.

Menganalisis ciri fizikal bahan. Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria sentuh. Membezakan ciri bahan iaitu panas, sejuk, kasar, halus, keras dan lembut melalui penyiasatan. Mengelaskan bahan mengikut ciri bahan. Menaakul kepentingan ciri bahan dalam kehidupan.

Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam. Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tenggelam melalui penyiasatan. Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam.

Anda mungkin juga menyukai