Anda di halaman 1dari 16

Ratu Lebah Yang Tamak

Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu. Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang banyak. Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebahlebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari. Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu. Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini. Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang madu yang banyak untuk ratu. Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya lebah-lebah lain

pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu. Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu penuh. Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang nanti. Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua. Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang. Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta! 5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka. Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi. 5 ekor Lebah : Baik tuanku! pulang segera. 5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu menutup bekas madu itu.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua tidak dapat keluar kerana

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak.

terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

Pemotong Kayu Yang Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

*Jangan gelak ek, cite ni memang lawak sikit, mana taknye pukul 4 pagi baru tulis, mengarut2 je ceritanya, pastu masuk kelas betulkan balik terus tunjuk pada pensyarah. Nasib tak kene reject.. Hehe..*

Macam ni lah nasib jadi cikgu tadika, otak kene kreatif sepanjang masa sebab nak menarik perhatian kanak-kanak. Saya ada sediakan ABM tapi masa entry ni ditulis, ABM tu baru 50% siap.. nanti dah siap sepenuhnya saya akan update la untuk rujukan awak2 yang sama bidang dengan saya :))

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si paripari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang

berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Sang Kancil Dengan Gajah


Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini." Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. "Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah

ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah. "Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil. "Dari apa?" Tanya gajah lagi. "Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil. Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah. "Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini." Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang

dalam itu. "Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.

Perlumbaan Arnab dan kura-kura


Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu. "Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara. "Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura. "Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah. "Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan

meninggalkan Sang Arnab tadi. Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kurakura sepertinya tidak terkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya. "Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau", "Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas. "Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura. Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta. Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju garisan Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut. Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat. "Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab. Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya. Sang Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

penamat. "Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memotong aku", getusnya sendiri. Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba. Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yang permai terdapat dua ekor burung yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak. Pada masa itu Sang Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna pada bulu mereka apatah lagi corak yang menarik Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar di rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacam-macam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat baiknya. Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada badannya. Dia mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak melukis di badannya dulu

Sang Gagak dan Sang Merak

sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak. Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang Merak kelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah giliran Sang Merak untuk mewarnakan badan Sang Gagak. Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai bakat dan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, Sang Merak terus mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak. Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya. Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang baru. Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya pada riak air sungai tersebut. Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna hitam keseluruhannya dari atas hingga ke

bawah. Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh ke dalam rimba itu. Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan kepada "merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegahmegah dengan kecantikannya.

Sang Kancil. "Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira. Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di

Sang Monyet yang Degil


Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali. "Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih. "Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buahbuahan untuk aku makan", pinta Sang Monyet tadi. Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata

hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tibatiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala. "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura. "Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil. "Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas. Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus

memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Sang Monyet menjerit, "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!", Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.

Pemotong Kayu yg Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut disambar arus, merataplah ia mengenangkan nasib. Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?" Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku. "Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih, jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini." Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di meratarata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Seruling Sakti

perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka

sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus

dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup

seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka. Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang

mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

dirinya. Pemburu dan helangnya pun mengejar pelanduk itu yang lari naik bukit dan turun bukit menyelamatkan dirinya daripada diburu. Pelanduk itu berlari dan terus berlari sehingga tiba di tepi sungai ia pun berhenti. Pelanduk itu mula resah kerana ia tidak boleh menyeberang sungai. Akhirnya pemburu pun berjaya menangkap pelanduk itu setelah penat mengejarnya tadi. Selepas penat pemburu mengejar pelanduk itu, pemburu mula rasa sangat dahaga dan dia pergi ke tepi sungai untuk mencedok air sungai itu dengan tangan. Apabila pemburu itu hendak meminum air sungai itu dengan tangan, tiba helangnya menepis air di tangan pemburu. Pemburu itu mencedok air sungai sekali lagi, burung helang menepis tangan tuannya sekali lagi. Akibatnya pemburu itu sangat marah lalu memanah ke arah burung helang kesayangan yang sedang terbang itu. Burung helang itu pun jatuh menyembah bumi di tepian hulu sungai.

Helang yang Setia


Al-kisah terdapat seorang pemburu mempunyai seekor burung helang yang sangat bijak. Setiap kali dia pergi berburu, pemburu itu mesti membawa burung itu bersama. Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke dalam hutan untuk memburu dengan helang kesayangannya. Sebaik tiba di dalam hutan, burung helang pun terbang sambil melihat ke bawah mencari binatang yang diburu oleh tuannya. Tiba-tiba burung helang terbang dengan pantas ke satu tempat. Melihat reaksi helangnya, pemburu tahulah bahawa burung helang nampak binatang yang diburu. Apabila tiba ke tempat itu, pemburu nampak seekor pelanduk yang sedang enak memakan buah-buahan hutan di situ. Tanpa disangka pemburu, si pelanduk sedar akan kedatangan pemburu itu lalu menyelamatkan

Pemburu itu berlari untuk mendapatkan burung helangnya dan mendapati helangnya telah mati dengan matanya yang terbuka, seolah-olah berkata, Tuan, kenapa tuan memanah saya? Apa salah saya?. Tidak jauh dari tempat burung helang itu jatuh, pemburu itu ternampak seekor ular berbisa yang telah mati. Racun daripada ular meleleh masuk ke dalam sungai. Maka pemburu itu sedar mengapa helangnya itu menepis tangannya setiap kali dia hendak mencedok air sungai tersebut. Sesiapa yang meminum air sungai itu pasti akan jatuh sakit kelak. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan dengan upah memetik kelapa itu nanti akan dibelikannya dua puluh biji telur ayam kampung. Setelah memetik lima biji kelapa kering daripada pokok kelapa itu, Mat Jenin tiba-tiba terasa letih dan dia ingin berehat di atas pokok. Mat Jenin bertenggek di atas pelepah nyiur yang separuh kering. Dia pun memejamkan kedua-dua belah matanya dan dia menyambung semula angan-angannya. Telurtelur ayam yang dibeli itu akan dieramkan dan setelah membiak, ayam-ayam itu akan dijual. Kemudian wangnya akan dibelikan beberapa ekor kambing dan

Mat Jenin
Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.

setelah membiak cukup besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan juga beberapa ekor lembu. Mat Jenin tersenyum gembira kerana lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual tentu wangnya dapat dibelikan beberapa ekor kuda dan kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di kawasan padang rumput. Pada suatu hari semasa Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan tuan puteri. Mat Jenin sungguh gembira kerana dia dapat membawa tuan puteri menunggang kuda bersam. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat Jenin memacu kuda lebih pantas. Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut dan barulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjuthenjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas, kuda Mat Jenin telah tersalah lompat lalu ia terperosok ke dalam perigi buta. Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka, kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin. Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu dan Mat Jenin hanya tersenyum serta bersyukur kepada Tuhan kerana telah selamat. Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya dan dia mat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran dan dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat.

Anda mungkin juga menyukai