Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi.
Olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Tujuan diadakan pertandingan olahraga hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lai Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga. Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik. Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik. Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga. Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai
acara trek dan padang pada tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.
CONTOH ACARA- ACARA OLAHRAGA YANG DIPERTANDINGKAN i) Acara balapan a. Lari pecut b. Lompat jauh c. Lari berganti-ganti d. Lompat berpagar
ii)
Acara padang a. Balingan- melontar peluru, merejam lembing b. Lompatan-lompat jauh, lompat tinggi
Bibliografi Aris bin Haji Ujang, B. b. (2003). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Borhannudin bin Abdullah, A. R. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.