Anda di halaman 1dari 4

Definisi Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit , bengkak dan kaku.

Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkit an, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. Jenis-jenis arthritis adalah: Osteoarthritis (OA) Rheumatoid Arthritis Infectious arthritis Polymyalgia rheumatica Tanda-tanda dan gejala Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pi nggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti. Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekita ran sendi. Kekerasan sendi. Sakit di sekitar sendi. Deformiti. Krepitus semasa pergerakan (dalam OA). Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut). Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya. sukar melakukan tugasan tertentu. sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan. Faktor-faktor risiko osteoarthritis Peningkatan umur Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA Keturunan:terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi. Pergerakan yang keterlaluan. Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang. Koyak pada bahagian meniscus. kerosakan pada ligamen Pekerjaan:OA sendi lutut dikalangan pekerja. OA sendi paha di kalangan petani. Perawatan Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangk an gejala dan memperbaiki fungsi sendi. Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan. Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan. Pendidikan pesakit Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan ja ngka panjangnya perlu di bincangkan. Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatas inya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit. Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif. Penurunan berat badan. Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat b adan. Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut. Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah. Fisioterapi Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yan g berlarutan. Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu. Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian. Terdapat 2 jenis program senaman: Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan. Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrint angan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap h ari. Program aerobik Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali semingg u, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air. Perlindungan sendi: - Alat bantuan berjalan Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengura ngkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%. Gunakan tongkat yang ses uai ketinggiannya. Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tan gan pesakit apabila beliau berdiri. Kasut yang selesa dan penyerap retakan adala h digalakkan. - Alat sokongan pada lutut Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang berm asalah "degenerative". - "Taping" pada Tempurung lutut Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diiku ti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan f ungsi. Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan Kaedah terapi haba Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksi biliti dan mengurangkan bengkak. Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultr asound. Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut. Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu. Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan. PEMULIHAN CARAKERJA Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilangupaya aktiviti harian mela lui penggunaan alatan yang diubahsuai. Indikasi penggunaan alat sokongan (Splint ing). Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit. Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut. Ubahsuaian kasut. Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki. Pengurusan tekanan. Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-ta nda tekanan. Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang y ang boleh membantu mengurangkan sakit. Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang ket erlaluan dapat diatasi. Terapi Ubatan

Jenis-jenis terapi ubatan Ubat makan Suntikan dalam sendi Ubat sapu Lain-lain Ubat makan Pemberian ubatan untuk wargatua. Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila u mur meningkat. Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberi an ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua. Panadol atau Parace tamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesaki tan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs) . Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Stero id malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selama t untuk jantung. NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gas tric, gangguan fungsi buahpinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung ba gi sesetengah individu. Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada. Terapi suntikan dalam sendi. Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawa i perubatan yang terlatih sahaja. Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah: Glucocorticoids Hyaluronan Ubatan sapu Topical NSAIDs Methylsalicylate liniment (LMS) Capsaicin NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis. Lain-lain Glucosamine - Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperb aiki fungsi sendi bagi pesakit dengan OA ringan dan sederhana. Ia dapat menghent ikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit. Pilihan Pembedahan Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh diper timbangkan. Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik: Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih. Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut. Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor b erikut perlu diambil kira; Umur pesakit. Sendi yang terlibat. Masa sesuai untuk pembedahan. Kepakaran dan kemahiran yang ada. - Pilihan pembedahan termasuk: Arthroscopic debridement Ligamentous reconstruction Osteotomy Unicompartmental arthroplasty Total joint arthroplasty Arthrodesis Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur m elebihi 60 tahun.

Arthroscopic debridement Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi i a tidak dapat membetulkan proses degenaratif. Pesakit perlu di beritahu dengan j elas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif set erusnya jika perlu. Ligamentous reconstruction of the knee joint Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabila n sendi. Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatka n sendi dari kerosakan. Osteotomy Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi se ndi. Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif. Unicompartmental arthroplasty Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami art hritis sendi lutut yang melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berum ur melebihi 60 tahun dan tidak aktif. Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengala mi deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar. Te knik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlan g. Total joint arthroplasty Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarth ritis sendi lutut, pinggul dan bahu. Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mem punyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah. Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal. Arthrodesis Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan ke atas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki. Bagi send i lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut. PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah . Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampu ng berat badan. Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai t eknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakka n sebagai langkah pencegahan. Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal .