Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya
dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh
banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.
Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku
bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan
berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu
Tingkahlaku bermasalah
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.
Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif,
ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal
ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan
1
masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri
tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah
penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung
kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi
kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi
jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah
Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor
yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan
tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari
memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang
untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah
sentiasa ditukar.
Tingkahlaku disruptif
diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif.
Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan
proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya
perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid,
sedang berlaku.
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid
yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah
2
laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-
Manakala tingkah laku distruptif pula bukan sahaja membahayakan diri sahaja malah
juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir
akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan
klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci,
marah atau dendam. Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif sentiasa menganggu dan
menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku
menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan
sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah
ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran
dan pembelajaran.Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku
destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan
sebagainya.
Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan
membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya
apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang tingkahlaku
bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa
melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh
membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain . Sebagai contoh yang berlaku di
sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera
atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid
hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid aliran
perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising
Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin
ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja.
3
Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah.
Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan
khas jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan
sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap
mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan
banyak bercakap.
Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini,
pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya
memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk
memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan
tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif
ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang
ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan
masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan
mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar
BERMASALAH TERSEBUT.
Cikgu Halimah harus menerima hakikat bahawa punca utama yang menyebabkan
tingkah laku disruptif ialah cara penyampaiannya semasa pengajaran dan pembelajaran yang
kurang menarik. Ditambah pula oleh set induksi yang lemah menyebabkan murid berasa terlalu
sukar untuk memahami keseluruhan aktiviti di dalam kelas. Cikgu Halimah harus menggunakan
pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian
pelajar. Mok Soon Sang (2006), kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
bersistematik dan berlandaskan kepada satu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah
cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
4
Manakala, teknik mengajar boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan
Cikgu Halimah boleh menggunakan kaedah pengajaran Belajar Sambil Bermain bagi
mata pelajaran Sains tahun 5 Bestari. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi
peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal.
Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berminat untuk belajar
bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah
tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menerangkan Kemandirian Spesis Haiwan. Cikgu Halimah
perlu menyediakan cantuman gambar haiwan yang haiwan yang bertelur dan melahirkan anak.
Cantuman gambar tersebut perlu disesuaikan dengan jenis haiwan berkenaan seperti burung,
arnab, angsa, lembu, ikan paus, ikan guppy dan penguin. Murid-murid kelas 5 Bestari akan cuba
memadankan haiwan dan kumpulan jenisnya. Secara tidak langsung aktiviti permainan ini
memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping
Main Peranan
Cikgu Halimah juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam
kelas 5 Bestari. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa
mempunyai skrip. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini perlu diarahkan menjadi
pelakon. Sudah tentu mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan muri-
murid lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu
Menghayati Kepentingan Hubungan antara Hidupan Dalam Siratan Makanan. Murid boleh
melakonkan watak binatang dan tumbuhan dalam sistem siratan makanan. Murid perlu
melakonkan watak tumbuhan berdaun, belalang, arnab, burung kecil dan helang, Setiap haiwan
mempunyai makanan yang tersendiri dan saling memerlukan dalam sistem siratan makanan.
Lakonan sekitar lima hingga tujuh minit sahaja. Di akhir lakonan Cikgu Halimah akan berbincang
5
dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah.
Cikgu Halimah perlu membimbing murid-murid membuat rumusan betapa pentingnya sistem
siratan makanan terhadap haiwan dan tumbuhan yang saling bergantungan antara satu sama
lain.
Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Mok Soon
Sang (2006), tema ini boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang
dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Contohnya bagi mata pelajaran Sains tahun lima iaitu
tajuk Cahaya. Strategi pengajaran tematik juga berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara
kumpulan, khasnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai
tingkah laku disruptif akan dipecahkan. Cikgu Halimah akan membentuk kumpulan yang pelbagai
kebolehan. Seterusnya tema yang sama akan diberi kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan
akan berbincang sesama sendiri mengenai tema Cahaya.. Cikgu Halimah akan memantau setiap
kumpulan. Di akhir perbincangan setiap kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk
Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menumpukan kepada kemahiran Cikgu Halimah
sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam proses
pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan perlu dilakukan
terutamanya di dalam set induksi. Cikgu Halimah mesti menyoal murid yang mempunyai tingkah
laku disruptif berselang seli dengan murid lain. Secara tidak langsung murid dapat mengingati
ilmu pengetahuan yang lepas yang berkaitan contohnya tajuk berkaiatan Tenaga. Di peringkat
perkembangan, soalan demi soalan dikemukakan untuk membantu murid mengikuti pelajaran
dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, soalan ditanya untuk menilai pencapaian objektif.
melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Di dalam mata pelajaran Sains tajuk Pepejal, Cecair
6
dan Gas boleh dilakukan demonstrasi. Alatan radas yang bersesuaian boleh digunakan. Murid
mesti diberi bimbingan apa yang perlu diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti.
