PELANCARAN BULAN ANTI DADAH 2009 Pelancaran Bulan Anti Dadah 2009 peringkat sekolah telah diadakan pada

13 Mac 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, di antaranya ialah pertandingan mewarna, ceramah, kuiz dan sajak. Murid-murid PPKI SKRP telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, semua peserta dari kelas PPKI telah berjaya mewarnakan gambar yang diberi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Adik Muhammad Ikhwan Shafiq B. Ismail.

Adik Ikhwan Shafiq sedang leka mewarna gambar yang diberi.

Kelihatan sebahagian murid PPKI sedang tekun mewarna.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful