Anda di halaman 1dari 3

IMPLIK ASI B AKA KEP AD A PERKEMB ANG AN MANUSI A

Kesan Baka Ke Atas Perkembangan Manusia Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai swee peas telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut:Fizikal Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu. Mental /Kognitif (Kecerdasan) Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua faktor persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran . Mental /Kognitif (Kecacatan mental) Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34). Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya, penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu. Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak. Individu yang mengidap penyakit TaySachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun. Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)

Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU) Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25) Penyakit kebakaan (Hemophilia) Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi. Rabun warna Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya dari kaum perempuan. Muscular Dystrophy Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini merasa lemah ototototnya yang jelas kelihatan bila berjalan. Kekurangan Enzim G6PD Gen yang terdapat pada kromosom X yang mengawal penghasilan enzim G6PD sangat rendah parasnya. Enzim ini terlibat dalam pemecahan (metabolisma) karbohidrat untuk mengekalkan stabiliti sel-sel darah merah. Pengidap penyakit ini terdedah kepada anemia. Talasemia Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan kecil orang-orang keturunan Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini. Kerdil (Dwarfism) Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. Cartilage yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya pendek. Sindrom Edwards dan Sindrom Patau Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil, telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14). Sahsiah Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu trettret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang. Temperamen yang diwarisi akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu. Maksudnya,

terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Contohnya, kanakkanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997). Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lainlain bentuk persaudaraan. Kematangan Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanakkanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan. Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. Kanak kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada cytoplasm ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan faktor lain.