Anda di halaman 1dari 9

BOLA TAMPAR MENGUMPAN (SETTING)

Konsep mengumpan

Mengumpan atau membuat umpanan

(setting) adalah pergerakan di mana


pemain 'setter' akan menghantar bola

mengikut ketinggian dan arah tertentu


kepada rakannya bagi membolehkannya

pasukan membuat rejaman untuk


memperolehi mata.

Tanpa umpanan yang baik dan tepat

daripada setter, ia akan menyulitkan


perejam.

Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman.

Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup

Aktiviti 1

Mengumpan bola bersendirian Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka ketika menangkap bola.

Lambung bola kemudian lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Aktiviti 2

Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada dinding. Mengumpan bola berpasangan Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan.

Cuba lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak sempat membuat umpanan.

SEKIAN TERIMA KASIH