Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK RANTAU PANJANG

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rantau Panjang telah memulakan


operasi pada 3 Januari 2007. Seorang guru merangkap Penyelaras Program
iaitu Pn. Nor Shakiah Binti Hussain telah ditempatkan di program baru ini.
Bermula dengan kelas yang kosong dengan 4 orang murid, program ini
dijalankan dalam keadaan serba kekurangan. Sedikit demi sedikit, program ini
diperbaiki dari segi keceriaan, pengurusan dan perjalanan kelas.
Pada Jun 2007, program ini telah menerima seorang Guru Sandaran, Pn.
Azida Bt. Badarudin dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Cik
Syafini Syuhadah Bt. Said. Bilangan murid juga kian bertambah dari bulan ke
bulan. Pada akhir 2007, bilangan murid telah bertambah kepada 9 orang.
Sehingga ke hari ini, program ini telah mempunyai seramai 16 orang
murid, 4 orang guru dan 2 orang PPM.

4 orang Permata Penyeri Yang Pertama


Adik Farhana, Adik Majeed, Adik Mohd & Adik Ikhwan

Kenangan Mengadakan Lawatan Ke Zoo Taiping – November 2007

Anda mungkin juga menyukai