Anda di halaman 1dari 18

1

1.0

Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competence) dalam melaksanakan proses PdP dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya ialah:a) b) c) d) e) f) g) Perancangan mengajar Pelaksanaan pengajaran Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai Pengayaan dan pemulihan Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran Pengurusan bilik darjah Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut:a) b) c) d) e) Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif PdP secara eksplisit Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

f) g) h)

Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses PdP. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP serta aktiviti luar kelas. Ini bermakna bahawa proses PdP yang berkesan memerlukan guru memilih

pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk memastikan murid dapat memahami suatu topik pengajaran matematik dengan berkesan seperti berikut : MODEL PRINSIP DAN TEORI PEMBELAJRAN KAEDAHKAEDAH STRATEGI PENGAJARAN

PENDEKATA N

TEKNIKTEKNIK MENGAJAR

AKTIVITI

2.0

Pendekatan Pengajaran Matematik Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran matematik yang berkesan dan mampu meningkatkan kefahaman konsep pelajar terhadap suatu maata pelajaran, terdapat pelbagai pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Antaranya adalah pendekatan kontekstual. Dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik yang menekankan kepada penggunaan pendekatan kontekstual, terdapat beberapa proses atau peringkat pelaksanaan aktiviti P&P Matematik dengan menggunakan pendekatan ini yang 3

dikenali sebagai proses REACT (Hull. D, 1997). REACT juga adalah ciri utama yang perlu diutamakan oleh guru dalam menggunakan pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP. Oleh itu, berikut adalah menerangan berkenaan dengan proses pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP Matematik:1) Proses Menghubungkait (Relating) Proses pertama dikenali sebagai proses menghubungkait pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk seperti tajuk Wang dan perlu menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar ke dalam topik yang dijalankan ini. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Contohnya, menghubungkaitkan proses perbelanjaan murid semasa membeli makanan di kantin sekolah. Katakan murid mempunyai wang sebanyak RM3.00 dan telah membeli makanan dan minuman yang berjumlah RM2.50, maka baki wang murid yang masih tinggal adalah 50 sen. Ini bermakna bahawa pengalaman sedia ada murid yang dilakukan setiap hari dapat dihubungkaitkan dan diaplikasikan sebagai contoh dalam menjalankan aktiviti kontekstual. 2) Proses Pengalaman (Experiencing) Peringkat atau proses kedua dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam aktiviti P&P Matematik adalah peringkat pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997). Ini bermakna bahawa guru memberikan satu pengalaman baru kepada murid tentang topik pengajaran yang dijalankan.

Dalam pelaksanaan aktiviti PdP untuk topik Wang misalnya di mana guru boleh mengemukakan satu situasi dan menggambarkan murid berada dalam situasi tersebut. Contohnya murid diberikan RM1,000 untuk menjalankan satu akiviti di sekolah seperti membuka gerai makanan. Dalam menyelesaikan perkara ini, maka murid akan membahagi-bahagikan wang tersebut kepada beberapa perkara untuk mencapai matlamat mereka untuk membukan gerai makanan. Secara tidak langsung, pengalaman baru yang didedahkan kepada murid akan dapat meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid. 3) Proses Aplikasi (Applying) Proses ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah peringkat aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam aktiviti kehidupan murid pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar. Contohnya seperti murid diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk membeli barangan di kedai runcit yang meliputi beras, gula, dan sebagainya. Untuk itu, murid diberikan wang berjumlah RM50 untuk mendapatkan makanan tersebut. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari, maka murid akan dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada ke dalam keadaan sebenar. Dengan cara seperti ini juga, kefahaman murid dalam menguasai topik Wang akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini bermakna bahawa peringkat ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual ini adalah sebagai satu langkah yang akan dapat memastikan murid tidak akan menghadapi masalah dalam suatu keadaan atau situasi pada masa akan datang.

