Anda di halaman 1dari 13

5.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 5.

1 pengenalan

Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi. Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

5.2 dapatan kajian 5.2.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Mesin Ringkas menggunakan kaedah nyanyian.

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F) mengenai tajuk yang diajar iaitu Mesin Ringkas yang telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas responden bertujuan untuk mendapatkan data tentang pengetahuan murid mengenai tajuk yang dikaji berdasarkan kaedah chalk and talk.

Ujian Pasca pula dijalankan ke setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah intervensi untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam

membantu murid mengingat fakta. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Mesin Ringkas dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas intervensi dilakukan.

Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan markah yang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan. Jadual 1. Skala Gred Sekolah Rendah Markah 80-100 60-79 40-79 20-39 1-19 Gred A B C D E Tahap Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat lemah Sumber : Lembaga Peperiksaan (2011)

Jadual 2. Perbandingan Gred Markah Sebelum Dan Selepas Intervensi

RESPONDEN R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

PRA 50 40 50 60 50 50 60 40 30 60

GRED C C C B C C B C D B

POST 70 60 70 80 70 70 80 60 60 70

GRED B B B A B B A B B B

Berdasarkan Jadual 2 di atas dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku pada gred Ujian Post berbanding dengan ujian Pra. Bagi ujian Pra (merujuk kepada jadual 2), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A, 3 orang murid mendapat gred B, enam orang gred C manakala seorang murid mendapat gred D.

Namun, selepas intervensi menggunakan kaedah nyanyian, pencapaian murid di dalam

Ujian Pasca menunjukan peningkatan. Dua orang murid berjaya memperoleh gred A. manakala 8 orang murid lagi memperoleh gred B. Tiada lagi murid yang memperoleh gred C dan D.

Berdasarkan hasil analisis gred markah ujian terhadap ini menunjukkan tindak balas yang positif terhadap hepotesis kajian iaitu penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Mesin Ringkas. Peningkatan pencapaian murid selepas intervensi disokong oleh analisis pencapaian setiap responden berdasarkan graf bar dibawah.

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PRA POST

Graf 1.Perbandingan Ujian Pra Dan Post

Berdasarkan graf perbandingan ini, Peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 9 (R9). Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum intervensi dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 30%. Akan tetapi, selepas menjalani intervensi dengan

menggunakan kaedah nyanyian, markah Ujian Pasca responden ini meningkat sebanyak 30% menjadikan markah Ujian Pasca sebanyak 60%. Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh R10 iaitu sebanyak 10% sahaja manalah respondin yang lain meningkat sebanyak 20%.

Bagi memperkukuh hasil dapatan peningkatan markah ujian, pengkaji telah membentuk satu jadual yang memaparkan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 di bawah. Jadual 3. Analisis Deskriptif

N Pra Post Valid N (listwise) 10 10 10

Minimum 30.00 60.00

Maximum 60.00 80.00

Mean 49.0000 69.0000

Std. Deviation 9.94429 7.37865

Merujuk kepada Jadual 3, perbezaan nilai min di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca yang ialah sebanyak 20.0 iaitu dari 49.0 kepada 69.0. Dapatan ini membuktikan dengan jelas bahawa responden yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah nyanyian mampu mengingat proses Mesin Ringkas dengan lebih baik jika dibandingkan dengan responden yang menjalani pengajaran dan Mesin Ringkas pembelajaran mengunakan kaedah konvensional chalk and talk. Oleh itu, objektif kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid bagi tajuk menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai. 5.2.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk mesin ringkas menggunakan kaedah nyanyian. Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Mesin Ringkas diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur (Lampiran G) terhadap tingkah laku responden bagi sebelum dan selepas intervensi. Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang keempat-empat proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan minat murid apabila

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konvensional dan kaedah nyanyian.

Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang tertera di dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4. Tingkah Laku Dan Minat

TEMA a. Minat b. Tingkah Laku Positif Penglibatan a. b. a. b. a. Masalah Disiplin b.

