Anda di halaman 1dari 20

2.

0 Kemahiran Prabacaan Kemahiran prabacaan merupakan kemampuan dan tahap kesediaan seseorang murid untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal. Kesediaan dari segi mental bermaksud murid-murid dikenal pasti berupaya untuk mengingat dan memahami perkara yang diberitahu dan mampu menyampaikan pesanan dengan betul kepada orang lain. Dari segi emosi pula, murid dapat dikesan berminat dan seronok dengan bahan-bahan bacaan yang dibekalkan. Kesimpulannya, peringkat prabacaan merupakan satu tahap yang paling penting perlu dilalui oleh murid sebelum mereka mula membaca. Sekiranya murid terus diajar membaca tanpa melalui fasa persediaan dan tahap sepatutnya akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap pembelajaran kanak-kanak.

2.1 Objektif Aktiviti Prabacaan Aktiviti prabacaan dilaksanakan supaya dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat iaitu mnegenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. Selain itu, aktiviti prabacaa juga membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza. Seterusnya, aktiviti ini juga dapat memastikan kanak-kanak mengenal dan menyebut huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Melalui aktiviti prabacaan juga murid dapat menyebut suku kata tertutup dan terbuka seperi mata, bapa, kakak, dan huruf. Aktiviti prabacaan ini juga dapat menjadikan kanak-kanak menguasai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan.

2.2 Faedah Aktiviti Prabacaan Pelaksanaan aktiviti prabacaan memberikan pelbagai faedah kepada kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik, menarik dan teratur kerana ia dimulai dengan peringkat asas membaca. b) Dapat melahirkan murid yang cekap dan berdikari kerana mereka sudah menguasai kemahiran yang telah diajarkan. c) Proses pembacaan lebih mudah diterima dan murid mampu menguasai pelajaran dengan baik malah dapat menguasai kemahiran membaca pada usia muda. d) Murid akan lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolah kerana sudah dapat menguasai kemahiran membaca. e) Dapat memupuk minat membaca pada usia muda kerana mereka dapat membaca dengan cepat dan lancar.

2.3 Bentuk Prabacaan 2.3.1 Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan satu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari serta ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan serta boleh diajar kepada kanak-kanak lemah agar dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:43) pengamatan membawa maksud proses pengawasan atau penelitian. Pengamatan juga dapat

didefinsikan sebagai proses yang memberikan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita. (Khairuddin Mohamad, 2011:15).

Penerimaan

Proses Data

Tindak Balas

Rajah 1.0 Proses Pengamatan Noresah Baharom et. al. Pengamatan juga memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera. (Noresah Baharum et.al, 2000). Selain itu, Janet W. Learner (1971) dalam bukunya berjudul Children With Learning Disabilities memberi pendapat mengenai takrif pengamatan sebagai satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses pengamatan bermula apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh dikesan oleh lima organ-organ deria, iaitu mata (melihat), telinga (mendengar), hidung (menghidu), lidah (merasa) atau kulit (menyentuh). Hal ini bermakna, pengamatan merupakan satu proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat. Menerima Rangsangan Merakam Maklumat

Bertindak Balas (Respon)

Memproses Maklumat

Rajah 1.0 Proses Pengamatan Janet W. Leaner

2.4. Komponen dan Bentuk Pengamatan Terdapat pelbagai aktiviti prabacaan yang boleh dilaksanakan oleh guru agar dapat membantu murid-murid sebelum mereka mula mengenal lambanglambang huruf, menyebut suku kata, perkataan dan membaca ayat. Antara berikut merupakan komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan: i. ii. iii. Penglihatan Pendengaran Pergerakan tangan dan mata

