Anda di halaman 1dari 3

Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang dimainkan oleh kanakkanak pada masa dahulu.

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai 'Buah. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Biasanya jumlah buah digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang diserambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan batu seremban sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanak-kanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini.

CARA BERMAIN

Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permulaan permainan pemain akan menggunakan sebiji buah yang dinamakan Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi yang dinamakan Buah Tujuh.

BUAH SATU

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu.Kemudian ibu hendaklah dilambungkan ke udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Seterusnya,pemain hendaklah menyambut buah ibu dan meletakkannya didalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah habis dilambung dan disambut.

BUAH DUA

Cara buah dua dimainkan adalah sama seperti buah satu tetepi buah yang dikutip mestilah dua biji serentak.Ini bermakna dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

BUAH TIGA

Seterusnya,buah tiga. Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga bbiji buah serentak.

BUAH EMPAT

Pada peringkat buah empat,pemain akan mengutip kesemua empat biji buah di diatas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan tadi.

BUAH LIMA

Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat buah empat. Sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah,sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan dan empat biji lagi hendaklah diletakkan diatas lantai bagi menyambut buah ibu sahaja.

kredit gambar kepada http://ikinzolkifli.wordpress.com BUAH ENAM

Seterusnya,di tahap ini terdapat perbezaan. Perbezaan ini dinamakan buah tukar,dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat diatas lantai sehingga selesai.

BUAH TUJUH

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementara itu,sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan,hendaklah disambut.

MENIMBANG

Setelah selesai kesemua peringkat,pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Pada peringkat ini terdapat dua kaedah menimbang buah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain,mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk ,maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata,maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula,buah satu dan seterusnya sehingga mati.

kredit gambar untuk http://itukamibudakseni.blogspot.com MATI PERMAINAN

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan terkena biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan tamat) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

PERATURAN PERMAINAN

- Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar. - Dalam langkah menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buahtersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal. - Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada ahli kumpulan lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskanpermainan. - Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian. - Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang dikumpul akan kembali ke angka kosong. - Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.

Anda mungkin juga menyukai