ASPEK Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Seronok belajar mengunakan kaedah yang di ajar Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan pelajaran. Berangan-angan atau termenung Menjawab soalan secara sukarela Mengalakan rakan lain untuk belajar Mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung Bercakap atau bermain

Berdasarkan Jadual 4 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sesi yang pertama mengunakan kaedah Chalk And Talk dan sesi yang kedua menggunakan kaedah nyanyian sebagai intervensi. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit. Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, pengkaji telah merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.

Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran direkodkan di dalam Jadual bawah.

Jadual 5.Kekerapan Tingkah Laku Murid Bagi Ujian Pra Dan Post

KEKERAPAN TINGKAH TEMA LAKU MURID Ujian Pra Minat Tingkah Laku Pasif Penglibatan Masalah Disiplin 14 12 13 9 Ujian Post 20 7 18 4 6 5 5 5 BANDING BEZA

PERATUS KENAIKAN/ KETURUNAN +30% - 41% +27% -55%

Berdasarkan Jadual 5 di atas, terdapat perbezaan jumlah kekerapan tingkah laku pada kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran. Peratusan minat murid bagi pada Pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah nyanyian sebagai intervensi meningkat sebanyak 30%. Ini menunjukkan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Mesin Ringkas berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar.

Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, peratusannya menurun sebanyak 41% pada sesi pembelajaran kedua yakni ketika intervensi digunakan dalam aktiviti Pembelajaran dan pengajaran. Dapatan ini sekali lagi membuktikan bahawa kaedah nyanyian mampu mengurangkan tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang menurun ini disebabkan oleh perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian jika dibandingkan dengan kaedah konvensional.

Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara sesi pembelajaran konvensional dan intervensi dilihat bagi tema penglibatan. Berdasarkan data yang dari jadual 5. Penglibatan murid meningkat sebanyak 27 %. Melalui dapatan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa

penglibatan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah nyanyian.

Akhir sekali bagi tema disiplin, Peratusan menunjukkan pengurangan yang mendadak yakni 55%. Perbezaan peratusan yang ketara ini menunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan.

Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk Mesin Ringkas menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai. Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Mesin Ringkas. Responden menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian menampakkan peningkatan markah ujian berbanding dengan sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

kaedah nyanyian. Peningkatan markah ujian tersebut menunjukkan responden selepas intervensi mudah mengingat proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Mesin Ringkas yang secara tidak langsung membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik.

Hal ini selaras dengan Teori gaya pembelajaran Dunn & Dunn(1984) bahawa pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh gaya pembelajaran seseorang individu. Menurut kajian mereka; terdapat lima jenis gaya pembelajaran akan tetapi pengkaji berpendapat bahawa gaya pembelajaran persekitaran,emosi dan psikologi yakni pengaruh persekitaran seperti

bunyi,kesediaan emosi dan pengaruh psikologi amat mempengaruhi mood seseorang. Muzik berupaya menukar mood seseorang (Greygory,2011). Pengunaan muzik dalam kajian ini membantu penumpuan kognitif kanak-kanak secara keseluruhan.

Dalam masa yang sama muzik juga dapat mengaktifkan otak kiri dan kanan. Pengaktifan otak kiri dan kanan sangat penting kerana aktiiviti sedemikian membantu murid mengunakan kedaudua belah otak dengan seimbang. Sebagaimana saranan Hermann(1991), Perkembangan otak yang sihat memerlukan stimuli bagi memaksimakan kecerdasan otak. Muzik merupakan stimuli yang paling mudah,berterusan dan menyeronokkan dan mengunakan muzik secara langsung dalam kajian ini telah meningkatkan kemahiran murid mengingat fakta-fakta sains.