2.5 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan 2.5.1 Aktiviti Pengamatan Penglihatan Menurut Janet W. Learner (1971), pengamatan penglihatan merupakan kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. http://caeser-rio.blogspot.com/2012/07/komponendan-jenis-jenis-pengamatan.html Terdapat 13 ciri yang menggambarkan

seseorang murid itu sedang mengalami kesukaran pengamatan, iaitu lambat membuat pengolahan, sukar kaitkan perkara yang diketahui dengan situasi baharu, cepat lupa, kecenderungan ke arah tindakan terburu-buru, lemah koordinasi motor, tidak mampu membuat keputusan secara am, tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan, sukar dan tidak mahir dalam melaksanakan kerja kreatif, mengharapkan orang lain, banyak menghafal, terlalu lama berfikir sebelum membuat sesuatu, kurang sifat bekerjasama, sering melanggar peralatan di dalam bilik darjah, dan membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti. Punca kelemahan pengamatan pula terbahagi kepada dua, iaitu faktor dalaman (internal) dan faktor luaran (external). Faktor internal bermaksud faktor

dalaman, iaitu faktor kelemahan yang berpunca daripada beberapa kelemahan dalam diri sendiri. Tiga faktor yang menjadi punca kepada kelemahan pengamatan dalaman, iaitu minat dan kecenderungan serta perhatian kanakkanak, keupayaan tenaga, tekanan emosi dan penglihatan, kerosakan pendengaran dan penglihatan. Faktor external pula bermaksud faktor luaran dan dua faktor yang menjadi punca kepada kelemahan pengamatan, iaitu kurang pendedahan dan kurang rangsangan. Aktiviti pengamatan penglihatan ini diajarkan bertujuan untuk melatih keupayaan mata murid-murid mengecam, membeza dan membandingkan

bentuk-bentuk gambar, benda-benda maujud mengikut jenis, warna dan saiz. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan, menyudahkan atau melengkapkan rajah ayau latar vertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang) ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar dan benda tersembunyi. (Lihat Lampiran 1)

a) Diskriminasi Penglihatan Aktiviti membolehkan ini juga dikenali sebagai visual yang bertujuan nombor untuk dan

murid-murid

membezakan

perkataan,

huruf,

perkataan yang hampir sama serta melatih murid mencari ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat pada objek, gamabr, huruf, nombor, perkataan dan corak. Komponen ini terbahagi kepada dua, iaitu diskriminasi yang sama dan diskriminasi yang tidak sama. i. Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama Contoh 1: Bulatkan gambar yang sama

Rajah 1.0: Diskriminasi yang Sama ii. Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama Contoh: Bulatkan yang ganjil

Rajah 2.0 Diskriminasi yang Tidak Sama

b) Ingat Kembali Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratin gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gamabr lain yang sepadan dengan kad gambar. Contoh: Lihat dan ingat bentuk

c) 2.5.1.3 Orientasi Kedudukan Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kebolehan murid untuk membezakan kedudukan sesuatu bentuk atau gambar. Beberapa keeping gambar yang mempunyai ciri yang sama tetapi berbeza kedudukannya diberikan, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza.

Contoh Arahan: Bulatkan gambar yang ganjil

d) 2.5.1.4 Turutan Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengingat sesuatu mengikut susunan seperti urutan peristiwa pada gambar, huruf dan nombor. Contoh 1 Arahan: Lihat gambar 1 kemudian lengkapkan gambar 2.

e) Menyudahkan atau melengkapkan Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengenal sesuatu nombor, benda, objek, perkataan atau ayat. Cara menguji adalah mengemukakan gambar yang tidak sempurna seperti bahagian kepala haiwan yang dipisahkan daripada bahagian ekornya. Murid diminta menyudahkan gambar berkenaan dengan cara memadankan gambar kepala dan ekor yang paling sesuai. f) Rajah dan latar bertindih

Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah. Murid dikehendaki melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.

g) Koordinasi mata dan tangan Aktiviti ini menguji kebolehan murid menyelaras pergerakan motor dan tangan. Murid diminta untuk meletakkan jari telunjuk pada anak panah dan gerakkan jari ke hadapan hingga tamat. Pastikan jari tidak mengenai kiri dan kanan sempadan laluan berkenaan. Jika ruang kecil, boleh menggunakan pensel sebagai ganti jari. Guru boleh meningkatkan tahap kesukaran aktiviti ini mengikut kemampuan murid.

Contoh Arahan: Letakkan jari dan ikut anak panah.

h) Pertalian jarak (ruang)

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kebolehan murid untuk membuat agakan sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan secara hubungan antara satu objek dengan objek lain. Dalam aktiviti ini, kad imbasan yang mengandungi pelbagai susunan titik digunakan sebagai bahan rangsangan. Murid diminta untuk

menggariskan mana-mana dua titik yang paling hampir, paling jauh atau gabungan kedua-dua jarak sehingga menghasilkan pelbagai corak. Murid boleh menggunakan akal fikiran untuk menghasilkan corak yang menarik.

