Anda di halaman 1dari 10

Iman arti Iman ( )secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah.

Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman ( )diambil dari kata kerja 'aamana' ( )-- yukminu' ( )yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah AtTaubah ayat 62 yang bermaksud: "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman." Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota." Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)." Percaya kepada Allah Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas, o o o

Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4 "Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa." Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.

Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu. Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA. Percaya kepada Para Malaikat Rencana utama: Malaikat Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkatakata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Taala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi. Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi. Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat. Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat. Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan. Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan. Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga. Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Frman Allah Taala Surah At Tahrim ayat 66: Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA. Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi. Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.

Percaya kepada Kitab-Kitab Allah Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran. Kitab-kitab terbahagi dua: Suhuf - Pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah

Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf

Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:


Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitabkitab yang terdahulu.

Percaya kepada Nabi dan Rasul

Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benarbenar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja. Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan lima dari rasul tersebut adalah Ulul Azmi iaitu; , Nuh,Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya. Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat. Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada Allah agar tidak

sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan. Sifat-sifat Rasul dan Nabi Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi. 1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4). 2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji. Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka (Bukhari, Muslim ) Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji. 3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan. 4. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.

Percaya kepada Hari Akhirat Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan. Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka. Percaya kepada Qada' dan Qadar Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama menamakan takdir itu juga qada dan qada.

Kelebihan kalimah "LAILAHAILLALLAH"... "dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.." "Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu

berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusaha, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu.... 1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sankaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya.. 2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak.. 3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke ghogoroh. 4. Barangsiapa datang kepada ALLAH..dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH...maka nescaya ALLAh akan mengampuninya.. 5. Allah swt menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih hidup "Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha illALLAHU.. dan memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada "laa" yang berada di awal, nescaya ALLAH akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuat...Para sahabat bertanya kepada Rasulullah..Bagaimana jika ia tiada dosa besar..maka Rasulullah berkata.. ALLAH akan mengampunkan dosa keluarganya dan jiran-jirannya..."

Al-quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW. Orang-orang yangmenganggap bahwa Al-quran itu merupakan karangan Nabi Muhammad berarti ia telahmengingkarinya sebagai Nabi dan mensifatinya sebagai Ilahi. Sebab Al-Quran tidak mungkin dikarang oleh manusia.Beriman kepada Al-

Quran dan kitab-kitab terdahulu yang diturunkan Allah SWT yaituShuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa yaitu Taurat, Zabur yang diturunkan kepada nabi Dauddan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa.Al-Quran adalah hakim atas semua kitab tersebut dan sebagai timbangan untuk mengetahui kebenaran dan keabsahannya dari yang telah diselewengkan atau diubah.Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Maidah : 48 :Kami telah menurunkan kitab Al-quran kepadamu dengan membawa kebenaran, membenarkan kitab-kitab yangditurunkan sebelumnyanserta menjadi Penghukum bagi kitab-kitab lain.Oleh karna itu, bersama makalah ini diharapkan kita mendapatkan pemahaman tentangkitab- kitab yang telah diwahyukan kepada nabi rasul terdahulu KITAB-KITAB ALLAH SWT Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani.Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alquran dan juga dalam Hadis.Selain dari kitab Allah yang diturunkan melalui rosul melalui malaikat jibril, kita juga bisa berpedoman pada hadist nabi Muhammah SAW dan sahifah-sahifah / suhuf /lembaran firman Allah SWT yang diturunkan pada nabi Adam, Ibrahim dan Musa AS.Percaya pada kitab-kitab Allah SWT hukumnya adalah wajib 'ain atau wajib bagi seluruhwarga muslimin di seluruh dunia. Dilihat dari pengertian atau arti definisi, kitab AllahSWT adalah kitab suci yang merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melaluirasulrasulnya untuk dijadikan pedoman hidup umat manusia sepanjang masa. Orangyang mengingkari serta tidak percaya kepada Alquran disebut orangorang yang murtad.Daftar kitab Allah SWT beserta Rasul penerima wahyunya :1. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani2. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbahasa ArabApa saja yang diberitakan oleh Allah kepada kita dalam Al-quran mengenai kitab-kitabini, maka kita harus mengimaninya. Dan menyatakan kekufuran orang yangmengingkarinya. Beritaberita dari kitab-kitab tersebut yang sesuai dengan Al-quran,maka kita dapat meyakini keabsahannya sepanjang belum diselewengkan. Sedangkan jikaada berita-berita yang bertentangan dengan yang disebutkan oleh Al-quran maka kitayakini bahwa hal itu telah diselewengkan dari aslinya

