Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A.

Membina ayat daripada peribahasa bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang) ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan) iii. anak emas (anak kesayangan) iv. air muka (diri, peribadi) Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua. ii. sedangkan lidah lagi tergigit. iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi 1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya. 2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram. * hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah. * bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyi ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. iii. anak buah Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. bagaikan kera mendapat bunga 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit 3. burung terbang dipipiskan lada 4. menegakkan benang yang basah 5. bagaikan telur dihujung tanduk 6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 7. bagaikan tikus jatuh di kepuk 8. matinya semut kerana gula 9. air dicincang tidak akan putus 10. bagaikan embun di hujung rumput Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. 1. seperti mendukung biawak hidup 2. sudah jatuh ditimpa tangga 3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak 5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang 7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina 8. genggam bara api biar sampai menjadi arang 9. bagai mencurah air ke daun keladi 10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi 2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan 3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain 4. seperti pelanduk dua serupa 5. melentur buluh biarlah dari rebungnya 6. seperti ular kena palu 7. mati semut kerana gula 8. bagai mendapat durian runtuh 9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain 10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan