Anda di halaman 1dari 12

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

LAPORAN PENUH PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG (SKBP) DISEDIAKAN OLEH : GURU PELATIH IPGKDA

1.0

PENGENALAN Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk

mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah yang telah kami pilih ini. Projek ini diberi nama Kemaskini Stor Sukan dan Cat Tiang Gol di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang yang melibatkan kami sendiri iaitu guru pelatih semester 8 dalam menghias dan menyusun atur kembali stor sukan sekolah serta mengecat semula tiang gol yang terdapat di SKBP. 2.0 RASIONAL Stor sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu di ambil perhatian oleh pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu, stor sukan perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu selaras dengan kehendak keperluan semasa. Rasional projek ini dibuat adalah untuk mengemaskini dan menyusun atur kembali stor sukan SK Bukit Pinang agar lebih teratur, kondusif dan memudahkan segala pengurusan keluar masuk barang dilaksanakan. Manakala tiang gol adalah salah satu peralatan yang penting dalam banyak sukan yang cenderung dilaksanakan di sekolah seperti tiang gol bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Justeru, rasional mengecat semula tiang gol adalah bagi tujuan keselamatan dan juga sebagai salah satu cara bagi menambahkan keindahan dan keceriaan sekolah.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

3.0

OBJEKTIF Melalui projek ini, kami berharap akan dapat :i. Menjadikan stor sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang lebih kondusif dan teratur untuk keselesaan guru dan murid. ii. iii. Meningkatkan keselamatan dalam penggunaan alatan sukan. Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan, cara penggunaan alatan di stor sukan dan proses keluar masuk peralatan sukan. iv. v. Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik. Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di stor sukan.

4.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL 5.1 SEBELUM PERLAKSANAAN Berbincang bersama GPK Kokurikulum, Pn. Rohaya mengenai projek yang akan dijalankan. Membuat draf kertas cadangan dan meminta pandangan guru guru. Menyediakan kertas cadangan Projek Kemaskini Stor Sukan dan Tiang Gol. Menyerahkan kertas cadangan kepada Guru Besar SKBP untuk mendapatkan kelulusan.

5.2

SEMASA PERLAKSANAAN Mendapatkan peruntukan daripada sekolah. Membersihkan stor sukan menyusun atur peralatan sukan. Membeli cat dinding, cat kayu dan keperluan keperluan lain yang difikirkan sesuai untuk keceriaan stor sukan. Mengecat tiang gol. Memulakan proses mengecat dinding dan almari stor sukan. Membuat draf banner untuk diletakkan di hadapan stor sukan.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

5.3

Mendapatkan persetujuan daripaka GPK Kokurikulum dan Guru Besar. Memenuhi dan menceriakan papan maklumat kokurikulum di hadapan stor sukan. Membuat label peralatan yang terdapat dalam stor sukan. Menampal label tersebut mengikut kategori.

SELEPAS PERLAKSANAAN Membuat laporan penuh Projek Kemaskini Stor dan Cat Tiang Gol. Membuat refleksi projek. Menfailkan segala maklumat dan laporan bergambar ke dalam fail sekolah.

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

6.0

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROJEK KEMASKINI STOR SUKAN DAN CAT TIANG GOL SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PINANG 6.1 Kemaskini Stor Sukan

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013

6.2 Proses Mengecat Tiang Gol

PROJEK INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8/2013