Anda di halaman 1dari 6

Laporan Bina Insan Guru Fasa 5 Semester 5 Program Bengkel dan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Ceramah dan

Bengkel (3 jam 6.6.2012)

Tajuk Tarikh

: Program Bengkel dan Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) : 6hb Jun 2012

Tempat : Dewan Seri Keledang,IPG Kampus Ipoh

Pada 6 Jun 2012, seramai 28 orang pelajar dari kelas PGSR BC ambilan Nov 2009 telah menghadiri bengkel berkaitan dengan Program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking). Bengkel yang mengambil masa selama 3 jam ini telah diadakan di Dewan Seri Keledang, IPG Kampus Ipoh yang bermula dari pukul 8.00 malam dan tamat pada pukul 11.00 malam. Ceramah bengkel ini disampaikan oleh Pensyarah Unit Kokurikulum, Encik Yusri bin Mat Johor. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 7.45 malam. Ceramah bermula tepat pada pukul 8.00 malam setelah semua peserta mendaftarkan diri. Di dalam ceramah tersebut, kami telah didedahkan dengan bab-bab yang penting. Antara tajuk-tajuk yang disentuh termasuklah guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1996), Surat pekeliling ikhtisas, Pekeliling perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG, Lawatan benchmarking, ciriciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah dan infrastruktur kurikulum sekolah. Majlis dimulakan pada jam 8:00 malam . Encik Yusri bin Mat Johor adalah merupakan pensyarah yang bertanggungjawab membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Dan Tanggungjawap Guru Terhadap Keperluan Negara ,Beliau

telah memberi ceramah dengan baik dan berkesan.Berikut adalah tajuk-tajuk yang disampaikan oleh penceramah Encik Yusri bin Mat Johor. A. Guru dan Perundangan B. Mandat C. Akta 550/Akta Pendidikan D. Surat Pekeliling Ikhtisas E. Pekeliling Perkhidmatan F. Fungsi Sektor-sektor KPM dan JPN G. Guru dan Peranan PPD/Zon /Bahagian dan PKG Perundangan dalam pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang seharusnya diketahui oleh semua pengurus sekolah. Pengetua/Guru

Besar/Guru/K.Tangan yang kurang maklumat mengenai undang-undang menjadikan banyak tindakan dan perkara dilakukan tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya tindakan yang diambil oleh pihak sekolah tidak bertepatan dengan prosedur dan peraturan yang ditetapkan, sudah pasti akan mengundang pelbagai masalah dan seterusnya mendorong sekolah didakwa oleh ibu bapa mahupun golongan masyarakat. Dalam konteks ini, KPM telah menyediakan pelbagai buku panduan dan surat-surat pekeliling ikhtisas (SPI) yang bertujuan untuk memperingatkan pengurus sekolah dengan pengetahuan dan peraturan yang jelas dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap dokumen ini berada dalam simpanan dan menyebarluas kepada semua warga sekolah. Di samping itu, guru memikul tanggungjawab yang berat dalam melindungi sekolah daripada didakwa. Tanggungjawab guru kepada pelajar bukan setakat mendidik tetapi sebagai ganti ibu bapa sebagaimana yang disebutkan dalam istilah

perundangan in loco parentis. Dalam erti kata yang lain, pihak sekolah mempunyai tanggungjawab secara langsung bagi memastikan agar setiap pelajar diselia serta dilindungi dengan sempurna semasa mereka berada di sekolah. Tanggungjawab melindungi pelajar dalam konteks melindungi pelajar daripada risiko yang boleh dijangka mendatangkan mudarat kepada pelajar serta menjaga keselamatan peribadi pelajar setiap masa. Selain daripada mendidik anak-anak murid di sekolah, guru juga bertanggungjawab untuk mengekalkan persekitaran yang sesuai, tahap kesihatan dan keselamatan murid, serta menjaga harta benda awam di sekolah. Guru Besar pula bertanggungjawab secara langsung terhadap semua yang berlaku di sekolah dan yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap pelajar. Kami juga telah mempelajari apa yang dimaksudkan dengan Tort. Undangundang tort diwujudkan sebagai cara untuk mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang. Ia adalah saman sivil yang digunakan bagi melindungi hak orang lain yang dicerobohi. Dalam sekolah, kecuaian seseorang guru disiplin dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah kemungkinan besar akan mengheret guru berkenaan ke mahkamah bagi menghadapi saman civil. Guru

