Anda di halaman 1dari 28

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

KOMPONEN SASTERA NOVEL

KONSERTO TERAKHIR

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT

KOMPONEN SASTERA NOVEL KONSERTO TERAKHIR

SINOPSIS SETIAP BAB 3 - 12 TEMA 13 PERSOALAN 14 - 15 WATAK DAN PERWATAKAN 16 - 19 LATAR 20 BINAAN PLOT 21 TEKNIK PLOT 22 NILAI 23 PENGAJARAN 24

komsaskonsertoterakhir | 2

LATIHAN RUMUSAN 25 - 29

ISI-ISI KARANGAN BAHAGIAN B

komsaskonsertoterakhir | 3

KONSERTO TERAKHIR
SINOPSIS SETIAP BAB

oleh Abdullah Hussain

BAB 1 KELUARGA
Hayati tidak ada mood untuk belajar piano kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya.. Tiba-tiba muncul Hilmi. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerakgeri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun kelulusannya yang hanya setakat setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, fikirannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2 KULI
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di perkarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan, jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. *** Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

BAB 3 PIANO

komsaskonsertoterakhir | 4

Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbangkumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangakala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat.

Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-hari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut, keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar yang dimainkan Hayati. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada temantemannya apabila pergi morning coffee dan juga kepada teman-temannya yang datang ke rumahnya. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawankawannya.

BAB 4 HUKUMAN
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat mendekati piano. Suatu hari, ketika berseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya, Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu makciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pakcik dan makciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jarijarinya pada mata-mata piano dan membuat intronya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa, nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano tersebut. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya dan menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf darinya. komsaskonsertoterakhir | 5

*** Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemakan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

komsaskonsertoterakhir | 6

BAB 5 PENUNGGU
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati Dr. Nathan. Mamat, kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik makciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik makciknya dia pergi pula ke bilik Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. *** Mamat telah balik dari kampong dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah Dr. Nathan. Hilmi kecewa. Dia ingin mengajak Mamat yang dari Kelantan itu tidur bersama-samanya. Mamat telah memperkealkan Hilmi dengan Encik Bakar, ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. *** Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pakciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walaubagaimanapun, kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya notnot muzik.

BAB 6 MUZIK
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakkan yang kuat dari Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya.Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pakciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa ole-ole untuknya berupa sebuah komsaskonsertoterakhir | 7

patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi Datin Salmah.

komsaskonsertoterakhir | 8

BAB 7 OLEH-OLEH
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan Mohsin necktie. Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak seberapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak pada kali ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mula percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada kaitan dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak peranakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati utnuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya. *** Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa ole-ole dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkannya jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh, setiap kali itu pula ada ole-ole untuknya.

BAB 8 SENGKETA
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya. Pada sangkaannya Hilmi paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang. *** Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan perkarangan rumah itu.Hilmi masuk komsaskonsertoterakhir | 9

dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia telah pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. *** Ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar telah berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang dan Hilmi harus datang esok. Azizah juga memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu bahawa Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulangbelulang di dalam kubur nanti. Azizah berdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. *** Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur semula mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi supaya makan. Hayati akhirnya berjaya memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan Hayati. Selama ini dia menyangkakan Hayati tidak pernah mempedulikannya. Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap makciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

BAB 9 PERTEMUAN
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tenaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu

komsaskonsertoterakhir | 10

bahawa ia merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya ke England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alsasan bahawa Hayati teringatkan Mohsin. *** Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pencuci kereta di situ. Hilmi telah diterima bekerja sebagai pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai da dia tidak segembira dan seriang dulu. *** Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika dia mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya disambut dengan ramah oleh Azizah dan ibunya. Encik Bakar amat gembira dengan kehadiran Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenali lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik komsaskonsertoterakhir | 11

Bakar untuk menjadi seorang pemain muzik yang baik mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet dan biola.

