Anda di halaman 1dari 7

KOMPONEN SASTERA (RUJUK BLOG BM : http://bmpmrspm.blogspot.

com
)

A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:

1. Personafikasi:

Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan
benda hidup”.

Contoh:

i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah
perbuatan manusia)

ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah


perbuatan/sifat manusia)

iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:

Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara


langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan
sebagainya”.

Contoh:

i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.

ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.

iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:

Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan


menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan
sebagainya”.

Contoh:

i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.

ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.

iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.

iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inverse:

Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.
Contoh:

i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)

ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)

iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:

Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:

i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.

ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.

iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:

Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan


sahaja”.

Contoh:

i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.

ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.

iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:

Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:

i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.

ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.

iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:

Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:

i. Hatinya mengimbas duka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.

ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.


iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya juga dengan lampu
minyak tanah.

9. Diksi:

Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang
ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)

Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)

Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di
jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)

Hatinya terlalu rindu. Belaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:

Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/


pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokal dalam
sesuatu baris ayat”.

Contoh:

i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.

Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.

Pengulangan vokal “I” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.

Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.

11. Rima akhir:

Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada
sesuatu ayat”.

Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair
dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)

Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)


Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)

Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan
baris 2)

Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)

hati membarah sudah (b)

tetkala pekat malam menjelma (c)

dia hanya mampu (a)

menggalas suka duka kehidupan (d)

ranjau tajam di rantauan (d)

Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:

Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud


berlainan”.

Contoh:

i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)

ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)

iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini.
(kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:

Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan
idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting
1 sahaja)

ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak
sampingan)

iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.

iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat
terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam
Konserto Terakhir)

vi. Watak protagonist : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam
Konserto Terakhir)

vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung
Ledang)

14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan
akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)

Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.

a. Pengenalan

b. Perkembangan

c. Pertentangan / konflik

d. Puncak cerita / klimaks

e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)

Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.

Contoh:

Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke
Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara
jelas.

Contoh:

“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”,
balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.

Contoh:

“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di
hadapannya.
iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak
terkeluar kata-kata.

Contoh:

“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.

Contoh:

Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati


kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim.
Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.

Contoh:

Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan


nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan
berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia
akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:

Latar terbahagi kepada 3:

i. Latar tempat

Latar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala
Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan
sebagainya.

ii. Latar masa

Latar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya
pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada
waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakat

Latar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di


mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden,
masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka
membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat
pelajar dan sebagainya.