Anda di halaman 1dari 15

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

PELAJAR -MUHAMMAD NAFIS RASYAD BIN HAKIM ARIF -MUHAMMAD AIMAN BIN NAZRI -ASLAM HUSAINI BIN AHMAD TIMIZI

GURU -PUAN MAJIDAH BINTI MAT AKHIR

Pengenalan

Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakitpenyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok. Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung. Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.

Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:Lipoprotein bertumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL) Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL) Trigliserida (TG)

Lipoprotein bertumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai kolesterol jahat. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung. Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai kolesterol baik. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung. Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein bertumpatan rendah (LDL).

Punca-Punca

Penyakit koronari melibatkan ateri yang membekalkan darah ke otot jantung.

Ia biasanya berpunca daripada proses Aterosklerosis iaitu penimbunan beransuransur mendapan lemak terutamanya kolesterol menyempitkan ateri dan mengurangkan aliran darah didalamnya.

Tanda-tanda Awal
1. Sakit Dada Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.
2. Sukar Bernafas Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahanlahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.
4. Sering Rasa Lelah Penat Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi. 5. Kerap Buang Air Kecil Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

Faktor Risiko
Faktor risiko untuk hiperlipidemia termasuk: Berlebihan berat badan atau obes Diet

Tinggi lemak tepu dan kolesterol Kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat

Gaya hidup yang sedentari Faktor genetik :


Familial Hypercholesterolemia : Paras LDL yang tinggi Familial Hypertriglyceridemia : Paras trigliserida yang tinggi Familial combined hyperlipidemia : Paras kolesterol, trigliserida atau keduanya tinggi dan HDL rendah.

Mengalami penyakit gangguan hormon seperti :

Kencing manis Hipotiroidism


Pil perancang keluarga Terapi hormon Beta blockers untuk merawat penyakit kardiovaskular

Penggunaan ubat-ubatan tertentu :


1: Mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang - sewajarnya menambah pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran serta mengelakkan karbohidrat yang halus, daging, telur dan makanan berlemak dan berminyak. - jangan asyik makan di luar rumah - Usus manusia lebih sesuai untuk diisi dengan serat yang berfungsi sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan

2: Kerap bersenam - senaman aerobik seperti berjalan, joging, menuggang basikal dan berenang sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Mengamalkan gaya hidup sihat - Belajar mengendalikan tekanan dan mengawal emosi - Menjalani pemeriksaan kesihatan badan tahunan, terutamanya golongan yang berumur 35 tahun ke atas

Terima Kasih.