BAB 10 BEBAS
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pakciknya, pokok-pokok di taman Jepunnya yang dahulunya menjadi kebanggaan Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan Datin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sedangkan dia suaminya sebaliknya. Dia mulai menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menujukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar dan telekung. Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan bank yang baru sahaja dibuka di sana. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan.Cadangan itu tiak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. *** Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terkejut ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk balajar muzik pada hari ini. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dari berbulan madu di Cameron Highlands. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu Sebuah Intermeso. Hilmi bersa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

BAB 11 INTERMESO
komsaskonsertoterakhir | 12

Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja dari quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Datuk Johari terkejut melihatnya dalam surat khabar tersebut. *** Hayati tidur di rumah makciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah mendirikan sembahyang. Perbualan mereka berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati mempunyai bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi. *** Malam kedua Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada setiausaha tersebut. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka semua sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu sesudah itu, Encik Bakar dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa tersebut membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

BAB 12 KRISIS
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dari mesyuarat dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya tenang kerana dia suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari komsaskonsertoterakhir | 13

British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah. *** Pada malam itu ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas Airways yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang apda pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin denan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana saat itu pesawat yang dinaiki Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahannya itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati yang berjudul Perpisahan. Hilmi memberikan lagu tersebut kepada Encik Bakar dan telah mengubah tajuk lagu itu sebagai Detik-detik Perpisahan. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh gitar rancak dari Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, dan Arasu. Kugiran Dahlia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka amat harmoni tetapi kirakira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.

komsaskonsertoterakhir | 14

BAB 13 PERPECAHAN
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan bapa jahat. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu telah digubah khas untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu Balada Kasih. Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang ke tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang bertajuk Cinta dan Tangis. Lagu tersebut menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai misi yang ditugaskan Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikannya kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempat kerja Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia aka memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan Darul Naim. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminta-pemintanya telah menyerbunya. Kira-kira jam 4 pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke KL. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. *** Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance yang diadakan di England. Hilmi diminta membuat arrangement semua lagunya dan diberi nama Hilmi Potpouri. Publisiti tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga media massa seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana kakak-kakaknya iaitu Datin Mastura dan Datuk Roslan, Datin Mariam dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.

komsaskonsertoterakhir | 15

BAB 14 SENIMAN
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua pengarah itu tidak puas hati, lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua pengarah berkejar ke hospital dan dia dapati keadaan Hilmi dalam keadaan bahaya dan telah dibawa ke unit pengawasan khusus. Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkestra Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang dierikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan berdukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai, Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana jadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim rakan Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan mak cik dan pak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka, sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim amat bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di perkarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan di saat yang sama juga Datuk Johari jatuh terjelepuk di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

komsaskonsertoterakhir | 16

TEMA

Perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Kewujudan tema ini dapat dibuktikan melalui: 1. Pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati. 2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu. 3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan memainkan beberapa buah lagu seperti lagu Anak Ikan. Pengarang melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jari-jarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi. 4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar, seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik Bakar, Hilmi boleh bermain biola, trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu seperti Sebuah Intermeso dan banyak lagunya yang menjadi pujaan ramai. 5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi memulakan kerjayanya dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah pimpinan Encik Bakar dan digelar Pemain Biola Hikmat Malaysia. 6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kurigan yang diberi nama Kurigan Dahlia mengikut perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan mudamudi ketika itu. Pengaruh muzik itu mula hilang lalu Hilmi kembali menyertai orkestra dan telah memimpin orkestranya serta menjadi johan tiga kali berturutturut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTM. 7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin pertunjukan Orkes Perdana yang sama tarafnya dengan Royal Performance di England dan membuat susunan lagu-lagu ciptaannya dan susunan itu diberi nama Hilmi Potpouri. 8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang pemuzik profesional, bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap cabaran hidupnya dengan nilai-nilai murni.

komsaskonsertoterakhir | 17

PERSOALAN
1. Cinta dan kasih sayang Cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Hayati; cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azhzah. Pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya, Hayati amat bersimpati kepada nasib Hilmi, begitu juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. Cinta dan kasih sayang dalam novel ini tidak berakhhr dengan kebahagiaan. Hayati berkahwin dengan Mohsin tetapi tidak bahagia kerana Mohsin cemburu terhadap Hilmi. Begitu juga dengan Azizah, cintanya terhadap Hilmi tidak berakhir dengan bahagia kerana cemburu terhadap Hayati. 2. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup Hayati seorang gadis yang pada mulanya hidup penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku-buku agama seperti buku Hidup Sesudah Mati. Hilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan ibadah solat setiap kali dia menghadapi masalah kerana dirasakan dia dapat menemui ketenangan hidup. 3. Menjaga kesihatan Gara-gara tidak menjaga kesihatan, Hilmi menderita dan akhirnya meninggal dunia. Hilmi tidak menghiraukan kesihatannya setelah dia tertekan akibat dilanda masalah rumah tangga dan menumpukan sepenuh jiwa dan raganya untuk menyiapkan susunan Hilmi Potpouri untuk pertunjukan Orkes Perdana. 4. Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak Datuk Johari telah meninggalkan isterinya selepas malam pertamanya tanpa meninggalkan sebarang berita. Karim telah sanggup berkahwin dengan isterinya itu demi menyelamatkan maruah keluarganya. Kesannya, Karim terpaksa menanggung beban rahsia sepanjang hayatnya iaitu Hilmi sebenarnya anak Datuk Johari dan Datuk Johari sendiri pun mengetahuinya pada saat-saat akhir hayat Hilmi. Paling malang, apabila Hilmi tidak sempat mengetahui bahawa Datuk Johari itu sebenarnya bapanya dan Hayati itu adiknya. 5. Semangat kerjasama Encik Bakar pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan daripada semua ahli kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu juga dengan kejayaan Orkes Hilmi yang merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian. 6. Perpaduan Kaum Perpaduan kaum doapat dilihat melalui watak tauke dan Ah Kong. Tauke tempat Hilmi bekerja tidak mengendahkan hasutan Mohsin. Begitu juga perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Kugiran Dahlia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui watak pemuda Cina yang membantu menghantar Hilmi ke hospital.