Semasa berdemonstrasi, Cikgu Halimah perlu menerangkan sekali lagi jika murid masih ragu-
ragu. Teknik penyoalan tentang sifat ketiga-tiga bahan ini perlu dibuat. Di sini semua pelajar akan
memberi tumpuan kerana teknik tunjuk cara amat diminati terutamanya oleh murid disruptif.
demonstrasi dan membuat rumusan dengan cepat. Aktiviti pengukuhan perlu dilakukan dan
Masalah tingkah laku adalah sebagai perlakuan yang di manifestasikan secara konsisten
dalam satu jangka masa yang lama yang mana ianya akan memberikan kesan buruk dalam
perkembangan pembelajaran murid dan ini boleh menghalang mereka terlibat secara aktif di
dalam atau di luar bilik darjah.Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik
untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Guru boleh
Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku
bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di
dalam bilik darjahnya (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk Kpli,2008). Guru
juga mesti menyimpan rekod salah laku murid-muridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia
berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan
tingkah laku.
Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku
7
PENEGUHAN
Terdapat dua jenis teknik peneguhan iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.
Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku
murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat
Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif,
sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka
kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini
berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas responden
tersebut.
(b) Ganjaran Terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial, sentuhan,
perkataan ( lisan dan bertulis ), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru ( muka
atau badan ).
Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu
tingkah laku operan ( Mok Soon Sang,2006 ) seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan itu berlaku. Contoh yang dibuat oleh Mok Soon
Sang ialah:
Selain daripada aktiviti diatas, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh guru untuk
8
(b) Menjaga binatang peliharaan didalam bilik darjah
(c) 5-10 minit aktiviti bebas (murid boleh membuat apa sahaja aktiviti yang mereka suka)
(d) Menulis satu nota pujian daripada guru kepada ibu bapa murid
(g) Murid dapat mendengar satu cerita yang dirakam oleh guru
Peneguhan Negatif
Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan
peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau
menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan
atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.
Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat
Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari
seseorang individu kerana tingkah laku operannya yang kurang sesuai, seperti mengejek
Peneguhan tersebut yang digunakan tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan
menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.
9
Cadangan Teknik-teknik Pengurusan Modifikasi Tingkah laku di bahagikan kepada
Teknik ini bermula dengan guru dahulu. Ini memandangkan guru akan menggunakan
pendekatan fizikal seperti akan mendekatkan diri mereka dengan murid-murid yang
mempunyai masalah tingah laku ini. Ini kerana jarak yang hampir itu akan memudahkan guru
itu menghampiri dan melihat perlakuan muridnya secara dekat. Guru juga akan
menggunakan pendekatan secara mobiliti fizikal yang mana guru akan berjalan dari depan
ke belakang di dalam kelas sebagai tanda pengawasan di dalam bilik darjah. Guru juga akan
menggunakan ekspresi wajah yang mana ia merupakan satu teknik terbaik khususnya dalam
pengurusan displin kerana dengan menunjukan wajah sahaja pelajar akan faham arahan
guru tersebut.
b. Teknik Pencegahan
Teknik ini di gunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam
bilik darjah. Ketegangan antara pelajar dan guru boleh berlaku jika terdapat tingkah laku
yang bermasalah di dalam bilik darjah. Dengan mengambil tindkan bagi menghindari situasi
ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan
mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Beberapa cara yang baik boleh
juga di lakukan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah antaranya seperti:
mewujudkan iklim positif untuk merangsang dan menggalakan tingkah laku yang
baik.
10
Patuhi peraturan rutin bilik darjah untuk memasuki bilik darjah seperti dengan
memberi salam.
Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang di terima dan
c.Tindakan Pembetulan.
Kategori ketiga teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Ia adalah
cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan
perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan
sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan
keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti berikut:
• Gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh murid yang melanggar peraturan
• Memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat
• Bimbing perlakuan yang tidak baik kearah yang positif kerana lebih banyak murid
belajar perlakuan yang baik , semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang
tidak baik.
• Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka
KESIMPULAN
Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang
serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan
menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan
11
masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh
Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah
kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk
mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah
dihadapi.
Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu
bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang
tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta
12