Anda di halaman 1dari 3

INTERAKSI DALAM TAMADUN

Maksud Interaksi - saling berhubungan / saling berhubung kait / saling pinjam meminjam nilai-nilai yang ada antara tamadun, saling berkongsi ilmu pengetahuan, proses asimilasi budaya nilai-nilai persamaan sikap / prinsip / dasar - memungkinkan wujud interaksi tamadun - persamaan nilai di antara tamadun-tamadun orang Asia - tamadun Melayu, Cina,India,Jepun Persamaan nilai dari sesi dasar, kesemua Tamadun Asia atau Tamadun Timur diasaskan kepada nilai keagamaan dan akhlak. Contoh: ( Tamadun Cina tidak dapat dipisahkan dari pemikiranKonfusianisme, Taoisme, Mozisme, Budhhisme ) ( Jepun kemajuan tamadun dengan sumbangan Shintoisme,Buddhisme dan Konfusianisme) Dari segi prinsip-prinsip hormat menghormati / persabahatan bukan permusuhan Budaya Islam dan Asia / Timur dalam hubungannya dengan Barat berlaku interaksi Cuma kurang rancak kerana perbezaan nilai/prinsip/ dasar barat melihat tamadun mereka bersifat universal. - budaya mereka adalah budaya dunia, mereka sahaja yg unggul / tidak boleh ada pihak lain mengatasi Barat-tamdun lain perlu tunduk kepada Barat perlu dibaratkan atau dimasukkan nilai-nilai barat, - perlu meninggalkan nilai-nilai tempatan baru dikira bertamadun - lahirlah Barat sebagai kuasa penjajah-penjajah dr sg politik, ekonomi,social. Barat sebagai lawan bukan sebagai kawan-Hubungan Tamadun Islam dgn Tamadun Asia lain wujud interaksi yang serasi,hubungan yang kreatif,asimilasi budaya,kaya memperkayai hasilnya membawa keharmonian dan hormat menhormati.

Kesan Interaksi Antara Tamadun.Kesan Positif 1.Perkembangan ilmu yang mudah dan cepat dan perkembangan ilmu teknologiyang lebih pesat 2.Memperkasakan sesuatu tamadun 3.Mewujudkan hubungan yang harmoni dan toleran antara bangsa2 yg terbabit 4. Menyuburkan tamadun20

Kesan Negatif 1.Wujud budaya rojak tercalar nilai-nilai budaya tempatan pengaruh 2.Tidak dapat dilihat jati diri sebenar 3.Tercabar kewibawaan (pihak yg menerima ) 4.Wujud budaya/nilai/unsur yg bercanggah dengan agama

Interaksi Tamadun Melayu Dengan Tamadun India Interaksi ini bermula abad ke-3 S.M. Interaksi ini bermula apabila pedagang Melayu belayar menyeberangi Teluk Benggala bagi mencari barang dagangan seperti kain dan logam serta objek-objek yang boleh menggambarkan simbol dan status sosial, sambil memperdagangkan rempah ratus. Kemudian, interaksi ini berterusan apabila pedagang dari India datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan emas. Para pedagang India pada masa itu menggelarkan bumi Melayu sebagai Suvarnabumi yang bermaksud tanah emas. Bukti berlakunya interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun India berdasarkan catatan pada bahan bertulis dari india yang menyebutkan tentang Malayadvipa atau Semenanjung Melayu. Hasil interaksi ini, tamadun Melayu lebih banyak menerima kesannya. Kesan paling ketara ialah pengaruh dari segi pemikiran iaitu pegangan dan kepercayaan. Hal ini kerana, interaksi ini menjadi titik tolak kemunculan agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu. Pada awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan anamisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan alam semulajadi. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini tertumpu pada golongan atasan dan menumpukan selok-belok upacara agama. Bukti kedatangan agama Hindu dan Buddha pada ketika itu ialah, peninggalan Candi Bukit Patu Pahat di Lembah Bujang dan imej Buddha diperbuat daripada gangsa di Lembah Bujang. Tamadun Melayu juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke Tamadun Melayu menerapkan adat resam dan budaya orang India. Kedatangan agama ini mempengaruhi gaya hidup penduduk tempatan. Antaranya, amalan jampi dan mentera, melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai. Dari segi bahasa pula, tamadun mengalami pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari

pembelajaran kitab Hindu yang ditulis dalam bahasa tersebut. Buktinya ialah, penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno. Jadi, jelas bahawa, interaksi antara tamadun Melayu dengan Tamadun India banyak memberi impak kepada tamadun Melayu. Kesannya dapat dilihat sehingga kini. http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/09/interaksi-tamadun-melayu-dengantamadun.html

Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu.Melalui aktiviti perdagangan.Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu sertamunculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu,Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hiduporang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalamperkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

http://www.slideshare.net/IfHim/interaksi-antara-tamadun

http://www.slideshare.net/CtYanti/interaksi-antara-pelbagai-tamadun