komsaskonsertoterakhir | 18

7. Kegigihan mencari ilmu Hilmi ke bandar dan berjumpa dengan Encik Bakar untuk menuntut ilmu dalam bidang muzik. 8. Mementingkan pangkat dan harta Datin Salmah lebih mementingkan pangkat dan memandang rendah kepada Hilmi. Begitu juga dengan Datuk Johari yang terikut-ikut dengan perangai isterinya dan berasa malu kerana keluarga di sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Sikap mementingkan pangkat mi dapat dilihat apabila Hilmi mencapai kejayaan, mereka mula mengaku yang Hilmi itu anak buahnya. 9. Kepentingan kelayakan akademik dalam mencari pekerjaan Hilmi hanya mampu menjadi tukang kebun dan pencuci kereta kerana tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Hanya setakat darjah 4 Sekolah Melayu. 10. Keikhlasan dalam memberikan bantuan Encik Bakar ikhlas mengajarkan Hilmi bermain piano sehingga tidak meminta sebarang bayaran. 11. Mempercayai perkara karut Datin Salmah menganggap anaknya bersikap dingin dengan tunang sendiri kerana perbuatan bomoh yang didalangi Hilmi. 12. Ketabahan menghadapi cabaran Hilmi tabah apabila dihina dan dimarah Datin Salmah dan Datuk Johari. 13. Cetak Rompak Masalah yang menimpa Hilmi menyebabkan dia berasa kecewa kerana hasil titik peluhnya telah dikaut keuntungannya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

komsaskonsertoterakhir | 19

WATAK DAN PERWATAKAN


HILMI Anak Datuk Johari,tetapi dibela oleh abang sepupunya sejak kecil Tingginya lima kaki lima inci dan rambutnya sedikit ikal Berasal dari kampung Bersekolah Melayu hingga darjah empat Miskin: pakaiannya daripada kain yang murah, seluarnya berkedut,dan bajunya sudah hilang warna asal Bekerja dahulu di rumah Datuk Johari sebagai tukang kebun Kreatif dan mempunyai kesenian menghias taman bunga Datuk Johari dengan cantik sekali dan berbakat dalam muzik Rajin menunjukkan kerajinan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan sama ada sebagai tukang kebun, di stesen minyak atau sebagai pemuzik Pemaaf Hilmi tidak pernah memburuk-burukkan Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun dia mendapat layanan yang teruk daripada kedua-duanya Berdikari sanggup berpaath balik ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah stesen minyak serta meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik terkenal Tabah menghadapi dugaan sabar apabila dihina, terutamanya oleh Datin Salmah Bersopan santun dan menghormati orang lain bertutur dengan lemah lembut Gigih menuntut ilmu tidak jemu-jemu belajar bermain muzik daripada Encik Bakar Penyayang menyayangi Hayati, Pak Bakar, dan anak isterinya Mematuhi ajaran agama bersolat apabila tiba waktunya HAYATI Anak tunggal Datuk Johari dan Datin Salmah Pada awalnya dikenali sebagai sepupu Hilmi tetapi akhirnya diketahui bahawa dia merupakan adik kandung Hilmi (berlainan ibu) tunang Mohsin (kemudiannya berkahwin) Jatuh hati dengan Hilmi Mula bersembahyang dan membaca buku-buku agama setelah rapat dengan Hilmi Menggantikan Hilmi sebagai pemimpin pertunjukan Orkes Perdana Menghormati tetamu melayan Hilmi dengan baik ketika Hilmi mula-mula sampai di rumahnya Berbudi bahasa membelikan oleh-oleh kepada pembantu rumah sepulangnya dari luar negara Penyayang sikap penyayangnya terhadap kumbang yang Hilmi selalu bunuh dan terhadap Hilmi Berkeyakinan diri menawarkan diri menggantikan Hilmi dalam pertunjukan Orkes Perdana atas kemahiran yang dimilki Simpati kasihan terhadap Hilmi yang dilayan dengan buruk oleh ibunya Menurut perintah tetap berkahwin dengan Mohsin walaupun hatinya bersama Hilmi DATIN SALMAH Isteri Datuk Johari dan ibu Hayati Sangat mementingkan pangkat dan kedudukan komsaskonsertoterakhir | 20

