Anda di halaman 1dari 1

KELAS BIMBINGAN BHASA MELAYU CIKGU OOI

MODUL 4 : KATA PENGUAT 1. Maksud : Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. 2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat: KATA PENGUAT a. penguat hadapan b. penguat belakang c. penguat bebas 3. Contoh: a. Digunakan di hadapan kata adjektif. KATA PENGUAT HADAPAN terlalu paling agak b. Digunakan di belakang kata adjektif CONTOH terlalu, paling, agak sekali, benar, nian amat, sangat, sungguh

CONTOH Baju di pasar raya itu terlalu mahal. Sambal tumis itu paling sedap. Jalan di kawasan itu agak bahaya.

KATA PENGUAT BELAKANG CONTOH sekali Pendapat murid itu baik sekali. nian Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi. benar Cantik benar rantai mutiara ini. c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. CONTOH amat 1. Kraf tangan itu amat cantik. 2. Kraf tangan itu cantik amat. sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat. 2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat. sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju. 2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh. d. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390) Contoh: a. Suaranya sungguh amat merdu. b. Perangainya sungguh kurang sopan. c. Kata-katanya terlalu amat pedih. KATA PENGUAT BEBAS