Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN

Bina Insan Guru (WAJ3114) atau lebih dikenali sebagai BIG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PISMP dari semester 1 hingga semester 6. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian HEP BPG/IPG. Aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. BIG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi di mana peruntukan masa untuk semester 1 adalah selama 45 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus dalam BIG.

Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion guru adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

2.0

RASIONAL

Program BIG bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0

OBJEKTIF

Program BIG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0

CADANGAN TARIKH

Program Perkhemahan BIG dicadangkan dilaksanakan pada 19 Mac 2012 hingga 22 Mac 2012.

5.0

LOKASI PELAKSANAAN

Program Perkhemahan BIG dicadangkan dilaksanakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

6.0 6.1

ORGANISASI Jawatankuasa Induk Bina Insan Guru

PENGERUSI (PENGARAH)

NAIB PENGERUSI (TIMB. PENGARAH)

SETIAUSAHA (KJ HEP)

PENYELARAS BIG BENDAHARI PPT

AKTIVITI (KETUA JURULATIH)

PERALATAN (KJ PJPK)

MAKANAN (BEBAS)

KEROHANIAN & MORAL (KJ JAPIM)

PENILAIAN (SUP)

KEBAJIKAN & KESELAMATAN (BEBAS)

6.2

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Pensyarah Bina Insan Guru

KEM KOMANDAN

KUARTERMASTER MAKANAN

KUARTERMASTER PERALATAN

KETUA JURULATIH

KUARTERMASTER KEBAJIKAN & KESELAMATANAN

JURULATIH DARAT

FASILITATOR

TUTOR/MENTOR

JURULATIH AIR
(PENYELAMAT BERTAULIAH)

JURULATIH KEROHANIAN & MORAL

6.3

Jawatankuasa Kerja Pelajar (Kumpulan PSV) Perkhemahan Bina Insan Guru

PENGERUSI MOHD AKMAL MOHD DIN

NAIB PENGERUSI LEE QIN HUAN

SETIAUSAHA SAW CHIN THENG

BENDAHARI MOHAMAD LUQMANULHAKIM

KUARTERMASTER AKTIVITI MUHAMMAD FIRDAUS (K) LIM CHEN CHING NOOR AZIZAH NG JIAN YI

KUARTERMASTER PERALATAN SIM ZHI JUN (K) SARRANYA

KUARTERMASTER MAKANAN NORSIAH SALENG (K) CHIA KAI LI

KUARTERMASTER KEBAJIKAN & KESELAMATAN CHAI WUANG SHEN (K) ASIHWINIY

KUARTERMASTER KEROHANIAN & MORAL MOHD AQISH AIZAT (K) GOH SHU HAN

7.0

BILANGAN PESERTA

Peserta Perkhemahan BIG terdiri pelajar dari kumpulan Matematik 1, kumpulan Pendidikan Khas, kumpulan Pendidikan Seni Visual dan kumpulan Pendidikan Muzik. Seramai 76 peserta menyertai Perkhemahan BIG di mana peserta lelaki adalah seramai 32 orang dan peserta perempuan adalah 44 orang.

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN i) ii) Pengangkutan Bas disediakan oleh pihak IPG Makanan & Minuman Ditanggung oleh pihak IPG

9.0

TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA 7.45pg-8.00pg 8.00pg-8.30pg 8.30pg-2.00ptg Berkumpul Taklimat Ringkas sebelum bertolak Bertolak dari IPGKKB Taklimat dan Pembahagian Kumpulan Penyediaan Tempat Tapak Perkhemahan First Aid Course Persediaan Diri/Makan Malam Sembahyang/Kuliah Moral LDK Bangun Solat Subuh/Kuliah Moral Latihan Kawat Kaki Sarapan Pagi AKTIVITI

19 MAC 2012 (Isnin)

2.00ptg-2.30ptg 2.30ptg-5.00ptg 5.00ptg-6.00ptg 6.00ptg-7.00ptg 7.00ptg-9.00mlm 9.00mlm-11.30mlm 5.30pg-6.00pg

20 MAC 2012 (Selasa)

6.00pg-7.00pg 7.00pg-8.00pg 8.00pg-9.00pg

9.00pg-9.30pg 9.30pg-12.30tgh 12.30tgh-2.00ptg 20 MAC 2012 (Selasa) 2.00ptg-5.00ptg 5.00ptg-5.30ptg 5.30ptg-6.30ptg 6.30ptg-7.30ptg 7.30ptg-9.00mlm 9.00mlm-11.30mlm 5.30pg-6.00pg 6.00pg-7.00pg 7.00pg-8.00pg 8.00pg-9.00pg 9.00pg-9.30pg 9.30pg-12.30tgh 21 MAC 2012 (Rabu) 12.30tgh-5.00ptg 5.00ptg-5.30ptg 5.30ptg-6.30ptg 6.30ptg-9.00mlm 9.00mlm-11.30mlm 11.30mlm-12.00mlm 5.30pg-6.00pg 22 MAC 2012 (KHAMIS) 9.00pg-10.00pg 10.00pg-2.30ptg 6.00pg-9.00pg

Persediaan Diri Aktiviti Air 1 Makan Tengah Hari Aktiviti Air 2 Persediaan Diri Latihan Kawat Kaki Persediaan Diri/Makan Malam Sembahyang/Kuliah Moral LDK Bangun Solat Subuh/Kuliah Moral Latihan Kawat Kaki Sarapan Pagi Persediaan Diri Jungle-Trekking Pertandingan Memasak Persediaan Diri Raptai Majlis Perasmian Penutupan Persediaan Diri/Makan Malam Malam Kebudayaan Sesi Refleksi Bangun Mengemas Tapak Perkhemahan/Sarapan Pagi Majlis Perasmian Penutupan Bertolak balik ke IPGKKB

10.0 PENUTUP Program BIG ini amat bersesuaian untuk melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi melalui pendedahan secara langsung dengan menjalankan aktiviti luar kampus. Program ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap nilai-nilai kemasyarakatan. Revolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, ... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________ (SAW CHIN THENG) Setiausaha, Program Perkhemahan Bina Insan Guru, Kumpulan Pendidikan Seni Visual.

__________________________ (MOHD SHUKRI MAT YAACOB) Tutor, Kumpulan Pendidikan Seni Visual.