Anda di halaman 1dari 17

BENCANA

NAMA PELAJAR:
1.ABDUL 2.ALVIN 3.KOO

SYUKUR BIN HAMZAH BALAN SEM

MATA PELAJARAN DAN KOD: UNIT BERUNIFORM BSMM (WAJ 3111) NAMA PENSYARAH: 1.TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN SAAD 2.EN. MD NASIR BIN HAMID 3.TUAN HAJI AZMI BIN MAT

SHI LEE

KUMPULAN: PISMP SEMESTER 3 AMBILAN : JANUARI 2012

Definisi

BENCANA

Jenis Bencana

Bencana ialah suatu kecelakaan yang sangat buruk terutama yang menyebabkan banyak orang meninggal (Collins Cobuild Dictionary, 1988). Kesimpulannya, bencana adalah suatu kejadian alam, buatan manusia, atau perpaduan antara keduanya yang terjadi secara tiba-tiba sehingga menimbulkan dampak negative yang dahsyat bagi kelangsungan kehidupan.

HUJAN ASID BANJIR TANAH RUNTUH TAUFAN JEREBU TSUNAMI GEMPA BUMI RIBUT PETIR

Hujan asid terjadi akan apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat dalam udara. Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor. Hujan asid boleh dielakkan sekiranya aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.

Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh juga merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh

TAUFAN atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara. Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal. Di darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda sehingga menyebabkan objek terbang sekaligus membahayakan penduduk.

Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia. Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu: Tempoh cuaca kering yang panjang Keadaan atmosfera yang stabil Sumber pencemaran yang pelbagai

Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.

Gempa Bumi sama seperti taufan bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih menjadi misteri bagaimana untuk meramal dan menduga. Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor. Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.

Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja. Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh). Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.

Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.

Senarai Bahan Rujukan


S. Arie Priambodo (2009). Panduan Praktis Menghadapi Bencana. Indonesia: Penerbit Kanisius. Ferry Efendi dan Makhfudli (2009). Keperawatan Keseharan Komunitas Teori dan Praktik dalam Keperawatan. Jakarta: Penerbit Salemba Medika. Robert J. Kodoatie & Roestam Sjarief (2010). Tata Ruang Air. Indonesia: C.V ANDI OFFSET. Jenis Bencana diakses pada 30 http://pmr.penerangan.gov.my jun 2013 dari