Anda di halaman 1dari 4

AHLI KUMPULAN: 1) PUTRA AIDIL FITRI SYAH BIN JALIL (920205-14-5345) 2) NURUL NAZIHAH BT MOHD.

ZUBIR (930608-11-5510) 3) NOR HIDAYAH BT ROSLEE (930402-11-5144)

KOS SUBJEK GENRE TAJUK

: PISMP TESL SEMESTER 2 : WAJ 3105 : PIDATO : BUDAYA INTEGRITI : INDAH KHBAR DARI RUPA

Dari Dato Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysi ke lima pernah berkata : Modal insan bukan setakat mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang, tetapi ia juga mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi perlu ada pada seseorang.

Bismillahirahmanirhim, terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, delegasi pensyarah segak penuh berintegriti, seterusnya rakan-rakan seangkatan yang teguh menanti, ucapan hormat penuh takzim buat penonton yang dikasihi, dekat di hati. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kpada anda semua yang sudi meluangkan masa. Terima kasih.

Tegak agama kerna rukunnya, tegak rumah kerana tiangnya, tegaknya susuk saya dihadapan kalian kerana satu madah Budaya Integriti :Indah Khbar Dari Rupa. Sebelum akal mencipata idea, sebelum tangan mengalun gaya, izinkan saya untuk mendefinasikan tajuk pidato saya pada malam keramat ini. Memetik intipati dari kamus dewan, budaya memberi dua tafsiran yang hampir sama tapi tidak serupa. Pertama, tamadun dan kedua ialah kemajuan fikiran. Manakala, integriti, seperti yang diketahui menerangkan isi mengenai kejujuran dan keadaan yang sempurna. Sementalahan itu, indah khbar dari rupa pula adalah kata puitis tinggalan bangsa tercinta persis kepada perkhabaran yang sering dihiperbolakan dari keadaan yang sebenar.

Apalah gunanya budaya integriti yang sering dicanang-canangkan jika bagai menumbuk padi hampa. Tuntasnya, (budaya integriti : indah khbar dari rupa) berkehandakkan kita untuk sama-

sama melihat dari tiga aspek utama. Pertama, penerapan budaya integriti dalam kepimpinan negara yang perlu kita pastikan. Kedua, budaya inegriti teras budaya kerja yang perlu kita sama-sama amalkan. Dan yang ketiga, budaya integriti dalam membentuk modal insan pelajar yang perlu kita sama-sama garapkan.

Pendengar celik minda sekalian, Buah fikir saya yang pertama di bawah lembayung kata kunci pemimpin berintegriti teras kegemilangan negara. Berdasarkan buku (Penerapan Budaya Terbilang Institut Tadbir Awam Negara), seseorang pemimpin yang berintegriti perlu mempunyai keselarasan antara apa yang diperkatakan dengan apa yang dikotakan. Secara mudahnya, dapat kita fahami dengan ungkapan (cakap serupa bikin). Tetapi fenomena kini menunjukkan segelintir pemimpin acap kali dikaitkan dengan bait-bait kata (cakap tak serupa bikin). Adakah fenomena ini hanyalah satu fatamorgana yang telah mengaburi mata kita? Anda jawab. Sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin mengetuk pintu minda memberikan ruang akal anda berbicara mengenai hakikat sebenar sebuah integriti dalam arena modenisasi kini. Kita lihat pemimpin kini, tidak kira apa anutan politiknya, semuanya bagai menumbuk padi hampa. Menabur janji yang tidak dikota sudah menajdi amalan biasa. Rasuah diangkat menjadi tujuan utama. Amanah yang ada sering diperkosa. Janji yang dikota hanya ketika pilihanraya. Ini bukan angan-angan tetapi kenyataan. Ini bukan ilistrasi tetapi realiti. Mari kita sama-sama membuka minda melihat realiti dari sudut pandangan berbeda. Dengan itu, dapatlah dilihat bahawa integriti belum lagi menjadi nadi dalam kepimpinan negara kini.

