Anda di halaman 1dari 3

2.

PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT Setiap kumpulan akan diberikan surat khabar, majalah lama, gam, gunting dan kad manila.

Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk/ topik dan mencari maklumat dalam bahan yang sedia ada. Pelajar perlu menghasilkan hasil kerja mereka dalam bentuk kad manila. Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan

. PERTANDINGAN BERCERITA (30 JULAI 2010) Setiap kumpulan diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta. Pelajar dikehendaki membuat persediaan lebih awal. Masa diperuntukan untuk setiap orang ialah 5 minit sahaja. Pemenang berdasarkan kepada jumlah merkah keseluruhan setiap kumpulan. Hanya satu kumpulan dipilih sebagai pemenang.

PEMASANGAN LAGU SEMPENA BULAN MEMBACA Lagu akan dipasang semasa waktu rehat pagi dan petang setiap hari

REKOD PEMBACAAN NILAM TERBANYAK BULAN MEMBACA Pemenang dikira berdasarkan rekod pembacaan NILAM terbanyak sepanjang bulan Julai. Pelajar yang masih kosong bacaan NILAM dari awal tahun akan dikenakan dimerit.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

Terbuka kepada semua pelajar sidang petang.

Tema : i- Bangsa Membaca Bangsa Berjaya ii- Membaca Santapan Minda Sekeluarga

Tempat : Kelas Tarikh : 12/07/2010-16/07/2010 (salah satu hari)-2 waktu Masa : Semasa Kelas Pendidikan Seni

Hakim Pertandingan: Guru-guru Seni (mengikut kelas) Pelajar dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis Pemenang: Satu, dua, dan tiga.

Program Walking Dictionary - Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

Program Bulan Membaca & Hari Buku Serta Hari Cipta Sedunia
Bulan Julai merupakan Bulan Membaca yang dipelopori oleh Perpustakaan Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan warga sekolah terutamanya anak-anak didik yang memerlukan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Bertemakan Membaca Menjana Minda, program ini diharapkan dapat memastikan setiap warga sekolah menghayati kepentingan ilmu dan berusaha untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya yang berterusan. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada warga sekolah untuk melibatkan diri dalam beberapa pertandingan yang diadakan untuk memanfaat dan menjayakan Bulan Membaca 2011. Selain itu, ia juga bertujuan memperluas kesedaran tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas. Akhir sekali, program ini diadakan untuk mendekatkan golongan murid dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca dalam kalangan warga SJK(T) LADANG SG> PLENTONG.