Melayan Hilmi dengan teruk Anak Kuala Lumpur Jati Usianya di ambang 40-an Mempunyai kawan-kawan bersosial iaitu morning coffee

Mudah dipengaruhi dia termakan hasutan kakaknya supaya tidak membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya kerana lambat laun orang akan mengetahui yang Hilmi itu anak saudaranya. Suka merendahkan orang lain suka merendah-rendahkan keluarga suaminya yang tidak berpangkat Tidak berpendirian sikap Datin Salmah yang pada mulanya kejam terhadap Hilmi telah berubah menjadi baik, namun kemudiannya berubah semula kerana hasutan Ingkar akan perintah agama tidak menunaikan solat malah risau apabila mengetahui Hayati mulai solat dan membaca buku-buku agama Penyayang amat menyayangi Hayati dan risau akan perubahan yang berlaku padanya serta perhubungannya dengan Hilmi Pemarah apabila piano Hayati rosak, dia terus naik marah dan mencari siapa yang telah merosakkannya Suka dipuji memberikan sayur-sayuran kepada kawan-kawan morning coffeenya untuk mendapat pujian Mempercayai kepercayaan karut percaya Hayati telah terkena ubat guna-guna Hilmi apabila mendapati Hayati telah berubah DATUK JOHARI Suami Datin Salmah dan bapa Hayati Berasal dari Kedah Pada mulanya sebagai bapa saudara Hilmi tetapi akhirnya dibongkar bahawa dia sebenarnya bapa Hilmi Berpangkat setaraf dengan menteri mengagumi kerja-kerja yang dilakukan oleh Hilmi dan sentiasa menikuti perkembangan Hilmi dalam dunia muzik Tidak percaya dengan cerita karut Datin Salmah tahu jika dia memberitahu Datuk Johari bahawa Hayati terkena ubat guna-guna Hilmi, Datuk Johari tidak akan percaya Tidak bertanggungjawab pada malam pertama dahulu dia memujuk isterinya, walaupun dia tahu bahawa esoknya dia akan meninggalkannya Tidak berani berterus terang sedar akan bakat Hilmi tetapi tidak pernah memberi pujian kepada Hilmi Lupa daratan dia sudah melupai kampung halamannya Ingkar perintah agama tidak solat dan minum arak ENCIK BAKAR Seorang guru, kawan dan mentua kepada Hilmi Seniman besar, pemimpin quartet yang terkenal di ibu kota mukanya bulat tembam, perutnya buncit dan seorang yang gemuk pendek Jujur kejujurannya diakui Ahli-ahli Jawatnkuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional komsaskonsertoterakhir | 21

Baik hati membawa Hilmi tinggal bersama-samanya apabila mengetahui masalah yang menimpa Hilmi Peramah berkenalan dengan Hilmi dan menunjukkan sikap peramah dan periangnya walaupun dia tidak pernah mengenali Hilmi sebelum ini Berpandangan jauh dia dapat mengesan bakat yang ada pada Hilmi dan menyedari Hilmi akan muncul sebagai seniman besar satu hari nanti Sederhana walaupun seorang pemuzik yang terkenal, dia tidak suka bermegah-megah Ikhlas sanggup mengajar Hilmi tanpa sebarang bayaran AZIZAH Anak perempuan Encik Bakar Meminati bidang muzik Berkahwin dengan Hilmi dan dikurniakan seorang cahaya mata dan diberi nama Hakim Penggoda cuba menggoda Hilmi yang datang ke rumahnya untuk belajar muzik semasa ketiadaan Pak Bakar Penghasut Azizah menghasut anaknya, Hakim supaya membenci Hilmi dengan mengatakan Hilmi jahat Peramah dan baik hati memberi layanan yang baik kepada Hilmi sepanjang Hilmi belajar muzik di rumahnya Sedar akan kesalahannya sedar akan kesalahannya dan ingin memohon maaf kepada semasa Hilmi terlantar di hospital Materialistik kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya tukang kebun Curang sanggup keluar dengan lelaki lain untuk menyakiti hati Hilmi Cemburu amat cemburu kepada Hayati yang selalu menjadi sebutan Hilmi PAK AMAT Sudah separuh umur Drebar Datuk Johari pernah bekerja sebagai penyelam mutiara di Darwin, Australia Taat setia masih bekerja dengan Datuk Johari Tabah sudah banyak pengalaman yang ditempuhi termasuk kematian anaknya Baik hati teman bersembang Hilmi DR. NATHAN Jiran Datuk Johari Pemurah memberikan tanah hitam kepada Hilmi secara percuma Baik hati mengambil berat tentang Hilmi sewaktu keluarga Datuk Johari ke luar negeri

