Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEM BERSEPADU (UNIT BERUNIFORM) DI TAMAN PERTANIAN KUANTAN, PAHANG. KUMPULAN PISMPAMBILANJANUARI 2011.

1) Tarikh : 27 ogos- 30 ogos 2012 Tempat : Taman Pertanian, Kuantan, Pahang Unit terlibat : Pandu Puteri Kadet, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit merah, Pengakap dan Puteri Islam Bilangan pelajar : 121 orang Kem Komanden : En.Ahmad yani Pemimpin : 1) En.Saharuddin 2) En.Ghazali 3) En.Saharom

Objektif perkhemahan ini diadakan antaranya ialah memberi peluang kepada para pelajar meningkatkan kemahiran mengurus pasukan unit beruniform, mengaplikasi kemahiran merancang program dan melaksanakan aktiviti

perkhemahan unit beruniform serta memupuk daya tahan dan kepimpinan dalam kalangan guru pelatih.

HARI PERTAMA Guru belatih yang berhampiran dengan Kuantan datang ke tempat perkhemahan dengan sendiri. Sebahagian daripada guru pelatih diberikan pengangutan bas untuk pergi ke tapak perkhemahan. IPG telah menyediakan sebanyak empat buah bas dan sarapan pagi. Semua guru pelatih bagi setip unit uniform telah meletakkan barangan makanan dalam bas.

Pada pukul 2 lebih kami telah sampai ke destinasi. EN.Ahmad Yani telah memberi penerangan tentang tempat perkhamahan dan keselamatan guru pelatih. Makan petang telah disediakan oleh IPG dan makanan malam kami masak ikut

jadual yang ditetapkan oleh pengerusi PBSM. Pada waktu malam kami diberikan tentang tentative kem bersepadu.

HARI KEDUA

Pagi awal kami melakukan acara naik bendera dan mengambil sarapan pagi. Sepanjang perkhemahan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antara aktiviti yang melibatkan semua unit beruniform secara gabungan ialah Salam Perkenalan, Kawad Kaki, Latihan Ikatan dan Simpulan, Latihan Pertolongan Cemas, Latihan Kepimpinan, Eksplorasi Hutan Bakau dan malam Kebudayaan. Padahari kedua kami belajar 8 ikatan tali dalam unit kami. Setiap guru pelatih mengambil bahagian dalam pertandingan mengikat tali. Kem komanden telah menyediakan pelbagai station bagi setiap guru pelatih maengambil bahagian dalam setiap game tersebut. Pada waktu petang kami melakukan Tressure Hurt di hutan berhampiran. Seperti biasa selepas makan makan kami mengadakan mengimbas kembali aktiviti hari tersebut dengan pensyarah.

HARI KETIGA Aktiviti mengikut unit beruniform juga diadakan. Setiap pasukan mengambil bahagian dalam kawad kaki. Ada awal pagi semua guru pelatih mengikut unit beruniform telah melakukan latihan kawad kaki. Selain itu Pasukan Pandu Puteri Kadet telah menjalankan ktiviti "Backwoodman's Cooking dan Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pasukan Puteri Islam telah mengadakan aktiviti masakan rimba dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah menjalankan aktiviti Latihan Kawad kaki dan Upacara Menaikan bendera. Pertandingan kawad kaki bermula pada pukul 5 petang.

Kadet remaja sekolah telah Berjaya mendapat tempat pertama, pandu puteri tempat kedua dan PBSM mendapat tempat ketiga.

Selepas pertandingan kawad kaki setiap unit telah bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu malam kebudayaan. Setiap unit bruniform telah melakukan aktiviti yang menarik. Persatuan Bulan sabit merah telah meraih tempat pertama dalam malam kebudayaan tersebut. Setiap unti telah mengemaskan barangan unit mereka pada waktu mlam tersebut disebabkan malam terakhir disana.

HARI KEEMPAT

Majlis penutup dijalankan. En.Ahmad Yani telah merasmikan Majlis penutup kem bersepadu Unit Beruniform di Kuantan bagi semester 4.

Semasa perkhemahan ini guru pelatih juga telah berpeluang mengukuhkan kemahiran ikatan denganmembuat ikatan dan simpulan, mengurus aktiviti perkhemahan dan memimpin aktiviti kerohanian

Akhir kata, semoga perkhemahan unit beruniform ini telah menambah pengetahuan, pengalaman dan memantapkan kemahiran perkhemahan selain memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan pelajar dan diharap ia dapat dimanfaatkan ketika memimpin pasukan unit beruniform di sekolah kelak.