Keberkesanan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran juga disokong oleh Teori Kecerdasan Howard Gadner yang menyatakan bahawa manusia lahir dengan kepelbagaian kecerdasan. Aktiviti yang mengabungkan pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,e mosional dan fizikal serta intelektual. Pengubung-jalinan kesemua kecerdasan ini menurut beliau akan melahirkan manusia dewasa yang sempurna dan menepati potensinya yang sebenar. Berdasarkan kepada kajian ini,

pengkaji mendapati pengunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaranakan menjadikan pembelajaran murid di sekolah menjadi lebih seronok selain dapat mengabungkan beberapa kecerdasan yang ada pada individu. Muzik boleh mengaktifkan kecerdasan muzik secara lansung. Pergerakan anggota badan untuk bermain alat muzik atau meniru resonan irama akan mengaktifkan kecerdasan kinestetik. Manakala tumpuan mendengar muzik akan mengaktifkan kecerdasan intra-personal seseorang. Berasaskan teori ini sahaja, amat jelas; muzik dapat membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku pasif murid.

Dalam pengajaran dan pembelajaran secara langsung, muzik membuatkan Pendidikan lebih menyeronokkan. Muzik boleh menjadi alat atau pemudah cara yang hebat untuk proses pengajaran dan pembelajaran . Sebagai bukti secara langsung terhadap pengunaan muzik dalam pendidikan ialah kaedah pembelajaran bahasa oleh Dr. George Lazanov yang dikenali sebagai

suggestopedia.Kaedah pembelajaran ini mengunakan muzik sebagai latar bilik darjah bagi merangsang minda dan menerusi kaedah ini terbukti bahawa pembelajaran bahasa dapat ditingkatkan sebanyak 25% berbanding kaedah biasa.

Selain membantu murid focus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan kecerdasan kognitif murid sebagaimana hasil kajian Mozart effect oleh Gordon Shaw, et al.( 1993) mendapati bahawa responden yang mendengar muzik Mozart , Sonata in D major for Two Pianos, K488 dapat meningkatkan kecerdasan IQ mereka sebanyak 8-9 point. Peningkatan kecerdasan kognitif ini turut disiokong oleh Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik, lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan.

Maka dengan itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses

pengajaran dan

pembelajaran Sains adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap jenis-jenis Mesin Ringkas. Selain daripada itu, penggunaan kaedah nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar kerana ia dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Hal in berlaku sedemian kerana kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN.

6.1

Pengenalan

Munurut Hanipah (2004) refleksi adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Dalam konteks profesion guru, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya,

6.2 Refleksi dan implikasi Kajian. Sebagai pendidik, saya menyedari bahawa pembelajaran yang berkesan merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran yang tidak dapat dicapai sepenuhnya adalah antara cabaran besar yang dihadapi dalam bilik darjah. Dalam dunia moden ini Keberkesanan sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dilihat kepada pengunaan bahan bantu mengajar dan aktiviti yang banyak sahaja tetapi turut di nilai dari segi sejauh manakah bahan bantu mengajar dan aktiviti yang disediakan tersebut mampu membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan. Keperluan pembelajaran yang terkini juga merangkumi kepentingan untuk memperlengkapkan diri bagi menghadapi sebarang cabaran dalam dunia pendidikanmelalui Proses membuat kajian tindakan untuk melihat dan mempertingkatkan amalan bagi membantu saya untuk mengenalpasti dan menganalisa masalah seterusnya merancang tindakan yang sesuai beradasarkan teori. Akhir sekali data yang telah di kutip dan dianalisa dapt membantu pendidik untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. Setelah membuat kajian secara mendalam saya merasakan bahawa intervensi yang saya gunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid tahun 6 SK Popok ini adalah

