Anda di halaman 1dari 2

Kesimpulan Secara keseluruhannya Program Lawatan Pengurusan dan Pentadbiran Sukan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Banyak hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan yang kami pelajari sepanjang lawatan ini dijalankan. Khususnya sebelum dan semasa program ini dilangsungkan. Contohnya, sebelum kami memulakan program ini kami telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk merancang dan memastikan segala keperluan dan urusan surat menyurat sampai kepada pihak yang yang kami lawati. Semasa program ini dilangsungkan pula kami banyak mendapat input-input berguna yang berkaitan dengan pengurusan organisasi daripada pegawai-pegawaI yang bertugas di tempat-tempat yang telah kami lawati. Selain itu, banyak ilmu baru yang kami pelajari semasa program ini berlangsung sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Salah satunya ialah dari aspek perancangan dan pelaksanaan program ini sendiri di mana tugas-tugas yang diamanahkan secara tidak langsung mendidik kami untuk menjalankan tugas tersebut dengan cara yang betul dan penuh dedikasi. Disamping pelaksanaan tugastugas ini kami turut belajar untuk bekerja sebagai satu kumpulan di mana nilai kerjasama yang diketengahkan sangat berguna untuk kami aplikasikan di sekolah kelak. Kami sedar betapa komitmen terhadap kerja sangat penting bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Namun demikian program ini bukannya menandakan bahawa kami sudah arif dengan bidang pengurusan kerana masih banyak aspek-aspek lain yang perlu kami pelajari. Sebagai satu kumpulan kami berpendapat terdapat beberapa aspek yang perlu di tambah baik pada masa akan datang terutamanya dari aspek perhubungan di mana kami mendapati terdapat beberapa kelemahan bukan sahaja dari pihak peserta lawatan tetapi juga aspek perhubungan diantara pegawai yang bertugas di tempattempat yang kami lawati. Salah satu kelemahan tersebut ialah pihak yang dilawati hanya dapat dihubungi pada saat-saat akhir dan masalah ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap segala persiapan kami sebelum bertolak untuk memulakan lawatan. Sebagai cadangan, tempat-tempat yang dilawati perlu dihubungi lebih awal supaya memastikan pihak mereka dapat bersedia lebih awal dan ahli jawatankuasa

program dapat menyelaraskan aktiviti-aktiviti dengan lebih teratur pada masa akan datang. Pengalaman menganjurkan dan melaksanakan program ini sangat bermakna bagi kami kerana kami dapat menggunakan pengalaman ini untuk diaplikasikan apabila bertugas sebagai guru kelak. Penganjuran program ini memberi kami pengalaman langsung dan memberi peluang untuk mengaplikasikan teori-teori yang kami pelajari semasa kuliah. Walaupun terdapat beberapa rintangan yang kami hadapi sebelum dan semasa program ini dijalankan kami tetap bersyukur kerana rintangan-rintangan tersebut mengajar kami untuk menjadi lebih matang dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk program-program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Semoga dengan selesainya program ini, kami akan lebih peka dengan tugas dan peranan kami sebagai seorang pendidik yang akan keluar bertugas di tempat yang sebenar iaitu di sekolah kelak. Semoga pengalaman ini membantu kami untuk memantapkan lagi kemahiran khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dan dalam menguruskan program-program lain seperti majlis anugerah murid dan sebagainya amnya. Kami merakamkan setinggitinggi penghargaan di atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarahpensyarah yang terlibat dalam pengurusan program ini dan tugasan ini dan juga kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada PISMP Ambilan Januari 2010.