4) Proses Kerjasama (Cooperating) Peringkat keempat dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual untuk topik Wang ini adalah peringkat kerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan. Dalam erti kata lain, guru merancang satu aktiviti yang akan dapat meningkatkan kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan suatu masalah atau situasi. Contohnya seperti guru memberikan satu situasi di mana murid dikehendaki untuk mengira atau menyatakan jumlah perbelanjaan mereka dalam tempoh sebulan yang meliputi beberapa bentuk perbelanjaan. Kesemua bentuk perbelanjaan ini perlu direkodkan dan dijumlah di akhir aktiviti perbincangan. Ini adalah untuk memastikan murid akan dapat bekerjasama semasa mereka dalam menyelesaikan suatu tugasan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep Wang dengan lebih jelas. 5) Proses Pemindahan (Tranferring) Peringkat terakhir dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah proses pemindahan iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam pendekatan pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Contohnya seperti menjalankan pelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan topik Wang untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik ini. Pada peringkat ini juga, guru perlu mengajukan pelbagai bentuk persoalan kepada murid yang akan dapat merangsang murid untuk berfikir dan menjana idea untuk menyelesaikan atau menjawab setiap latihan yang diberikan. Dengan cara seperti ini juga, proses meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang dibincangkan akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa pelaksanaan pendekatan kontekstual perlu melaui lima peringkat atau proses yang dinyatakan di atas. setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu yang mana akan dapat membantu murid memahami suatu topik pengajaran dengan lebih cepat dan kekal seperti mana kefahaman mereka terhadap suatu topik pengajaran matematik seperti topik Wang yang telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kontekstual. Sekiranya proses ini tidak ditekankan dalam melaksanakan pendekatan kontekstual ini, maka usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap topik Wang ini tidak akan dapat dicapai dengan berkesan. Sebaliknya, guru akan memerlukan masa yang lebih lama untuk memastikan murid dapat menguasai topik ini dengan sebaiknya.

3.0

Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik Bagi kaedah dan teknik pengajaran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Contohnya seperti kaedah pengajaran berasaskan masalah (PBM). Kaedah PBM adalah kaedah pengajaran yang mana aktiviti PdP dimulakan dengan mewujudkan satu masalah atau persoalan di awal aktiviti PdP untuk difahami maksudnya (Mok Soon Sang, 1998). Penggunaan kaedah PBM ini juga lebih berkonsepkan pelaksanaan aktiviti PdP yang banyak menyelesaikan pelbagai soalan matematik. Oleh itu, kaedah PBM ini telah digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviit PdP untuk topik wang yang

menjadi salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik tahun 5. Daripada pelaksanaan aktiviti PdP guru, maka berikut adalah proses pelaksanaan kaedah PBM ini juga telah dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti PdP yang dijalankan:1) Peringkat Membina Masalah Pelaksanaan kaedah PBM ini perlu dimulakan dengan membina dan mewujudkan satu persoalan dan masalah yang perlu difahami oleh murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan (Boud dan Fletti, 1991). Semasa guru ingin membina soalan atau masalah, guru perlu memastikan agar masalah yang dibina dan dibangkitkan tersebut perlu sesuai dengan topik pengajaran yang dijalankan. Dalam pada itu, masalah yang dibangkitkan juga perlulah mempunyai maksud tersirat tentang topik pengajaran yang dijalankan. Ini penting agar murid dapat berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan dan ini adalah elemen penting untuk menjayakan pelaksanaan kaedah PBM ini. Perkara ini juga turut dilakukan oleh guru di mana beliau telah membina satu persoalan atau masalah yang bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Berikut adalah masalah yang telah dibina oleh guru di peringkat awal pelaksanaan aktiviti PdP:Kita sangat memerlukan perkara ini untuk memenuhi pelbagai keperluan kehidupan. Tanpa perkara ini, kita tidak akan dapat menjalani kehidupan untuk dengan sempurna. Kita memerlukannya untuk makan, beriadah, berbelanja dan sebagainya. Kita juga memerlukannya semasa hendak ke sekolah. Tanpanya, kita tidak akan dapat membeli makanan di kantin sekolah. Dalam persoalan ini, guru telah menggantikan perkataan wang dengan istilah perkara agar tidak memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Dengan menggunakan istilah seperti ini, maka murid akan dapat berfikir tentang aktiviti PdP yang akan dijalankan.

2)

Peringkat Menghubungkait Setelah murid diajak untuk berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan, peringkat pelaksanaan kaedah PBM adalah dengan menghubungkaitkan masalah tersebut dengan pengalaman sedia ada murid dan juga topik pengajaran yang akan dijalankan (Noraini Idris, 2005). Semasa proses ini dijalankan, guru perlu memberi penerangan ringkas kepada murid tentang topik yang diajarkan seperti penerangan guru tentang topik wang yang akan diajarkan kepada murid. Pada peringkat ini juga, guru juga turut menjelaskan kepada murid beberapa persoalan lain yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini adalah untuk memastikan agar murid dapat memahami topik pengajaran dengan lebih jelas sebelum guru meneruskan proses pengajaran ke peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini juga, guru turut mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid yang bertujuan untuk memastikan murid mendapat gambaran yang lebih jelas tentang topik wang yang akan dibincangkan. Secara tidak langsung, proses menghubungkait masalah yang dibangkitkan oleh guru dengan topik pengajaran dan pengalaman sedia ada murid, akan memudahkan lagi murid untuk memahami topik wang.