MOHSIN Tunang Hayati dan kemudiannya menjadi suami Hayati Anak saudara Datin Salmah Periang bersama Hayati Cemburu akan perhubungan Hayati dengan Hilmi komsaskonsertoterakhir | 22

Pengahsut menghasut tauke kios stesen minyak supaya membuang Hilmi MAMAT Drebar Dr. Nathan kawan karib Hilmi Suka menolong membantu Hilmi belajar muzik dengan membawanya ke Encik Bakar Bertimbang rasa dengan nasib Hilmi Mengambil berat akan masalah Hilmi MAK MINAH orang gaji Datuk Johari Tidak mampu menyimpan rahsia apabila ditanya oleh Datin Salmah tentang kerosakan piano Hayati Simpati akan Hayati dan Hilmi ISTERI ENCIK BAKAR Sudah separuh umur, kurus dan tinggi Memahami kerjaya Encik Bakar sebagai pemuzik Baik hati memberi layanan yang baik kepada Hilmi Setia kepada suaminya, perkahwinannya kekal hingga Encik Bakar meninggal

komsaskonsertoterakhir | 23

LATAR
LATAR TEMPAT i. ii. iii. iv. v. vi. Rumah Datuk Johari: Hilmi bekerja sebagai tukang kebun Rumah Encik Bakar: Hilmi belajar muzik Stesen minyak Shell Jalan Setapak: Hilmi bekerja setelah keluar dari rumah Datuk Johari Kelab malam: Hilmi bermain muzik dengan quartet Encik Bakar Hospital Besar KL: tempat Hilmi dirawat ketika sakit tenat dan meninggal dunia di situ Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya: tempat Pertunjukan Orkes Perdana diadakan

LATAR MASA Sekitar tahun 1960 hingga 1970-an: zaman pengaruh gitar rancak dari Barat Hilmi telah menubuhkan kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia ii. Pergerakan latar masa dari siang hingga malam melalui pelbagai peristiwa : Hilmi bermain muzik di kelab malam dan sering menggubah lagu hingga larut malam iii. Pergerakan latar masa dipercepat oleh pengarang: tempoh Hayati belajar muzik di London selama dua tahun dipercepat sehingga muncul dengan ijazah dalam bidang muzik dalam masa yang singkat, Hilimi dapat meguasai pelbagai jenis alat muzik dan menjadi penggubah lagu LATAR MASYARAKAT i. ii. iii. iv. v. vi. Masyarakat majmuk: termasuk Melayu, Cina dan India watak keluarga Datuk Johari, Dr. Nathan, Nona Alice Lee, tauke Ah Kong dan Tony Lim Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah dan miskin: watak Hilmi dan Pak Karim yang hidup dalam kekurangan Masyarakat kampung yang berpegang kuat pada adat, berbudi bahasa,dan taat akan ajaran agama: watak Hilmi Masyarakat kota yang mementingkan kehidupan dan harta : watak Datuk Johari, Datin Salmah dan Mohsin. Masyarakat pemuzik: Encik Bakar mengajar Hilmi bermain muzik secara percuma ahli-ahli quartet banyak membantu Hilmi semasa dia memimpin orchestra menjadikan bidang muzik sebagai sumber mata pencarian Masyarakat kota yang baik hati dan bersimpati watak Mamat, Mak Minah, dan Pak Amat i.

