Anda di halaman 1dari 2

Peraturan permainan petanque 1. Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan yang terdiri daripada 1,2,3 atau 4 orang pemain.

Pasukan yang terdiri daripada 1 atau 2 orang pemain harus guna 3 biji boule (setiap orang) untuk bermain.Manakala, pasukan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang pemain harus guna 2 boule ( setiap orang) untuk bermain.

2. Baling duit syiling untuk memilih pasukan yang mula permainan.Jika kumpulan pertama yang bermula , maka satu pemain daripada kumpulan pertama harus lukis satu bulatan untuk menetapkan tempat permulaan.

3. Pemain tersebut harus berada di dalam bulatan tersebut dan baling jack ke tanah.

4. Seorang pemain daripada kumpulan pertama membaling boule yang pertama ke arah sedekat yang boleh dengan jack.

5. Seorang pemain daripada kumpulan kedua masuk ke dalam bulatan dan cuba untuk membaling boule sedekat yang boleh dengan jack.

6. Jika boule kumpulan kedua lebih jauh dengan jack, maka kumpulan kedua akan bermula membaling pada pusingan kedua. Permainan diteruskan dengan kumpulan yang mempunyaiboule yang lebih jauh.

7. Mata akan dikira jika kedua-dua kumpulan telah habis membaling boule. Mata akan dikira dengan boule yang dekat dengan jack. Dalam contoh di bawah, kumpulan biru ada 3 biji boule yang lebih dekat dengan jack berbanding dengan kumpulan hijau. Maka, kumpulan biru mendapat 3 markah.

8. Kumpulan yang menang akan bermula permainan dahulu. Permainan diteruskan sehingga muncul satu kumpulan yang mengumpul 13 markah.

Anda mungkin juga menyukai