Contoh Arahan: bina tiga corak garisan yang menarik.

i) Ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajah Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kebolehan murid mencari imej yang tersembunyi. Dalam masa yang sama, murid dapat mengetahui bahawa sesuatu bentuk, huruf atau nombor mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam apa-apa keadaan.

j) Gambar bersiri Aktiviti ini bertujuan untuk menguji ingatan murid untuk mengingat kembali jalan cerita sebuah filem dan sebagainya dari satu babak ke babak yang lain.

k) Pembalikan Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kebolehan murid-murid bagi

membezakan bentuk asal sesuatu huruf, bentuk, nombor, perkataan dan gambar. Guru boleh membina satu aktiviti pembalikan yang mudah dengan menggunting gambar dalam bentuk segi empat sama. Kemudian meminta murid menyusun gambar berkenaan supaya menjadi sekeping gambar yang lengkap dan sempurna.

l) Mazing atau Cari Jalan Keluar Aktiviti ini juga dikenali sebagai kemahiran menyelesaikan masalah yang bertujuan untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan muridmurid. Dalam aktiviti ini, murid perlu memilih salah satu jalan yang disediakan supaya penunggang basikal dapat pulang ke rumahnya dengan selamat.

Contoh 1 Arahan: Bantu penunggang basikal ini balik ke rumah.

Contoh 2 Arahan: Bantu rama-rama ini untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.

m) Benda tersembunyi Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kebolehan murid-murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak. Berdasarkan sekeping gambar, murid-murid diminta untuk mengesan semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan.

Contoh Arahan: Cari objek tersembunyi (Pensel, Topi, Baldi, Huruf S dan Kasut)

2.5.2 Aktiviti Pengamatan Pendengaran Kemahiran mendengar amat penting kepada murid-murid kerana kesilapan mendengar akan memberikan kesan yang amat besar, sama ada kepada orang yang bercakap mahupun kepada orang yang mendengar. Guru perlulah mengajar kemahiran mendengar keranan aktiviti ini mengajar muridmurid agar mereka tidak salah menerima dan menyampaikan pesana dan ia akan membantu murid-murid dalam memberikan fokus kepada pembelajaran dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan. Abdul Aziz Abdul Talib (2000:72), menjelaskan mendengar merupakan aras dalam pembelajaran lisan. Oleh itu, kemahiran mendengar perlu diajarkan kepada murid-murid di sekolah agar mereka tidak salah menerima dan menyamapaikan pesanan. Semakin tinggi pelajaran murid-murid tersebut, maka semakin penting kemahiran mendengar itu perlu dikuasai. Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan

pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi. (Lihat Lampiran 2)

a) Diskriminasi Pendengaran Aktiviti ini adalah bertujuan untuk melihat keupayaan urid-murid

mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar. Contoh1 : Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama Dengar bunyi dan nama haiwan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbeza Dengar bunyi dan namakan haiwan

b) Penerimaan Pendengaran Tujuan aktiviti ini adalah melihat keupayaan murid-murid, memperolehi atau mendapat makna daripada perkara yang didengar atau secara lisan. Misalnya, aktiviti meneka bunyi yang didengari secara langsung dengan pandnagan mata yang terhad atau mata tertutup. Aktiviti ini memerlukan murid

mendengar dengan teliti, focus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. c) Perkaitan pendengaran Aktiviti ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Misalnya, aktiviti murid melakonkan watak emosi sedih dan gembira dan rakan-rakan yang lain diminta menceritakan gambaran emosi yang dilakonkan. d) Ingatan pendengaran Aktiviti ini membolehkan murid-murid mengingati perkara yang telah didengar kemudian mengulanginya. Hal ini dapat dilihat dalam permainan surat berantai, orang pertama akan membaca mesej asal yang diberi guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang kedua, manakala orang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang terakhir akan menulis semua mesej yang diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas guru adalah menyemak dan membanduingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.