disiplin harus berwaspada dalam pengurusan kes disiplin pelajar. Guru disiplin harus mengikuti prosedur yang tepat dalam menjatuhkan hukuman yang tepat semasa mengurus kes disiplin pelajar. Di samping itu, pensyarah juga membincangkan tentang Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta 1961 dan telah diwartakan pada 31 Disember 1997. Kami telah dijelaskan dengan tujuan akta tersebut. Antara tujuan akta tersebut adalah seperti memperluaskan skop

pendidikan daripada sekolah hingga tahap pendidikan tinggi, memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan,

menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama dan lain-lain lagi. Huraian Akta 550 pula dikupas dengan terperinci. Sistem Pendidikan Kebangsaan serta beberapa isu pendidikan semasa telah dibincangkan. Antara topik-topik isu pendidikan semasa yang disentuh termasuklah meritokrasi, pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan juga MBMMBI. Encik Yusri juga memperkenalkan kepada kami pelbagai pekeliling perkhidmatan.Surat Pekeliling Ikhtisas adalah merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh KPM yang diedarkan dari semasa ke semasa. Ia adalah merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan dan seharusnya merupakan satu kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Antara tujuan guru menguasai pekeliling dan jenis-jenis surat pekeliling :

TUJUAN SESEORANG GURU MENGUASAI PEKELILING Melahirkan guru yang berkualiti dan profesional Menyesuaikan peranan guru dengan alam persekolahan Mengurangkan konflik dalam membuat cadangan dan keputusan .

JENIS-JENIS SURAT PEKELILING IKHTISAS Surat Pekeliling 1981 - 2000 Surat Pekeling Disiplin Surat Pekeliling Kokurikulum Profesionalisme Keguruan

Seterusnya, kami juga mempelajari fungsi sektor-sektor KPM dan JPN. Antara topik-topik yang disentuh termasuklah pentadbiran peringkat persekutuan, struktur peringkat negeri, struktur peringkat daerah, struktur peringkat sekolah dan fungsi PKG. Kementerian Pelajaran Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran berpusat atau birokratik. Daripada peringkat pusat di kementerian, peringkat negeri ataupun Jabatan Pelajaran Negeri hingga peringkat daerah PPD masing-masing memikul tanggungjawab untuk memastikan kita menjurus ke arah kecemerlangan pendidikan nasional. Kami berasa bersyukur kerana dapat menghadiri ceramah ini yang amat bermakna dan berguna buat kami selaku guru yang mengajar di sekolah. Banyak yang kami perolehi dan pelajari hasil daripada penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Encik Yusri. Ceramah yang mengambil masa kira-kira 1 jam ini tamat pada pukul 9.00 malam. Setelah berehat seketika, sesi pembentangan/bengkel berkumpulan bersama tutor telah diadakan. Encik Lam Yat Chaw, selaku tutor kumpulan PGSR juga menghadirkan diri bersama-sama kami pada malam tersebut. Pada pukul 9.00 malam , kami mengadakan bengkel tentang tajuk-tajuk yang diperuntukkan dengan bimbingan tutor kami. Kami berbincang dalam kumpulan kecil. Ahli-ahli kumpulan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan masing-masing. Pada pukul 10.00 malam , wakil setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan dalam bengkel tersebut. Selepas setiap pembentangan selesai, tutor kami turut membimbing kami dengan menyuarakan pandangan beliau dan

mendorong kami bagi menjana idea-idea serta membetulkan kekurangan hasil perbincangan kami. Pada pukul 11 malam, setelah selesai pembentangan setiap kumpulan, majlis berakhir dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah. Seterusnya jamuan ringan diadakan sebelum majlis bersurai . Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah kehormat, Encik Yusri bin Mat Johor kerana sudi menyalurkan maklumat serta membimbing kami sepanjang ceramah berlangsung. Terima kasih juga ditujukan kepada Tutor kami iaitu Encik Lam Yat Chaw yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami. Kami berharap dengan adanya bimbingan para pensyarah serta kerjasama padu daripada rakan- rakan sekalian, program bengkel dan lawatan penanda aras (Benchmarking) akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.