3)

Peringkat Penerokaan dan Perbincangan Setelah murid didedahkan dengan maklumat dan informasi yang berkaitan dengan topik pengajaran yang akan dijalankan, proses pelaksanaan kaedah PBM yang seterusnya adalah menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan yang mana murid akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai bentuk persoalan yang dibangkitkan oleh guru (Marrison dan Lowther, 2003). Menurut Boud dan Fletti (1991), guru perlu memastikan agar setiap murid melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam proses PdP yang dijalankan. Ini adalah untuk memastikan agar murid dapat mengambil manfaat dan kelebihan daripada proses perbincangan dan penerokaan yang dijalankan.

Keadaan seperti ini turut menjadi penekanan kepada guru yang mana turut menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan di kalangan murid. guru telah menyediakan pelbagai bentuk soalan yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Kesemua soalan ini juga perlu diselesaikan oleh murid menerusi perbincangan dan meneroka pelbagai kemungkinan jawapan bagi setiap soalan yang ada. Dengan menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan seperti ini, murid yang lemah akan dapat dibantu untuk memahami topik wang dengan lebih baik. 4) Peringkat Penilaian Proses penerokaan dan perbincangan yang telah selesai dijalankan oleh murid akan diteruskan dengan proses penilaian yang merupakan peringkat keempat dalam pelaksanaan kaedah PBM. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlulah menjurus kepada objektif pengajaran guru dan juga objektif pelaksanaan kaedah PBM iaitu untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelbagai bentuk soalan matematik yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza (Khairani dan Hazali, 2000). Penilaian terhadap dua aspek ini juga penting dalam memastikan agar setiap aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tidak menyimpang daripada fokus utama yang ingin dicapai dalam mata pelajaran matematik. Oleh itu, guru juga turut menjalankan penilaian kepada beberapa aspek. Antaranya ialah: Guru telah menilai kesemua jawapan yang telah disediakan oleh setiap murid dalam kumpulan perbincangan mereka. Contohnya seperti cara murid menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap soalan, kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid dalam menyediakan jawapan soalan dan seumpamanya. Guru juga turut menilai tahap perkembangan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik wang dengan mengemukakan beberapa persoalan tambahan secara lisan semasa proses menyemak jawapan murid dijalankan. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan membantu guru

10

menilai tahap kefahaman sebenar murid terhadap topin wang yang telah dijalankan. Penilaian juga turut dijalankan ke atas perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang telah dicapai oleh murid semasa proses perbincangan dan penerokaan dijalankan. Oleh yang demikian, tiga aspek penilaian yang dinyatakan di atas telah dijadikan sebagai kriteria utama yang ditekankan oleh guru dalam memastikan pelaksanaan kaedah PBM dapat memberikan kesan yang memuaskan kepada setiap murid. 5) Peringkat Pemindahan Maklumat Proses terakhir dalam pelaksanaan aktiviti PBM adalah proses pemindahan maklumat yang mana guru akan merumuskan aktiviti PdP dengan menjelaskan secara lebih terperinci kepada murid tentang topik pengajaran yang telah dijalankan (Savery dan Duffy, 1995). Semasa merumuskan aktiviti PdP, guru telah menjelaskan semula kepada murid tentang konsep wang yang telah dijalankan. Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan kepada murid tentang cara untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan betul khususnya soalan yang telah dibincangkan oleh murid. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan dapat mengukuhkan lagi pengetahan dan kefahaman murid tentang topik wang yang telah dibincangkan. Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa proses pelaksanaan kaedah PBM menjurus kepada lima proses yang utama. Setiap proses dan peringkat pelaksanaan kaedah PBM ini juga dilaksanakan dengan lebih baik agar dapat membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.

11

HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.

4.0

Kesimpulan Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik, guru boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran. Antaranya ialah kaedah berasaskan web yang mana guru menggunakan laman web dan beberapa perisian pembelajaran berasaskan komputer sebagai medium pengajaran (Mok Soon Sang ,1989). Guru juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah yang mana guru menyatakan pelbagai bentuk masalah yang berkaitan dengan topik Matematik yang diajarkan kepada murid. dalam aktiviti ini, murid perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memastikan setiap masalah dapat diselesaikan dengan lebih dan memuaskan (Khairani dan Hazali, 2000). Selain itu, kaedah pengajaran kontekstual juga boleh digunakan yang mana mengaitkan pengalaman seharian murid dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik (Md. Nor Bakar, 1995). Begitu juga dengan kaedah konstruktivisme yang mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan topik pengajaran matematik yang diajarkan (Noraini Idris, 2005). Kesemua empat kaedah pengajaran ini adalah bentuk dan kaedah pengajaran yang semakin sinonim dengan guru Matematik dalam melaksanakan aktiviti PdP Matematik