Di sediakan oleh, ........................................ (KANIMOLI A/P RAJAH PISMP SEM 4)

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEM BERSEPADU (UNIT BERUNIFORM) DI TAMAN PERTANIAN, KUANTAN, PAHANG. KUMPULAN PISMPAMBILANJANUARI 2011. . LAPORAN SEBELUM KEM BERSEPADU Pada semester kali ini iaitu semester empat, kami telah diwajibkan menjalankan program kem bersepadu unit beruniform. Sebelum itu, seluruh pengerusi setiap unit beruniform telah beberapa kali bermesyuarat untuk

menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program . Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kampus kami telah dijadikan Taman Pertanian, Kuantan, Pahang tempat program kem bersepadu dilaksanakan. Pertama sekali En. Yanni telah tentang tempat tersebut. LAPORAN SEMASA KEM BERSEPADU Kami telah berkumpul di astaka Institut Perguruan seawal jam 8.30 pagi lagi sebelum berlepas ke tempat program. Setelah semua peserta tiba, penyelaras telah memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan ke sana. Disebabkan bilangan peserta yang ramai iaitu 121 orang, ada daripada kami yang ada pengangutan sendiri disyorkan berkongsi kereta untuk mengelakkan kesesakan tempat ketika tiba di Kuantan dan yang lainanya menaiki bas yang disediakan oleh IPG . Kami berlepas secara konvoi tepat pada jam 9.00 pagi dan tiba di Kuantan 5jam kemudian. Kami telah diberi kemudahan mendirikan khemah dan kawasan untuk memasak.selepas mengemas kini barangan dalam khemah , penyelaras telah memberikan taklimat tentang keselamatan dan kerja-kerja yang perlu dilakukan di tempat tersebut. Di antara t ugasan

yang kami laksanakan ialah seperti membersihkan kawasan memasak, dan sebagainya.setelah selesai setiap pengerusi unit beruniform telah

memberikan aktiviti yang akan dilakukan oleh kami. Penghulu kem merupakan Wan dan penghuluwati Rekha. Merreka memberikan sedikit taklimat berkenaan tempat tersebut dan aktiviti yang akan dijalankan.

HARI KEDUA
Aktiviti pada pagi ini dimulakan dengan menaikan bendera diikuti dengan sarapan pagi. Sebaik sahaja selesai bersarapan, kami dalam unit beruniform telah melakukan ikatan dan simpulan dalam unit masing masing. Pengakap telah Berjaya melakukan 8 simpulan yang diajar. Sebaik sahaja mahir dalam ikatan dan simpulan setiap guru pelatih perlu mendapatkan tandatangan daripada pensyarah hari tersebut. Selepas makan tengah hari kami melakukan aktiviti di empat station. Permainan station yang dijalankan ialah mengenal kompus, dan sebagainya. Selepas itu, permainan tressure hurt telah dijalankan. Pada waktu petang upacara turunkan bendera dijalankan oleh KRS. Setelah makan makan, kem komanden telah mengimbas kembali aktiviti yang dijalankan ada hari tersebut dan motif station aktiviti dijalankan.

HARI KETIGA

menaikan bendera oleh PBSM dan bersarapan, kami diberitahu tentang pertandingan kawad kaki. Oleh itu setiap pengerusi unit beruniform telah menjalankan latihan bersama ahli kumpulan mereka. Selain itu, aktiviti masakan rimba juga dijalan dan semua unit beruniform menghantar wakil dari unit mereka. Masakan yang dimasakan dalam masakan rimba adalah karipap, nasi, pisang goring dan sebagainya. Setiap masakan mempunyai citarasa tersendiri. Setelah memakan makanan tengah hari semua guru pelatih bersedia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki. Sebanyak empat jurulatih menjadi sebagai pengadil. Kumpulan yang mendapat tempat pertama ialah Kadet Remaja Sekolah, tempat kedua Pandu Puteri dan tempat ketiga pula PBSM. Setiap unit melakukan kawad dengan baik dan seragam. Apabila berakhirnya pertandingan maka semua guru

pelatih bersedia untuk malam kebudayaan. Malam Kebudayaan dijalan pada waktu malam dan pengerusi bagi unit beruniform menjadi pengadil. Setiap acara yang dijalankan oleh guru pelatih begitu seronok dan meriah. Dalam pertandingan Malam Kebudayaan PBSM memnangi tempat pertama. Sebaik sahaja berakhir majlis maka En. Ahmad yani telah memilih guru pelatih secara rawak dan suruh menyatakan kem bersepadu. Selepas berakhir majlis, kami semua bersedia untuk mengemaskan barang memasak bagi unit kami.

