Anda di halaman 1dari 2

Kini harga barangan semakin meningkat dan kenaikannya sungguh ketara.

Sebagai pengguna ,kita perlu bijak berbelanja supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik. Sekiranya tidak bijak berbelanja, individu tersebut mungkin mengalami masalah kewangan. Ada pelbagai cara untuk menjadi pengguna yang bijak.

Kita mestilah menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum pergi ke kedai atau pasar raya. Kita juga perlu mengikut senarai tersebut semasa memilih barangan yang hendak dibeli. Dengan adanya senarai itu, kita tidak akan membeli barangan dengan sesuka hati. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita daripada membeli barangan yang tidak diperlukan, malah dapat menjimatkan masa. Oleh itu, penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli amat penting.

Selain itu, kita harus membuat anggaran jumlah wang perlu digunakan dan jangan membawa wang tunai yang terlalu banyak. Penggunaan kad kredit juga haruslah dielakkan. Membawa wang yang secukupnya semasa keluar berbelanja sudah tentunya membawa faedah. Jumlah wang yang terhad akan menghadkan diri kita daripada berbelanja secara boros. Oleh sebab itu, penggunaan kad kredit dan amalan membawa wang yang terlalu banyak hendaklah dielakkan.

Di samping itu, kita wajar membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membelinya. Kadang kala sesebuah kedai itu akan menjual sesuatu barangan dengan harga yang lebih mahal banding kedai lain. Penjual yang tidak jujur selalunya akan menaikkan harga barangan supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kita juga harus membandingkan kualiti barangan tersebut pasa masa yang sama. Janganlah membeli barangan yang rendah kualitinya semata-mata kerana harganya yang murah. Kita hendaklah bijak membuat perbandingan yang bukan sahaja dari segi harga, tetapi dari segi kualiti.

Elakkan membeli barangan yang berjenama kerana barangan tersebut tidak semestinya berkualiti tinggi. Yang pastinya, barangan tersebut mahal.

Kebanyakan orang, wanita terutamanya, gemar membeli barangan yang berjenama dan yang diimport dari luar Negara. Antaranya adalah pakaian, kasut dan beg tangan. Mereka sanggup menggunakan jumlah wang yang begitu banyak semata-mata untuk membeli barangan yang berjenama untuk mengejar fesyen.

Terdapat pelbagai cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita perlu bijak menguruskan kewangan supaya tidak akan menyesal pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana ada peribahasa yang mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Anda mungkin juga menyukai