Anda di halaman 1dari 7

WAJ 3101: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

10 Prinsip Islam Hadhari


Kalimah Islam dan hadhari secara asasnya merupakan ambilan daripada perkataan bahasa Arab dan diasimilasikan menjadi sebahagian daripada Bahasa Melayu. Perkataan asalnya ialah al-Islam al-Hadhari atau disebut juga sebagai Civilisational Islam. Dari segi istilah, perkataan Hadhari membawa maksud yang bertamadun, Islam yang menekankan aspek tamadun, dikenali sebagai Civilisation Islam dalam Inggeris, dan dikenali sebagai al-Islam al-Hadhari dalam Arab. Antara 10 prinsip utama dalam Islam Hadhari ialah keimanan dan ketaqwaan kepada aIlahi (Allah/ God), kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif, kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi, dan kekuatan pertahanan. Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang dikemas kini supaya pendekatannya tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada manamana pihak, memandangkan komposisi rakyatnya yang berbilang kaum dan agama di dalam negara. Pendekatan prinsip ini bertujuan untuk memperkasa umat Islam agar berupaya menghadapi cabaran dunia semasa selain berupaya menangkis segala tohmahan dan salah faham terhadap ajaran Islam yang sebenar. Berikut akan membincangkan antara lima prinsip dalam Islam Hadhari, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada iIlahi (Allah/ God), kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, dan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif. Prinsip yang pertama ialah keimanan dan kataqwaan kepada iIlahi (Allah/ God). Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan hala tuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari prinsipprinsip Islam Hadhari yang lainnya. Adalah amat penting bagi umat Islam memahami

famchiewgiekppgsn1611

lslam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh. Islam bukan satu ritual sematamata yang hanya menumpukan kepada akhirat, kerana asas kejadian manusia sendiri terdiri daripada dua unsur (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya. Secara prinsipnya, ketentuan beragama bagi orang-orang bukan Islam terbahagi dua, iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan beragama. Gabungan unsur-unsur yang terdiri dari akidah, syariah, akhlak, moral, dan nilai murni adalah teras perancangan pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk mencapai umat berkualiti dan negara cemerlang. Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya. Prinsip yang kedua ialah kerajaan adil dan beramanah. Adil bererti memberikan hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Pelaksanaan keadilan tidak berdasarkan keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diberikan padanya. Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan masyarakat. Pengurusan negara yang adil, cekap, dan amanah akan melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati oleh Allah SWT. Prinsip yang ketiga ialah rakyat berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberikan kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada Rasul-Nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari-Nya adalah dilarang terutamanya dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Jiwa mereka mampu memberikan aspirasi kepada individu untuk melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif. Kesannya masyarakat akan melahirkan pemikiran yang dinamik dan progresif. Masyarakat yang berjiwa merdeka akan berusaha mengembeling tenaga dan buah fikiran menurut peraturan dan undang-undang dan etika dengan menjadikannya sebagai landasan masyarakat Islam Hadhari yang berfikiran terbuka dan memiliki sifat tasamuh (bertimbang rasa) yang penuh dengan kebijaksanaan. Masyarakat berjiwa merdeka juga tidak akan dijajah dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan semangat Islam Hadhari dalam erti kata sebenar. Kemerdekaan dalam Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid akan memberikan

famchiewgiekppgsn1611

tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Prinsip yang keempat ialah penguasaan ilmu pengetahuan. Ilmu

merupakan satu tuntutan utama dalam Islam semenjak Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasullulah SWT menerusi surah al-Alaq. Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Dominasi ilmu memungkinkan umat Islam menakluki dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Ini terbukti dengan kekuatan Islam menyaingi tamadun dunia silam dengan sekelip mata. Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (ilmu wahyu) sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani sebagaimana yang pernah dicetuskan Tamadun Islam sesuatu masa dahulu. Prinsip yang kelima ialah pembangunan ekonomi seimbang dan

komprehensif. Melalui sektor ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Oleh itu, ekonomi ialah sebahagian daripada kesempurnaan Islam. Pembangunan ekonomi dalam Islam perlu seimbang kerana harta adalah hak milik Allah secara mutlak. Manusia hanyalah menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehi-Nya. Justeru, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT. Segala perolehan harta akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Justeru, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan harta yang mendatangkan keraguan. Sikap malas, sambil lewa, dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus kelemahan institusi sosial dan memalukan agama dan harus dielakkan. Kekukuhan kerajaan menjamin keutuhan agama dan ekonomi sesuatu ummah merupakan tunggak dalam Islam. Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan.

famchiewgiekppgsn1611

Prinsip yang keenam ialah kehidupan berkualiti. Kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit keredhaan Allah. Jika sesuatu kehidupan itu penuh dengan kemewahan, kegembiraan, aman damai, tetapi dimurkai Allah, islam menganggapnya sebagai kehidupan yang tidak berkualiti. Sebenarnya, kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia. Keadaan ini disebabkan pemikiran manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan ikhlas, memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih cetek, pendidikan yang masih banyak kedangkalannya serta faktor persekitaran yang masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan berkualiti yang sebenar. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Islam menuntut setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Orang yang benar-benar beriman ialah seseorang yang berusaha untuk menjadikan diri mereka maju ke hadapan dari segenap aspek sama ada dalam spiritual, material, dan jasmani. Prinsip yang ketujuh ialah pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita . Hak kemuliaan insan di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah yang telah disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam Islam dibuat tanpa diskriminasi walaupun berbeza dari segi agama. Kedudukan wanita disanjung dan diberi hak yang sewajarnya. Perkara ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan hak asasi. Kekuatan kedudukan golongan minoriti jugs turut disebut oleh Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar as-Siddiq di Balai Bani Sa'adah apabila beliau ditabal menjadi khalifah Islam pertama. Dalam beberapa siri peperangan jihad umat Islam, golongan wanita yang dilihat lemah turut memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila menyertai pasukan tentera Islam dengan memberi sokongan moral dan rawatan ke atas tentera yang cedera di medan pertempuran. Wanita dalam Islam Hadhari