HARI KETIGA

Pagi ini kami mengadakan

majlis penutup kem bersepadu 2012 bagi

semester 4. Dijangkakan majlis akan bermula jam 10.30 pagi. Tepat jam 8 pagi semua peserta dan guru pengiring berkumpul di dewan lengkap berpakaian seragam yang lengkap. Jam 11 pagi, ketua unit gerko EN. Ahmad Yani telah merasmikan majlis penutup kem bersepadu . Majlis pada pagi ini dikendalikan oleh juruacara dari unit pai .Seterusnya ialah pemberian hadiah kepada unit yang menangi pertandingan kem bersepadu. Sebaik sahaja VIP meinggalkan tapak kem, para peserta dikehendaki menanggalkan semula khemah dan membersihkan tapak perkhemahan.

Bas IPG tiba tepat jam 2.00 petang. Para guru pelatih kelihatan sangat keletihan. Sebaik sahaja roda bas mula bergerak, kami pun melayari mimpi indah masing-masing. Kami tiba di IPGKTAA jam 4.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH, ..................................... (HANANDA VELAN A/L MAYANDI PISMP SEM 4 PT)

Bersyukur kepada tuhan atas setiap sesuatu kerana dengan izin -Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program kem bersepadu pada 10 Jun 2012, Unit Pengajian Tamil ambilan Januari. Saya telah menjalankan kem bersepadu ini di Kuantan bersama semua rakan-rakan saya dalam semester 4. Saya dapat menimba banyak ilmu daripada kem yang dilancarkan oleh IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut. Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini. Pertama sekali saya begitu seronok untuk tinggal dalam khemah bersama rakan-rakan saya. Saya dapat berpeluang untuk menjalinkan hubungan silathurahim bersama mereka. Saya juga menolong rakan yang memasak dengan menggoreng ayam, bejenaka dan memcuci periuk. Kem ini

menjadikan saya lebih berani. Contohnya setiap unit beruniform perlu menjaga malam bagi menjaga keselamatan guru pelatih. Saya mendapat peluang untuk menjaga malam bersama rakan- rakan yang lain. Sementelah itu keadaan dan suasana sejuk disana memang menyeronokan lagi. Saya juga memakai rain coat, mandi di bilik air yang begitu kotor. Saya dapat mempelajari bahawa dimanajua kita berada haruslah menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat tersebut. Walaupun pada mulanya saya berasa tidak selesa untuk mandi tetapi setelah itu saya biasa dengan keadaan tersebut. Saya juga Nampak tikus yang besar bekeliaran berhamipiran khemah saya. Selain daripada itu saya dapat mendisiplinkan diri saya. Contohnya, aktiviti kawad yang dilakukan oleh kami perlulah seragam.jikakalau seorang silap maka kawad tersebut akan tidak bagus. Oleh itu, rakan seunit PBSM Baba telah memberi tunjuk ajar bagaimana melakukan kawad dengan baik. Dia mengagihkan kumpulan dan mengawasi gerak geri kami. Segai hasilnya kami mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kawad kaiki. Selain itu saya juga dap mempelajari ikatan dan simpulan tali. Kami semua dalam unit masing masing telah melakukan ikatan dengan menolong satu sama lain. Kawan dari pengakap juga memberi tunjuk ajar untuk membuat ikatan dan simpulan tali tersebut. Saya juga mendapat peluang untuk bermain dalam permainan station, tressure hurt, masakan rimba dan sebagainya. Akhir kata, perkhemahan bersepadu telah memberi banyak pengalaman secara langsung dan tidak langsung. Saya berharap IPG akan mengadakan kem bersepadu seperti ini lagi pada masa kelak. Saya juga dapat

mengaplikasikan pengalaman di kem ini pada masa akan datang.

REFLEKSI
Bersyukur kepada tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan kem bersepadu unit beruniform bagi semester 4 ini. . kem Bersepadu yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Taman Pertanian, Kuantan. Kem bersepadu yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.

kem bersepadu yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika kem bersepadu ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana kem ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang telah

dilaksanakan dalam kem bersepadu ini ialah ikatan dan simpulan tali, permainan station, masakan rimba, kawad kaki, dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok.

Pertama sekali, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 2 pagi telah berkawal di sekitar khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba.

Pengalaman mengikuti program Kem Bersepadu juga banyak mengajar saya

untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin.

Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya ketika di kem bersepadu, saya dan rakanrakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh ketua komanden merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program kem bersepadu ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program kem bersepadu ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada kem yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.