komsaskonsertoterakhir | 24

BINAAN PLOT
o Permulaan Hilmi datang dari kampung ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan di kota. Kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin Salmah. Hilmi menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari. Perkembangan Hilmi mendapat layanan buruk daripada Datin Salmah. Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu akhirnya Hilmi disuruh bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari sahaja. Hilmi berminat dengan mainan piano sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano Hayati. Perumitan/Konflik Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah belajar bermain muzik dengan Encik Bakar. Hilmi dengan Datin Salmah - tidak menyukai hubungan Hilmi dengan Hayati. Hilmi dengan Hayati - kedua-duanya saling mencintai, tetapi terhalang oleh factor darjat yang berbeza. Hilmi kemudian keluar dari rumah Datuk Johari dengan surat palsunya dan bekerja di stesen minyak. Klimaks Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu. Hilmi ditawarkan untuk menyertai quartet Encik Bakar dan terkenal sebagai Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah telah diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal lama. bertambah sedih setelah kematian Encik Bakar. Hilmi bertungkus lumus menyiapkan satu susunan yang diberi nama Hilmi Potpouri untuk satu pertunjukan Orkes Perdana anjuran RTM. Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin pertunjukan Orkes Perdana. Peleraian Hayati muncul menggantikan Hilmi. Di hospital, Pak Karim telah bertemu Datuk Johari dan telah mendedahkan rahsia bahawa sebenarnya Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan akhimya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita kematian Hilmi.

komsaskonsertoterakhir | 25

TEKNIK PLOT
Pemerian (Menggambarkan peristiwa, suasana atau watak) Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Halaman 12) Dialog (Percakapan) Siapa mahu marah? Tak ada siapa. Aku tahu. Tauke aku telah ceritakan. Bila kau balik? Tadi malam. Kenapa kau tak panggil aku? Mamat tersengih. Kenapa kau tak panggil aku? Aku bawa orang perempuan, jawabnya, tersipu-sipu agak malu sedikit. (Halaman 80) Monolog (Percakapan dengan diri sendiri atau bukan manusia) Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada. "Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu. (Halaman 69) Monolog dalaman (Bercakap dalam hati) Hati kecil Hilmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiap kali berjumpa. (Halaman 68) Imbas muka (Membawa pembaca ke masa depan) Encik Bakar berhenti dan menarik nafas panjang. Seolah-olah dadanya itu telah lega dan lapang benar kerana daia dapat meluahkan isi hatinya di hadapan seorang anak mua yang menurut tilikannya mempunyai harapan besar pada masa depan. (Halaman 99) Imbas kembali (Mengimbau kembali peristiwa) Masih terdengar pesan bapanya. Cuba kau pergi ke Kuala Lumpur cari kerja. Pak cikmu ada di sana. Cuba kau minta tolong kepadanya. Dia orang berpangkat. (Halaman 15)

komsaskonsertoterakhir | 26

NILAI
Ketekunan dan kerajinan Hilmi tekun dan rajin menimba ilmu dalam bidang muzik sehingga berjaya menjadi penggubah lagu yang terkenal Hormat-menghormati Hilmi menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun sering dicemuh Belas kasihan Pak Amat, Mak Minah dan Hayati kasihan akan Hilmi yang dilayan dengan buruk oleh Datin Salmah Bantu-membantu Mamat membantu Hilmi mengembangkan minat dan bakatnya dalam bidang muzik dengan membawa Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar Keyakinan Hayati yakin dapat menggantikan Hilmi dalam pertunjukan Orkes Perdana atas kebolehan dan pengalamannya Ketabahan Hilmi tabah menghadapi dugaan hidup Keikhlasan Encik Bakar ikhlas mengajar Hilmi bermain muzik tanpa ganjaran Kasih sayang Hilmi tetap menyayangi Azizah meskipun rumah tangga mereka gagal Pemurah Dr. Nathan memberikan tanah hitam kepada Hilmi secara percuma Kesyukuran Azizah tidak bersyukur atas kemewahan dan kejayaan yang dikecapi bersama Hilmi

komsaskonsertoterakhir | 27

PENGAJARAN
Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Kita haruslah mengenang budi orang yang telah membantu kita. Kita janganlah memandang hina kepada orang lain. Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam. Kita wajib berpegang teguh pada ajaran agama dan menjauhi perkara maksiat. Kita hendaklah mementingkan kesihatan diri. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Kita harus membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan. Kita hendaklah mengekalkan nilai kasih sayang. Kita perlu menjaga maruah diri. Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan Tuhan. Kita harus berani menempuh pelbagai cabaran. Kita harus bertanggungjawab terhadap keluarga.

komsaskonsertoterakhir | 28