12

Jumlah : 2,740 Perkataan Rujukan D Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School, Harper & Row Publisher, New York Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books, New York Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Kennedy, L.M and Tipps, S. (1994). Guiding Childrens Learning Of Mathematic. Belmont: Wadsworth Publishing Company. Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR. Cerdik Publications Sdn. Bhd, Pulau Pinang Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan dalam Matematik. Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 80, Johor Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sek olah Rendah, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor Mok Soon Sang (1989). Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Newman, M. A. (1977). An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical Task. Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 - 258 Ngean, Ng See (1984). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

13

14

RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 2


1. Tarikh 8 April 2013

15

2. Masa

60 minit

3. Tahun

3 UKM

4. Bilangan murid

36 orang

5. Mata Pelajaran

Matematik

6. Tajuk Pengajaran 7. Standard kandungan

Masa dan Waktu Murid dibimbing untuk:9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit. Murid berupaya untuk:(iii) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dangan dan lima minit.

8. Standard Pembelajaran

9. Pengetahuan SediaAda 1. Murid telah mengenali istilah-istilah jam,minit dan waktu. (pagi,tengahari,malam) 2. Murid pernah menyebut waktu dalam jam 3. Murid telah mengenal tanda senggatan minit pada muka jam.

Murid dapat :10. Objektif Pengajaran 1. Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu. 2. Menulis waktu dalam jam dan minit dalam sistem 12 jam sekurang- kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul 11. Isi Pelajaran 1. Menyatakan waktu menjalankan aktiviti harian. 2. Menyatakan ciri-ciri sebuah jam 3. Menyata,Menunjuk dan Menulis waktu dalam bentuk jam

16

dan minit. 4. Latihan pengukuhan, pengayaan dan penilaian.

12. Nilai-nilai murni 1. Jujur, Kreatifdan Cekap dalam pengurusan masa. 2. Konsentrasi, Teliti, Disiplin 3. Semangat bekerjasama dalam kumpulan.

13. Alat Bantu Mengajar

. JamEva,Jam Dinding,Slaid Power Point, LCD Projektor,Laptop, Kad nombor, Pen berwarna ,Lembaran kerja dan Carta.

14. Bahan Rujukan

Bahan rujukan TMK: 1) Bahan Bantu Mengajar berbentuk slaid persembahan MS PowerPoint dan Perisian Permainan . 2) Perisian MS Word dan dokumen-dokumen masa dari Cd Room. Bahan rujukan bukan TMK: a. Buku teks tahun 1, 2 dan 3 dan buku aktiviti. b. Carta dan kad imbasan. c. Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2. berkenaan

15. Langkah keselamatan

1) Guru 2) Guru

mengingatkan menekankan

pelajar nilai

tentang murni

tatacara

belajar

dipersekitaran yang menggunakan projektor. dan memerhatikan pencapaian pembelajaran untuk domain afektif.

17

AktivitiPembelajarandanPengajaran Langka h Set Induksi (5 minit) Menyatakan waktu menjalankan aktiviti 1.Guru menunjukkan Beberapa harian powerpoint menyoal murid: Apa yang kamu lihat Pagi dalam gambar? Bilakah melihat Petang 2.Guru murid bagaimana Malam mengetahui gambar di atas. 3.Guru akan menjelaskan bahawa masa itu amat penting dalam hidup. 2. aktiviti jam. Murid 1.Murid Isi Pelajaran Aktiviti Guru AktivitiMurid

ABM, Nilai,KBKK, Strategi

menyatakan Laptop dan masa tersebut Jujur,kerjasama gambar dan amanah, ketelitian akan Menjana idea jawapan Kaedah Penyoalan

aktiviti waktu

melalui slaid aktiviti dan berdasarkan

yang ditunjukkan.

kamu memberi

tersebut dilakukan? meminta menyatakan cara masa

aktiviti-aktiviti di dalam

Langkah Menyatakan 1 (15 minit) jam.

1.Guru muka Guru jam akan

akan 1.Murid memberikan model respon dengan dinding. menjawab secara bersoal lisan mengenai ciri-ciri muka jam.

Jam dinding,JamEnov a,Carta

ciri-ciri sebuah menunjukkan

jawab dengan murid Ini apa? Ceritakan apa yang terdapat dalam jam ini.

Jarum Pendek(jam),

Jujur, bekerjasama 2. Murid akan bilang dalam gandaan 5. 18

2.Guru menegaskan terdapat jarum jam pendek,jarum minit