famchiewgiekppgsn1611

adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalaman dirinya dan dapat menangkis salah faham yang menganggap bahawa mereka adalah kaum yang sesuai untuk dieksploitasi bagi keseronokan orang lain. Wanita dalam Islam Hadhari amat menggalakkan pendidikan berterusan sesuai dengan slogan Pendidikan Sepanjang Hayat. Wanita tidak diketepikan dari arus pembangunan malah dijadikan daya saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam arus perdana. Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Prinsip yang kelapan ialah keutuhan budaya dan moral. Seperti yang telah dijelaskan, Islam Hadhari merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigma ke arah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam. Namun ia bersifat menurut acuan Malaysia agar ia lebih dinamik. Dalam menetapkan budaya menurut acuan tersendiri, Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya. Kedatangan ajaran Islam turut memainkan peranan utama keutuhan budaya dan moral masyarakat Melayu di peringkat awal lebih terserlah. Hal ini sejajar dengan Islam sebagai 'ad-Din'. Pendewaan dan kepercayaan animisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengamalan ajaran Islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambah nilai budaya persekitaran dan diasimilasi secara perlahan-lahan dalam masyarakat. Sebagai contoh, semangat perkauman berjaya diubah kepada semangat 'Malaysia Boleh' melalui ajaran Islam yang sebenar. Dalam meneruskan agenda budaya dan moral, Islam Hadhari berusaha menekankan semangat jati diri Malaysia untuk menepis segala amalan dan budaya Barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya. Segala perkara yang bersesuaian dan menepati matlamat budaya dan moral masyarakat Malaysia adalah diterima dengan berhati-hati. Usaha memperkukuh budaya dan moral masyarakat Malaysia harus berjalan serentak dan bergabung tenaga dengan gerakan pemantapan integriti nasional yang mempunyai matlamat yang sama. sosio-budaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran awam.
famchiewgiekppgsn1611

Strategi

pelaksanaannya melibatkan institusi-institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil,

Prinsip yang kesembilan dalam Islam Hadhari ialah pemuliharaan alam semula jadi. Dalam memupuk pemuliharaan alam semula jadi, Islam menekankan peri pentingnya masyarakat memahami Huquq al-'Alam (Hak-hak Alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak di atas adalah dilarang sama sekali. Ini memandangkan secara fitrah, alam ini ada permulaan dan pasti akan menemui penamatnya. Manusia sebagai pemegang amanah ( khalifali fi al-Ardh) harus memelihara dan berusaha memanjangkan hayat alam. Hasil daripada daya usaha ini, manusia dapat terus hidup dan mampu meneruskan peradaban di samping mengekalkan keseimbangan ekosistem. Antara hubungan Allah, manusia dengan alam termasuklah kekuasaan adalah hak milik Allah, kelemahan manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan, penciptaan alam untuk manusia, dan keperluan penjagaan alam. Kesedaran dalam kalangan manusia dapat membantu usaha-usaha pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menangani kelemahan dan pemantauan terhadap golongan yang kurang sikap ketamadunannya. Pembangunan sesebuah tamadun dan peradaban manusia tidak akan terbina tanpa usaha memakmurkan dan membangunkan alam ini secara seimbang dan sepadu. Pembangunan yang hanya mementingkan alam dan mengabaikan aspek keinsanan manusia akan lebih banyak mengundang bencana keburukan daripada kebaikan. Prinsip Islam hadhari yang terakhir ialah kekuatan pertahanan. Pertahanan bukanlah hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah ia turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual. Kejayaan-kejayaan Malaysia, seperti melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia iaitu Measat-1 dan Measat-2, menghantar rakyat Malaysia pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menyertai mini aero angkasa dan berada di orbit selama 7 hari pada tahun 2007, dan sebagainya membuka mata negara-negara Islam lain untuk berusaha dan berdaya maju bagi mempertahankan negara dan umat Islam dari sebarang bentuk penindasan dan keganasan oleh pihak yang sentiasa mahu memeras ugut dan meragut keuntungan hasil dari titik peluh rakyat negara tersebut melalui kekuatan pertahanan. Pertahanan adalah asas penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan.
famchiewgiekppgsn1611

Rumusan/ Ringkasan: Konsep Islam Hadhari merupakan suatu polisi awam yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk memajukan negara dan ummah berdasarkan nilai-nilai ajaran Islam. Islam Hadhari adalah gabungan daripada dua kalimah Bahasa Arab, iaitu: Islam dan Hadhari (sifat). Asal perkataan hadhari ialah hadharun-hadharatun (hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada perkataan badawah (kepedalaman atau kemunduran). Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan begitu relevan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Hal ini demikian kerana pembangunan Islam merupakan pembangunan yang komprehensif yang bukan sahaja mengambil berat tentang pembangunan ekonomi, malah ia mengambil berat tentang semua bentuk pembangunan, dari segala aspek kehidupan manusia sama ada jasmani mahupun rohani.

Bibliografi Arif, S., Noor, A. R. M., Sulaiman, N., Hassan, M. A. & Rawi, A. H. M. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Aros, A. M., Dali, A. M., Noor, A. M., & Zainol, S. (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti TITAS Kertas 1. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Builder, T. (2010, November 25). Islam Hadhari. Didapatkan Februari 19, 2011, daripada http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/islam-hadhari.html Siri Teks Pengajian Tinggi Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

famchiewgiekppgsn1611