sangat sesuai dan berkesan. Saya membuat kesimpulan sedemikian kerana muzik ini bersifat universal dan serba boleh untuk di integrasikan dalam pendidikan terutamanya pendidikan disekolah rendah. Muzik adalah universal kerana tidak ada sempadan untuk kita menikmati muzik. Mungkin bahasa yang di gunakan pada lirik lagu-lagu korea adalah tidak difahami oleh kebanyakan orang tetapi kemerduan melodi Gangnam Stail berserta dengan tariannya yang luar biasa dapat menarik satu billion pendengar diseluruh dunia. Haiwan seperti Burung, Anjing, dan ikan Paus dikatakan dapat memahami muzik pada tahap tertentu. Malahan tumbuhan yang didedahkan dengan muzik tertentu dapat membantu meningkatkan pertumbuhannya. Kehebatan muzik melampaui semua sempadan komunikasi menjadikannya alat pendidikan yang sangat berpotensi. Muzik juga datang dengan pelbagai rentak dan budaya dan kelebihan ini dapat digunakan untuk menarik ramai murid yang citarasa muziknya datang dari pelbagai genre. Muzik juga mempunyai kuasa rohani ( Perlovsky, 2010). Tiada siapa yang benar-benar tahu muzik berasal dari mana tetapi terdapat banyak teori yang mencadangkan muzik telah ada sejak kewujudan manusia pra-sejarah. Salah satu kegunaan yang paling awal diketahui bagi muzik adalah untuk acara-acara keagamaan dan ritual. Sebagai contoh dalam tamadun Maya muzik telah digunakan dalam sambutan kemenangan pada peperangan dan juga pada masa pengebumian tokoh-tokoh berpengaruh. Zaman kegemilangan terawal yang direkodkan bagi kegunaan muzik berlaku di zaman Medieval dengan sheet nontasi bagi koir kebaktian gereja masih digunakan sehingga kini. Malah pada hari ini, ramai orang mendakwa bahawa muzik adalah kunci kepada Allah dan kehidupan yang suci, dakwaan ini berasaskan kepada tangapan bahawa kebnayakan daripada agama-agama terbesar di dunia mengunakan muzik dalam ibadatnya samada secara langsung atau tidak. Berdasarkan kepada tangapan kekuasaan muzik dari segi rohani ini maka pengkaji merasakan bahawa dengan pengabung-jalinan aktiviti muzik dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan tetapi dapat juga membantu meningkatkan pembangunan kerohanian dalam diri murid. Walau bagaimana pun bagi mancapai objektif ini , pemilihan lagu, lirik dan genre muzik haruslah di beri perhatian yang serius dan teliti.genre muzik yang ganas dan lirik yang negative akan menghasilkan impak yang negative juga kepada murid.

Akhir sekali ,muzik boleh mempengaruhi mood dan Emosi. Gabriela, et al (2002). Sebagai contoh bagi seorang pengembara yang perlu memandu jauh dengan mendengar muzik akan menjadikan perjalanan yang panjang tidak terasa. Muzik seolah-olah membantu menjadikan masa pegun. Malahan dengan mendengar muzik sahaja; seseorang yang sedang mengalami kemurungan atau mood yang kurang baik, seolah-olah mendapat tenaga dan kuasa baru untuk melakukan sesuatu. Begitu juga dengan seseorang yang sedang marah. Apabila mendengar muzik yang lembut dan mengasyikkan,kemarahan itu akan berkurangan. Tiada siapa yang benar-benar tahu mengapa atau di mana kuasa muzik ini datang, tetapi terdapat banyak kajian yang telah dilakukan, menunjukkan bahawa terdapat satu hubungan dengan emosi seseorang dan bentuk irama yang di mainkan.

6.3 Rumusan

Atas kesedaran tentang potensi muzik yang sangat luas dalam pendidikan, saya berharap kajian ini sedikit sebanyak akan membuka ruang dan memberi motivasi kepada guru untuk mengaplikasikannya kaedah ini dalam pengajaran mereka seharian demi untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara.

6.4. Cadangan Kajian Seterusnya

Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat fakta, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:

I.

Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.

II.

Mengaplikasikan kedah nyanyian bagi keseluruhan tajuk mesin ringkas dan bukan hanya mencakupi skop yang kecil sahaja iaitu jenis-jenis mesin ringkas.

III.

Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

IV.

Mencipta

lagu

dan

melodi

baru

bagi

tajuk yang

difokuskan

tanpa

menggunakan melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar. V. Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian

kinestatik) supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid. VI. Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

dalam pengajaran dan pembelajaran.