Anda di halaman 1dari 15

..NAZAM..

Pengenalan Nazam
• Salah satu cabang Puisi Melayu
Tradisional.
• berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi
• Kamus Dewan: perkataan Arab,
gubahan puisi seperti sajak dan
syair/nalam.
• Kamus At-tullab Arab-Melayu:
merangkai, mengarang, menyusun
dan mengatur
• Kamoes Bahasa Minangkabau-
Ciri-ciri utama
• Gubahan puisi yang mengandungi dua
baris serangkap
• Skima rima nazam ialah a-a, b-b
• Terdiri daripada lima atau enam
perkataan
• Bilangan baris tidak terhad
• Bertemakan keagamaan
• Gaya bahasa: Bahasa Arab
• Ciri signifikan: puji-pujian dan selawat
• Lagu yang agak rancak, paluan rebana
• Majlis berendoi dan majlis-majlis
Perkembangan Nazam di Tanah
Melayu
• Terengganu, Pahang dan Melaka
• Dibawa ke Asia Tenggara, abad ke 16
oleh pedagang dan alim
• Naskah awal= tulisan jawi
• Kesusasteraan Islam sejak zaman
Kerajaan Pasai hingga ke empayar
Melayu Melaka
• menyampaikan ajaran Islam,
mengajar
• Aceh: pusat perkembangan dan
kekuatan kesusasteraan Islam
• Lahirnya karya-karya agung.
• Peringkat awal= memperkenal dan
menterjemah karya-karya Arab dan
Parsi ke dalam Bahasa Melayu
• Seterusnya, penciptaan puisi dalam
bahasa Melayu dengan
menggunakan gaya atau metrum
puisi Arab Parsi.
• Contohnya: Aqidat al
’Awam(1296H/1879M)
Struktur Nazam
• Terdiri daripada dua baris.
• Zaaba: puisi yang rangkapnya
dihitung dua-dua serangkap dengan
skima rima a-a, b-b
• Tidak mempunyai pembayang
maksud
• Setiap rangkap mesti berkaitan,
dibawah satu tema= tema
keagamaan, nasihat dan panduan.
• Baris-baris pujian diulang-ulang=
Fungsi Nazam
• Media pembelajaran agama, khasnya
untuk masyarakat yang tidak mahir di
dalam bahasa Arab dan tidak mampu
membaca kitab-kitab yang lebih tebal
• Aspek isi: mengandungi doa-doa, puji-
pujian dan penceritaan riwayat Nabi
Muhammad saw.
• Kaum lelaki membaca nazam di surau
di antara waktu maghrib dan Isyak
terutama pada bulan Rabiul Awal. Kaum
wanita pula membaca nazam sambil
menganyam tikar pada waktu malam.
Lagu Nazam
• Disampaikan secara berlagu
• Dua kategori:
Lagu atau intonasi zikir= dibaca di
surau-surau
Lagu nasyid = di tempat-tempat
keramaian ; majlis keramaian
Lagu zikir
• Nada yang rendah, sesuai untuk
tempat seperti surau.
• Baris pertama :intonasi panjang dan
tinggi pada suku kata pertama,
intonasi pendek dan rendah pada
suku kata kedua.
• Baris kedua : intonasi pendek dan
rendah pada suku kata pertama,
tinggi dan panjang pada suku kata
kedua.
• Diulang pada suku kata ketiga dan
keempat hingga ke akhir.
• Suku kata yang akhir setiap baris
diberi penekanan, lebih ditinggikan
dan dipanjangkan.
• Melodi terbuka dan mudah
disesuaikan dengan bilangan suku
kata nazam.
Lagu Nasyid
• Lagu lebih rancak dan nada yang
lebih tinggi.
• Mewujudkan kemeriahan tetapi
lembut dan terkawal sesuai dengan
senikata yang berunsur keagamaan.
• Lagu yang dikenali sebagai Abdaubis
yang berasal dari berzanji.
• Diserapkan ke dalam lagu-lagu
moden untuk menarik minat generasi
muda.
• Dinyanyikan juga oleh kaum wanita
semasa mendodoikan anak.
• Terdapat lagu-lagu nazam yang
dinyanyikan di dalam upacara
berendoi seperti Dendang Siti
Fatimah atau Dondang Siti Fatimah.
• Di Pahang dan beberapa tempat lain,
acara berendoi disebut sebagai
bernazam.
Adab membaca
• Dimulakan dengan duduk tertib
• Memberi salam
• Membaca bismillah,
• Berselawat atas nabi.
Cara Penyampaian Nazam
• Secara beramai-ramai atau
perseorangan oleh penuntut-
penuntut sekolah agama untuk
memudahkan menghafaz, misalnya
Sifat 20.
• Secara beramai-ramai di masjid atau
surau sambil menunggu masuk
waktu sembahyang tujuannya juga
untuk menghafaz.
• Secara berkumpulan atau koir
• Secara berkumpulan di dalam majlis-
majlis keramaian kenduri kahwin,
berkhatan, khatam Quran, Maulidil
Rasul dan sebagainya.
• Secara berkumpulan sambil bekerja
menganyam tikar dan sebagainya.
• Secara perseorangan ibu-ibu ketika
menidurkan anak.

Anda mungkin juga menyukai