Para hadirin-hadirat sekalian, Indikator saya yang kedua di bawah intipati Budaya Integriti Teras Budaya Kerja. Menyunting input dari jabatan penerangan malaysia dalam laman sesawangnya, www.

Penerangan.gov.my, budaya kerja memberi erti sikap pekerja dalam setiap yang mereka kerjakan. Dalam erti kata lain, budaya kerja berintegriti bermakna pekerja mempunyai sikap integriti dalam pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, budaya kerja berintegriti masih lagi menjadi satu perkara asing bagi sebahagian daripada insan yang berpangkat pekerja. Walaupun ia sering diperkatakan media massa, akan tetapi baik swasta mahupun kerajaan, kebanykan pkerjanya seperti tidak mendapat pedoman dari apa yang sering diwar-warkan kini. Tamsilannya, mari kita melihat kes rasuah yang menjadi kes hangat kini. Hal rasuah yang

membabitkan pekerja-pekerja membiak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Negara kita yang kononnya ligat memerangi rasuah telah disenaraikan dalam tangga ke-19 bagi kes rasuah dalam Asia. Adakah ini hasil dari penerapan nilai integriti yang digarapkan negara? Konklusinya, nilai integriti mesti menajdi sebati dalam budaya kerja setiap warga Malaysia agar Malaysia mampu duuk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara aman yang lain.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Budaya integriti menjadi wadah dalam membentuk modal insan pelajar menjadi indikator saya yang terakhir. Sekolah secara hiponimnya guru-guru menjadi laman pertama untuk mencorak modal insan bangsa pasca merdeka. Menurut Suresh Kumar, pensyarah Antropologi dan Sosiologi Pusat Pengajian Jarak Jauh USM pernah bermadah banyak tingkah laku guru digarap dan dicontohi pelajar. Jelasnya disini, setiap inci gerak tari guru sering dijadikan ikutan oleh para pelajar yang menyanjungi guru mereka. Akan tetapi, adakah kata-kata ini benar? Adakah kata-kata ini wajar? Kita berehat seketika, menulikan telinga membuka mata adakah senario kini mengikut acuan integriti?. Meniti rekod keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia sudah cukup membuatkan kita berasa bangga dan tergamam kata-kata bahawa adik-adik kita. tidak kira warga desa apa lagi kota kini maju selangkah di hadapan kita. Isu-isu hangat yang bisa membuatkan kita terangkat dan tidak logik mengikut adat telah dibuat oleh darah-darah muda yang diharap sebagai aset negara. Inikah hasil daripada pendemokrasian pendidikan yang dilaksanakan? Inikah natijah daripada subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan? Jelaslah disini bahawa nilai integriti belum habis diteguk untuk menghilangkan benguk masalah yang melanda dunia madrasah Malaysia dasawarsa kini.

Kesimpulannya hadirin dan hadirat sekalian, masalah pembudayaan integriti dalam kalangan warga Malaysia kini semakin meruncing ibarat telur dihujung tanduk. Perkara ini akan terus melarat jika tidak segera diubat. Adakah kita ingin melihat anak-anak kita menggigit jari menangisi dunia yang semakin hilang empati? Hadirin-hadirat sekalian, kini tiada lagi masa untuk kita berseloka, tiada lagi waktu untuk kita bergurau senda. Masa yang ada perlu kita sama-sama manfaatkan untuk terus memperkasa dan mendaulatkan nilai dan budaya integriti sebagai tunjang dalam pembinaan sebuah tamadun dan negara bangsa yang merdeka. Sebelum mengakhiri wacana ini, saya ingin mengajak teman-teman sekalian menyelami, mendalami untaian kata-kata ini:

Tak kan melayu hilang didunia, Tak kan malaysia goyah hatta badaiapapun melanda, Jika setiap warganya, Baik di kaki lima hingga gah seantero dunia.