Anda di halaman 1dari 3

Rabu, 22 Oktober 2008

Punca dan Rawatan Kurap


Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN pada 10/22/2008 06:00:00 PTG

Penyakit kurap terjadi daripada persektiran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari. Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;

1. Memakai pakaian yang masih belum kering. 2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab
dalam tempoh yang lama.

3. Memakai pakaian yang baru dijemur di dan masih panas. 4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.
Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat. Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengarui kesihatan kulit. Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami pengaruh karektor terhadap sesuatu organ. Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya. Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh. Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.

Kurap dikenali melalui tanda seperti cincin.

Pengaruh Karektor Untuk penyakit kulit yang terlalu kronik seperti wart, eksema dan psorisis, mereka biasanya memendam kisah silam yang terlalu lama berserta kesan trouma (ketakutan terhadap peristiwa tersebut). Untuk mengatasi masalah ini, cuma untuk memaafkan mereka yang didendam atau maafkan semua orang setiap hari. Biasanya perkara yang didendamkan itu sudah tidak dapat diingati lagi. Keupayaan untuk mengimbas atau memfokuskan orang yang didendam akan memudahkan proses untuk memaafkannya.

Rawatan Hempedu Rawatan masalah kulit perlu kekuatan daripada organ hempedu yang mengawal tenaga sel-sel kulit serta usaha untuk membasmi bakteria yang menjagkiti di bahagian kulit. Kulit yang sihat mampu mengawal kewujudan parasit dan kehadiran biotik asing yang tidak diperlukan di kulit. Penyakit seperti kurap tidak mampu bertahan lama di kawasan kulit yang mempunyai frekuensi kulit yang asal. Detoksifikasi Kulit yang lemah mudah menjadi tempat pengumpulan toksik serta liang utama untuk proses perkumuhan. Keadaan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan kulit yang tersedia lemah serta menjadikan kulit sebagai habitat terbaik untuk perkembangan bakteria. Detoksifikasi ialah kaedah yang paling lazim dilakukan oleh mana-mana rawatan alternatif. Tubuh yang bersih daripada toksik akan menyelamatkan kulit daripada pencemaran toksik dari dalam tubuh akibat daripada perkumuhan melalui perpeluhan. Melalui kaedah rawatan Colour Vibration Therapy, mencari punca dendam untuk dimaafkan atau diselesaikan supaya karektor negatif tidak tertanam pada kulit boleh dijalankan melalui beberapa teknik proses rawatan dan kaunseling.