2.5.3 Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata Aktiviti pergerakan tangan dan mata juga penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakkan tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Aktiviti ini juga membantu murid-murid meningkatkan kemahiran motor halus dan kognitif murid-murid. Melalui aktiviti ini, jari-jari dan tangan murid-murid perlu dilatih untuk memudahkan mereka memegang pensel dan alat tulis yang lain apabila mereka menulis nanti. Terdapat empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu melakukan latihan

pergerakan tangan, menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa, melakukan latihan pergerakan mata dan melakukan latihan kordinasi tangan dan mata. Aktiviti menyambung titik dan aktiviti menyalin corak adalah dikenal pasti sesuai untuk tujuan tersebut. Sebagai contohnya, aktiviti menyambung titik dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan

menggunakan pensel warna antara titik pada garisan mengikut urutan abjad yang disediakan. Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan gambar yang mempunyai bilang titik sedikit kemudian gambar yang mempunyai titik sederhana banyak sehingga ke peringkat yang sukar dan rumit. Aktiviti seperti ini akan berlaku latihan kordinasi tangan dan mata secara tidak langsung.

Rajah 3.0: Aktiviti menyambung titik pelbagai aras kesukaran

Kriteria-kriteria Pembinaan Bahan Aktiviti Pengamatan Kriteria pertama yang harus dipertimbangkan dalam pembinaan bahan untuk aktiviti pengamatan adalah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut. Ketahanan yang dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau kelompok pelajar yang diajar. Hal ini adalah bertujuan agar alat tersebut dapat digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu. Selain itu, kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kos yang digunakan untuk pembinaan bahan seharusnya sesuai dengan keadaan kewangan sekolah. Kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar bukan bergantung kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang. Bahan-bahan yang dibina atau dihasilkan boleh diambil daripada bahan-bahan terbuang atau dibina oleh pelajar sendiri dengan bantuan guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu pengurangan kos tetapi turut menyumbang kepada perkembangan daya cipta pelajar. Bahan bantu mengajar yang dibina juga perlu mempunyai kriteria mudah alih. Hal ini disebabkan untuk memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakannya dengan baik. Bahan bantu mengajar perlu dibina dengan mengambil kriteria tersebut kerana kadangkala bahan tersebut perlu dipindahkan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Kriteria ini penting dalam pembinaan bahan kerana ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang mudah dengan menggunakan ruang, masa dan tenga yang minimum. Saiz atau pengelolaan kelas juga merupakan salah satu kriteria dalam pembinaan bahan bantu mengajar bagi aktiviti pengamatan. Bahan binaan yang dihasilkan atau dibina tidak boleh terlalu kecil. Misalnya dalam aktiviti pengamatan penglihatan, guru perlu memastikan bahawa bahan yang dibina itu boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh iaitu kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan dengan jelas. Guru juga

perlu memikirkan cara bahan tersebut digunakan dalam situasi pembelajaran secara kelas, kelompok atau individu. Kriteria-kriteria seterusnya dalam pembinaan bahan bantu mengajar adalah dari aspek keselamatannya. Bahan bantu mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar

kemungkinan mencederakan para pelajar. Contohnya, dalam aktiviti pergerakan tangan dan mata, guru diminta untuk merancang aktiviti yang tidak melibatkan pelajar untuk memegang gunting untuk menggunting sesuatu. Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu kepentingan utama dalam binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna hijau untuk rumput segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam dunia sebenar. Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh itu, guruguru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan dalam tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak berlaku.. Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan bahan bantu mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini adalah kesatuan dan bukan terpisahpisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna. Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuan melalui bahan bantu mengajar tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan ialah pengajaran dan pembelajaran haruslah menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Peringkat pramembaca merupakan antara pendidikan terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah pengetahuan baru dan

sentiasa menyedari akan kewujudan dan kepentingan mereka dalam kehidupan lingkungan manusia. Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap bahan bantu mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi bahan bantu mengajar untuk pelajar.

4. Kemahiran Pratulisan Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda yang sedia ada di persekitaran murid dengan menggunakan bahan yangboleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Contengan ini boleh dilakukan secara bebas atau secara terkawal. Pratulisan merupakan satu kemahiran di mana murid-murid berupaya menggunakan alat tulis dengan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh sebab itu, kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi mental dan fizikalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Dengan kata lain, pratulisan merupakan satu tempoh di mana murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam kemahiran pratulisan,murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis. Kemahiran ini termasuklah penguasaan kemahiran pergerakan tangan atau mata serta koordinasi antara tangan dan mata bagi memudahkan aktiviti tulisan. 4.3 Objektif Kemahiran Pratulisan