PERUBAHAN TAURAT

Beriman kepada kitab suci Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. adalahmerupakan salah satu rukun keimanan. Allah Taala juga telah memberitahukan bahwa didalam kitab terdapat cahaya penerangan serta petunjuk yang baik, malah Dia puji puladengan firman-Nya, Sungguh Kami (Allah) telah memberikan kitab pemisah (antarayang baik dan yang buruk) kepada Musa dan Harun dan menjadi cahaya serta peringatan bagi orang-orang yang bertakwa. (Q.S. Al-Anbiya:48) Hanya saja kitab Taurat yang pernah diturunkan kepada Nabi Musa a.s. kini sudah tidak ada sama sekali yang murni, sebagaimana diketengahkan oleh seluruh alim ulama dankaum cendekiawan. Adapun kitab Taurat yang beredar sekarang ini sebenarnyamerupakan karangan yang ditulis oleh lebih dari seorang penyusun dan ditulis dalammasa yang berlain-lainan. Sudah jelas di dalamnya banyak terdapat perubahan. Imam Farid Wajdi berkata, Salah satu bukti bahwa kitab Taurat sudah berubah darikemurniannya ialah bahwa Taurat yang beredar di tangan kaum Nasrani berbeda jauhdari Taurat yang beredar di tangan kaum Yahudi." Alquran sendiri menetapkan adanya perubahan ini dan mengecam umat Yahudi yangmemasukkan perubahan pada kitab suci tersebut. Allah Taala menjelaskan hal itu denganfirman-Nya, Apakah kamu semua menaruh harapan yang besar bahwa mereka akan beriman padamu, padahal sebagian dari mereka mendengar firman Allah kemudianmereka mengubahnya sesudah mereka mengerti dan mereka pun mengetahui mana yangsebenarnya?" (Q.S. Al-Baqarah:75)

Jadi nyata bahwa kaum durhaka sudah berani mengubah kitab suci yang diturunkan olehAllah Taala. Tujuan pengubahan itu ialah untuk menutupi yang hak dan melalaikan bagian yang terpenting dari apa-apa yang disebutkan oleh Allah Taala dalam kitabTaurat. Maka dari itu Taurat yang kini ada di tangan mereka tidak seluruhnya benar,tetapi hanya sebagian saja. Allah Taala berfirman, Di antara umat Yahudi ada orang-orang yang mengubah kalimat-kalimat Allah dari yang semestinya. (Q.S. An-Nisa:46) Coba perhatikan isiTaurat itu, kemudian selami uraian-uraian yang terkandung di dalamnya. Di situ terdapatketerangan sebagai berikut: a. Dikatakan bahwa Nabi Ibrahim a.s. adalah pendusta besar. b. Nabi Luth a.s. berzina dengan kedua putrinya.

c. Nabi Harun a.s. mengajak kaum Israel (Yahudi) menyembah anak lembu. d. Nabi Daud a.s. berzina dengan istri Auria. e. Nabi Sulaiman a.s. menyembah beberapa berhala untuk menyenangkan hati istrinya. Kitab Zabur Orang Islam pasti pernah mendengar kata Zabur, kitab yang diberikan kepada Nabi Daud,dan menjadi salah satu kitab yang wajib diimani bersama Taurat, Injil, dan Al-Quran.Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dansesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian nabi-nabi itu atas sebagian (yang lain), danKami berikan Zabur kepada Daud. (QS Al-Israa 55)Dalam Al-Qur'an, kitab Zabur disebut sebanyak 4 kali: Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telahmemberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telahmemberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaqub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud . (QS.An Nisaa : 163) Jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya rasul-rasul sebelum kamupuntelah didustakan (pula), mereka membawa mukjizat-mukjizat yang nyata , Zabur dankitab yang memberi penjelasan yang sempurna (QS. Al Baqarah : 184) Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh , bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh. (QS. AlAnbiyaa : 105)13

Anda mungkin juga menyukai