Anda di halaman 1dari 5

Nazmi Adhwa Bin Nahar PISMP Pemulihan

Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan hendaklah berada 9.15 m (10 ela) dari garis lengkuk penjuru sehingga bola berada dalam permainan (tanda pilihan di luar padang permainan digunakan sebagai bantuan). Bila mana perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum sepakan penjuru dibuat dan beri amaran pemain itu jika dia selepas itu gagal beredar ke jarak yang betul.

Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan di tempat sentuhan kedua berlaku (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma). Jika pemain, sambil membuat sepakan penjuru dengan betul, dengan sengaja menendang bola ke pemain lawan agar dapat memainkan bola semula tetap tidak secara gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan, pengadil mesti meneruskan permainan.

Bola mesti diletakkan di dalam garisan lengkuk penjuru dan berada dalam permainan apabila ditendang oleh itu bola tidak perlu keluar dari garisan lengkuk penjuru untuk berada dalam permainan. Rujukan http://pengadilfam.blogspot.com/2009/01/u ndang-undang-17-sepakan-penjuru.html