Anda di halaman 1dari 33

Sericikgurohaya.blogspot.

com

DEFINISI
FIZIKAL

MENTAL

Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar

Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

Secara amnya, gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pecegahan jangkitan penyakit.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat


Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju 2. Supaya wujudnya keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimun. 3. Memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.
1.

4.
5.

6.

Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat. Mendapatkan maklumat tentang caracara mengekal daripada menghidapi penyakit berbahaya. Mengurangkan masalah sosial dikalangan remaja.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH GAYA HIDUP SIHAT

Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat


Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang Kita juga memerlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapatkan tenaga dan menjaga kesihatan.

KARBOHIDRAT
Menjadi sumber tenaga Badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya jika kekurangan karbohidrat. Obesiti akan berlaku jika berlebihan karbohirat.

VITAMIN
Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan untuk badan dengan jumlah yang kecil. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak pada badan kita.

MINERAL
Mineral adalah bahan bukan organik yang diperlukan untuk badan kita dalam kuantiti yang kecil. Mineral diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan kita

PROTEIN
Protein berfungsi kepada tumbesaran serta pembaikan tisu yang rosak. Penyakit marasmus dan kwashiorkor akan dihidapi oleh mereka yang kekurangan protein. Protein akan ditukarkan kepada karbohidrat atau lemak jika berlebihan.

PENYAKIT KWASHIORKOR

PENYAKIT MARASMUS

LEMAK
Lemak merupakan sumber tenaga untuk memanaskan badan kita. Jika kekurangan sumber ini, badan kita akan menjadi kurus. Penyakit koroni dan obesiti juga akan berlaku jika sumber ini diambil secara berlebihan.

MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN KELUARGA, JIRAN DAN RAKANRAKAN

SIKAP HORMAT MENGHORMATI, TOLONG MENOLONG DAN BERTOLAK ANSUR SESAMA KITA JUGA PERLU DIAMALKAN TANPA MENGIRA UMUR, PANGKAT DAN AGAMA SUPAYA WUJUDNYA TIGA HUBUNGAN INI.

REHAT YANG CUKUP

Rehat beerti tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental, atau melakukan aktiviti yang ringan. Contoh rehat adalah pada waktu rehat di sekolah atau waktu rehat bagi orang yang bekerja di pejabat. Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

CARA-CARA REHAT
Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja. Kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom, atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir. Kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dll.

FAEDAH REHAT
Memberi peluang kepada badan dan otak pulih daripada keletihan. Dapat menenangkan fikiran. Menghilangkan kepenatan.

MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL


> Tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal, kita tidak akan dapat mencapai matlamat ke arah gaya hidup yang sihat.

CONTOH AKTIVITI FIZIKAL

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti dan diakhiri dengan menyejukkan badan. Memakai pakaian sukan. Menggunakan kasut yang bertapak getah dan lembut. Mematuhi panduan pelaksanaan aktiviti daripada guru sebelum memulakan aktiviti Memastikan persekitaran tempat melakukan aktiviti selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan. Mengelakkan minum air selepas melakukan aktiviti untuk mengelakkan dehidrasi.

MENJAGA KEBERSIHAN

Layar dikibar tanda bersedia, membelah lautan bersama bahtera, menjaga kebersihan amalan mulia, menjamin gaya hidup sihat dan sejahtera. Mari membilang dua dan tiga, sambil bernyanyi sebuah lagu, jika kebersihan sering dijaga, penyakit tidak datang mengganggu. Jabatkan tangan berterima kasih, semoga dapat bersua muka, kalau diri sentiasa bersih, ramai kawan orang pun suka.

Menaiki bas hendaklah beratur, untuk menjaga keselamatan diri, badan berbau pakaian pun kotor, orang membenci kawan pun lari. Cantik sungguh berbaju kemeja, dipakai pula semasa berkhemah, kekalkan kebersihan di mana sahaja, baik dirumah atau disekolah.

KESAN-KESAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

FIZIKAL
Terhindar daripada sebarang penyakit yang merbahaya. Mempunyai tubuh badan yang sihat. Dapat memanfaatkan aktiviti fizikal untuk berdikari. Dapat menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan negara.

ROHANI
Melahirkan insan yang berkualiti. Mempunyai akhlak yang mulia. Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Memiliki jiwa yang tenang.

EMOSI
Terhindar daripada mengalami stress Dapat mengawal emosi terutamanya ketika sedih atau marah. Berkebolehan memahami emosi diri yang timbul akibat perbuatan atau percakapan. Mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang.

MENTAL
Mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana. Bebas dari gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Dapat berfikir matang dan logik. Mempunyai daya fikiran yang tinggi.

SEKIAN, TERIMA KASIH